Archive for January 2017

Review Aniq Steamboat,Kuantan

Hai. Satu sem tak update blog, sorry busy ada life hm. Sebelum start studyweek sempat lagi bonding time dengan roommates dekat Aniq Steamboat, Kuantan.

Sejam cari kereta sewa tak dapat. Dugaan betul nak makan steamboat. Biasalah malam weekend macamni bukan kitorang je yang nak pergi berjimba last2 naiklah dengan kereta student UMP ni. Sampai2 je Aniq Steamboat dah fullhouse tapi tapi weolls nasib baik sebab dah booking tempat awal-awal. Kalau nak datang makan sini dengan bawak rombongan mak jemah haa better booking tempat awal-awal dulu ye sebab restoran ni memang selalu je ramai orang.

Sementara tunggu pekerja dia setting barang dekat tempat kitorang masa ni eloklah buat benda berfaedah sikit, update facebook, twitter, insta, main games, ambik bau dekat meja sebelah ke (ok kali ni serius sikit) pergi ambik pinggan mangkuk hayun semua dan pilih benda hape yang ko nak makan. 


Restoran ni style buffet, self service dan takde extra caj. Memandangkan kitorang student lagi so satu kepala kena caj RM17 je. Dahlah boleh makan macam-macam. Prinsip diorang, "Makan Sampai Nyandor." Kat sini bukan setakat steamboat je yang ada, ada lagi menu tambahan istimewa yang berbeza setiap hari macam nasi goreng, mee/mihun goreng, nasi ayam, kari ayam dan lain-lain lagi just dengan bajet RM20! 

 

Tang best makan kat sini bagi aku is daging dia sedap,tak liat dan air ABC dia tu boleh letak susu banyak2 dan sukahati nak buat ABC tinggi mana. Gembira betul perut ni dapat makan ketam, udang, kerang, lala dan macam-macam lagi jenis seafoodlah. Sayur dia tak banyak mana tapi aku tak kisah sebab aku tak suka pun makan sayur haha.

Walaupun restoran ni rasa macam duduk dalam sauna sebab ruang dalam restoran ni sempit je tapi overall kitorang puas hati makan dekat sini.

Thanks Aniq Steamboat!



Aniq Steamboat
Jln Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang
Opens at 5:30pm - 12:00am,Mon-Sun
Call/Whatsapp: 0199203300
Facebook | Instagram