Showing posts with label school. Show all posts

Bantuan Bencana Banjir untuk Maahad Muhammadi Gua Musang

Baru-baru ni saya ada bagitau dah dalam blog ni yang sekolah saya kena banjir.Memang teruk sangat keadaan selepas bah,korang boleh tengok sendiri dalam gambar bawah ni.Kelas yang takda dinding tu kelas saya dulu.Saya jumpa gambar ni sebab ustaz saya yang upload kat facebook dia.Saya rasa bertanggungjawab untuk share pasal ni sebab saya bekas student sekolah ni dulu.Tak sanggup jugak saya tengok adik-adik saya belajar  kat sana dengan keadaan macam tu.Sekolah pulak dah nak bukak tak lama lagi,jadi pihak sekolah sangat sangat memerlukan sumbangan dana anda semua.Bagi peluang untuk anak-anak ini untuk belajar dengan selesa.InsyaALLAH sumbangan itu akan menjadi saham kita di akhirat kelak.Semoga Allah dapat membalas kebaikan anda :') 

 

BANTUAN BENCANA BANJIR YANG MELANDA MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG,KELANTAN


"Kami sangat memerlukan sumbangan dana dalam kadar yang segera,bagi membantu kami untuk membaik pulih kerosakkan yang dialami oleh sekolah kami dalam bencana banjir baru-baru ini."




Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun sekolah:


Bank Islam: 03063010003305



Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang Kelantan
No tel: 09-9120600   No fax: 09-9120603

Mudir (Pengetua): Ustaz Muhammad Khairuddin Ismail
No tel: 016-9869444 / 019-9617909


Throwback Form 5



Gambar yang atas ni masa photoshoot kelas untuk majalah sekolah.Nampak tak yang paling comel kat situ,akulah tu muhaha.


Januari



Ni masa maulidur rasul.Kelas saya masuk perarakan.Saya tak ingat dapat nombor berapa tapi yang pastinya kitorang tak dapat nombor 1 lah.Saya masuk pertandingan nasyid.Yang kelakarnya our solo tak ingat lirik hihihi tapi kitorang tetap dapat nombor satuuuuuuu *tepuktangansikit*


Februari


Saya yang pegang sepanduk itew.Aku ni dahlah jenis ayu tak main langsung sukan tapi diorang pilih saya jadi pengerusi rumah sukan.Saya pun terima ajelah dengan hati yang terbuka hehehe boleh tambah markah dalam buku ko :B Masa ni saya saja nak masuk perbarisan sebab sebelum ni tak pernah pun masuk perbarisan nak tahu jugak rasanya kena berpanas di bawah cahaya matahari yang terik.Heh,nak terketar lutut kena berdiri lama-lama tapi sekejap je sebab dia (aku lupa sape) bagi ucapan pendek je,Alhamdulillah.


Mac


Kelas saya buat birthday surprise dekat Zara (Zara yang pakai tudung warna kuning yang paling teruk kena baling tepung).Saya pun kena baling tepung jugak.Eka punya pasallah ni T___T Saya baru sampai sekolah.Semua kelas masa tu gelap je.Bila saya nak masuk kelas,tiba-tiba Eka keluar dari kelas dan dia baling tepung kat saya sambil jerit,"Surprise!!!!!" Kuat kot dia jerit masa tu huhu.I was like errr blur kejap.Birthday aku dah lepas kotttt.Dia ni dah kenapa.Pastu Eka kelam kabut woii woiii salah oranglahhh anislah woiii.Hahaha tahu pun.Eka ingatkan saya ni Zara sebab tudung saya pakai sama dengan Zara.Zara yang nampak adegan tu dia pun lari ahh apa lagi sebab tak nak kena baling tepung.Kitorang semua pun kejar dia hahaha.


April


Saya masuk pertandingan kalam jamaie.Kalam jamaie ni macam choral speaking jugaklah cuma kalam jamaie ni dalam bahasa arab.Sekolah saya dapat no 1 peringkat zon yeyyy *tepuk tangan* tapi kitorang kalah peringkat negeri huhu *nangis* Sekolah saya jadi tuan rumah masa ni.Ada satu part tu saya kena jerit huriyyah (*dalam bahasa melayu maksudnya merdeka) Saya nervous sangat kot jadinya bila saya jerit tu keluar suara chipmunk.Saya dimalukan di hadapan satu sekolah kot perghh.Tapi i watlek watpeace je.


Mei


Yang gambar atas ni pulak masa majlis keraian sebab sekolah saya menang banyak pertandingan jadi yang bestnya saya boleh makan banyak banyak harhar.Saya pakai cermin mata baru uuuu makin tebal spek ko ye Anis,nak ikut trend terkini kata kooo.Cermin mata yang lama saya dah patah jadi ma beli yang baru.Thanks ma <3


Okay yang ni lak masa Majlis Khatam Al-Quran.Tudung kitorang sama sebab kitorang kena buat persembahan kalam jamaie.Ain nak jadi model masa ni nak tayang beg baru dia jadi dia ajak saya sekali.Tak pasal-pasal saya kena jadi model tak berbayar jugak.


