Pen pal

This topic suddenly pop up in my mind and I feel like writing about it :)

But before that,biar aku bagitau pen pal ni maksudnya kawan pena yang just kenal dengan saling menghantar surat even tak pernah pun jumpa dengan dia tu.Istilah ni macam dah lama je tak dengar en,adakah ia sudah ditelan zaman?Bincangkan.

Tak tahulah generasi akan datang sedar ke tak kewujudan kawan pena ni.Apedehal sekarang dah ada kawan Facebook kot hurm.Ada orang siap boleh kahwin lagi dengan kawan pena dia haa jangan memain kisah benar ni woi.Bolehlah cecepat belek balik majalah² lama (tu pun kalau simpan lagi) mana tahu ada rezeki jodoh korang kat situ hihik.

Seronok tau main hantar² surat kat kawan pena ni.Siapa nak jadi kawan pena aku?Haha.Dulu rajin hantar surat jelah pasal media sosial pun tak berapa berkembang lagi masa tu.Tak tahannya aku siap karang surat tu ikut format karangan bm yang cikgu sekolah rendah ajar dulu.Bangga cikgu aku kalau tahu ni.Tak nyesal dapat anak murid macam ni.

Kawan pena aku ekcelli ada dua orang tapi aku ingat sorang ni je,Nur Zaiqiah pasal gambar passport dia je yang ada dengan aku sampai sekarang aku simpan lagi dalam dompet.Gambar dia masa tu budak lagi pakai baju sekolah haha.Orangnya pun comel kiut miut.

Aku start kenal dengan dia sebab dia yang hantar surat kat aku dulu nak berkenalan lepas dia jumpa lukisan aku dalam majalah KAWAN if i'm not mistaken.Aku pun tak ingat masa bila entah aku hantar lukisan tu dan keluar kat majalah.Ada ke?Haha.Cemana entah kitorang dah tak hantar surat lagi dah lepastu.Baru darjah berapa kot masetu dah tak dengar khabar berita masing².Maybe surat tak sampai lagi kot [?]

Dah berapa tahun aku lost contact dengan diorang.Teringin jugak nak tanya khabar.Tah ingat aku ke lagi ke tak.Aku harap diorang tahu aku masih hidup lagi.Aku dah try cari diorang kat Google,Facebook,Twitter,Blog tapi payah betul nak jumpa.Helo awak kalau awak kawan pena saya ataupun sanak saudara dia sekalipun mohon contact saya balik okay?


So how about you guys,do you have a pen pal?

8 comments:

  1. prnh gak dlu berbalas surat ngn shbat pena.. skrg sume dh lost contact.. haha.. best tau kirim2 surat.. sllu tgu posmen dtg.. skrg nan hado dh.. haha

    ReplyDelete
  2. Oooo.. Xpernah pulak main2 benda tu.. Haha. Dulu x baca komik or majalah2 ni..

    Semoga berjumpa la ye dgn org yg dicari tu..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa tapi tak pernah ada. kawan tukar tukar e-mail tu ada lah. tapi email lama and dah lupa pun nama dia haha.

    ReplyDelete
  4. Teringat la zaman 90s dulu, dia punya perasaan bila dapat surat dalam mailbox..sekarang? Dengar notification tone je :) How the world has changed.

    ReplyDelete
  5. wah bestnya yang ada pen pal, ceri tak pernah cuba pen pal, risau tak dibalasnya surat ceri tu hehehe...

    ReplyDelete
  6. I don't have one. I pemalu sikit plus tulisan buruk

    ReplyDelete
  7. Tak pernah ada kawan pen pal. Sekarang, kawan whatsapp jela ada 😁

    ReplyDelete
  8. laa ramai rupanya takde kawan pena kat sini hm i thought benda ni popular kot dulu haha

    ReplyDelete