Gambar ni ai lupa masa bulan berapa.Saya mengidam (dah macam orang mengandung) nak makan makaroni bakar jadi saya mengadulah kat my best friends forever yang saya teringin sangat nak makan makaroni bakar. So lepas habis sekolah terus pergi rumah Eka untuk buat projek makaroni bakar.Basirahlah yang paling rajin buat makaroni bakar ni,dialah yang tolong lenyek daging burger,rebus makaroni....saya dengan Ain we olls sibuk berselfie di dapur hahaha tapi kitorang tolong jugak sikit-sikit hik.Kami berdua tahu makan je ngaaaa.


Jun


Hard work pays off!Alhamdulillah dapat naib johan Pertandingan Multimedia dan Animasi peringkat akhir di YIK.Cikgu Azmi pun macam tak percaya je tengok sekolah saya dapat no 2 sebab bila pengerusi umumkan Maahad Muhammadi Lelaki dapat no 3 Cikgu Azmi rasa sekolah saya dah takdek harapan lagi dahh tapi rupa-rupanya hehehe rezeki kami dapat no 2.And that was the first time I saw Cikgu Azmi senyum.

Macam-macam dugaan sebelum pertandingan,pertama laptop masuk virus.Gelabah sekejap aku.Dahlah abah takde masa tu at least ada jugak orang nak tolong.Saya pulak pergi cucuk pendrive dalam komputer redaksi last-last virus tu pergi serang laptop saya whattafishh.Nak nangissss.Kesian abah balik penat-penat tapi terpaksa hadap masalah aku yang ni.Tapi akhirnya problem solved, Alhamdulillah.Second problem,sekolah blackout.Firdaus pun call saya cakap sekolah blackout jadi dia nak lukis storyboard pun susah tapi nasib baiklah blackout tu sekejap je.


Julai


Masa iftar 5 Mekah,Ain bawak cupcake red velvet.Dia mintak basirah buat krim kat cupcake tu sebab nampak kosong sangat.Saya tolong taburkan chocolate rice.Jadi inilah hasilnya...tadaaaa!


Ogos


Tahun ni saya dapat anugerah lagi kekeke Anugerah Pelakon Wanita Paling Popular Anugerah Pelajar Cemerlang SMU 2013.Ni kawan-kawan saya,semua nak bergambar jugak lain kali berdirilah kat belakang kalau dah tahu kerusi tak muat ish ish ish.


September


Jumpa balik kawan-kawan yang join Kursus Kenegaraan ni kat Himpunan Peserta Kenegaraan YIK.Ada ramai student maahad yang lain.Ramai jugak anak-anak YIK ni rupanya ingatkan sekolah kitorang je.


Oktober


Sekolah nak buat sambutan Aidilfitri tapi tak sempat jadi sekolah buat sambutan di ambang aidiladha.Saya,Ain dan Najwa,kami jadi model belakang kelas.Terima kasih Cik Eka kerana menjadi photographer kami yang setia hehehe nanti saya up gaji awak okay!



Seminar SPM di Kota Bharu.Geng-geng bilik saya kemain datang awal semata-mata nak duduk kat depan hehehe bagus kan kitorang.Paling saya ingat masa seminar Bahasa Melayu Cikgu Marzuki menyanyi menggunakan gitar lepas habis seminar.Cool lah cikgu ni!Suara dia pun sedap siottt.I forgotlah dia nyanyi lagu apa tapi rasanya lagu Papinka-Masih Mencintainya.Ain,please correct me if i'm wrong.



Tahun depan no more school.
Gonna miss u guys.

Mengantuk

Kelas Kimia hari ini..............................................
ZZzzZZ.

Serius mengantuk.Bermula subjek pertama lagi dah rasa mengantuk sangat sampailah teacher masuk kelas untuk ajar subjek Kimia,memang saya tak tahan lagi dah,mengantuk weiii.Nak tidur sambil bukak mata pun tak best gak.Then teacher tegur,

'Anis Diyana nampak macam tak sihat.'

Saya tersipu-sipu malu hihi puih.Tak semena-mena saya jadi segar-bugar.Patutlah teacher macam jeling-jeling dekat saya tadi.Sebenarnya bukan tak sihat,tapi mengantuk cikgu.Budak-budak kelas semua pandang saya,buat malu aku je (=_=")

Jadi,saya telah menggunakan waktu rehat untuk tidur dengan sepuas-PUASNYA ^_^


Memori 2012 saya

Status : Aku nak makan.

Ini senarai memori sweet n sour saya sepanjang 2012 ini ;

-Kena denda ketuk ketampi dengan senior,kena junjung talam masa usrah kepimpinan dulu T_T

-Stress sebab kena buat kertas kerja untuk satu program nih........tapi program tu last2 tak jadi.!@#%%^&*

-Result peperiksaan penilaian 1 & 2 dapat teruk.Sampai guru kelas tanya, 'Kenapa teruk sangat result periksa awak ni?' Sedih punya soalan.

-First time masa peperiksaan penilaian 1 atau 2....subjek Al-Quran saya dapat GAGAL.

-Kena denda di luar kelas dengan kerusi diletakkan di atas kepala di bawah cahaya matahari sebab gagal subjek Al-Quran tadi lah.Dahsyat woooo.

-Bekalan internet tiada lepas saja habis raya Aidilfitri.Sungguh cedih.That's why lama sangat tak update blog ha ha.Abah memang saja buat macam ni sebab nak suruh saya study untuk PMR T______________T

-Sepanjang peperiksaan PMR dijalankan,saya jatuh sakit he he.Dan saya masih ingat sampai sekarang esoknya nak periksa Sains tapi saya tertidur sebab badan rasa letih sangat :( Bila bangun ja dah pukul 11.00 malam ah memang tak sempat dahlah nak belek buku.Tapi Alhamdulillah tak sangka soalan periksa Sains sekacang itew ,hihik.

-Dugaan kali kedua semasa exam PMR,cermin mata patah kena pijak dengan diri sendiri.Sebabnya,main guling-guling atas lantai.Tapi saya menjerit kegembiraan!!!!!!!!!!!Sebab saya dapat beli cermin mata baru,yehuuuuuuuuu!!!!!!!Tak sia-sia main guling-guling dengan Ain ha ha.Lepas habis exam Pendidikan Islam terus report dekat mak yang cermin mata dah patah.Mujur mak saya tak komen pape dia terus je gi kedai cermin mata dan buat cermin mata barulah.Cermin mata bingkai penuh kaler merah menjadi pilihan hati ku.Kuikuikui.

-Hari terakhir sebelum mudir kasi cuti free (sebab PMR dah habis)saya,Ain,Eka dan Basirah pegi makan maggi sup.

[Eka takde,dia tukang ambik gambar.]

-Saya menangis sebab result PMR tak jadi keluar 19/12 .Sekolah saya tak macam sekolah orang lain yang boleh ambik awal result PMR depa.Jealous much.

-Mentor@Guru BI@papa saya orang yang pertama beritahu saya yang saya dapat 9A PMR di facebook beliau,huhu.Ya Allah,gembiranya rasanya.

Sempat lagi sir buat lawak ha ha.

-20 Dis 12,Khamis.Saya pegi ambik result PMR saya.Baru je semangat nak ambik result tiba-tiba cikgu cakap awak ni tak bayar hutang lagi blablabla hahadoiii.

[With le girls of 3 Mekah lepas dah ambik result PMR]

Hahh, tu baru sikit je,sebenarnya  ada lagi cuma malas nak taip .
Memang saya tak nafikan,tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi diri saya sendiri.

2013,saya berharap kenangan indah akan tercipta sekali lagi.Berusahalah!!!!!

Kena denda itu tak best

Assalammualaikum dan hai semua.

Sungguh menyedihkan *sobs* .Mehlah kuceritakan dari awal sampai habis.

Semalam dan semalam satu lagi,muehehe,saya dapat surat yang mana saya kena pergi Usrah Kepimpinan.Saya dah macam...wawwwwww wawwwwwww nak duduk kat rumahhhhhhhhh!!!!


Bila sampai kat rumah saya terus packing barang untuk gi usrah tu le.Saya pergi setakat dua hari je.Mak saya sampai cakap saya ni nak gi sampai 5 hari sebab beg kemain besar.Muahahahahh.

Dah sampai sekolah! *tetiba* Tu lah sekolah saya,hehe.

Malam tu saya tidur kat masjid.Awal saya bangun,hah hah tapi paling lambatlah kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.Saya buat muka selamba je,ngahahah.Pagi tu memang sejukkkkk.Menggeletar saya dibuatnya.Saya kena bangun awal pagi sebab nak buat Qiamullail.

Lepas dah pukul 7.00 tu en,senior cakap 10 minit dah kena ada kat dataran.Kalau lambat kena denda.Saya..datang lambat sebab pergi tandas jadi kena denda ketuk ketampi.Korang bayangkan jelah,wawawawwwwawww.

Tu baru kesalahan pertama saya.

Saya buat kesalahan kedua pulak,adess.Sungguh menyedihkan tambah tambah memalukan T^T Masa saya,Basirah dan kawan-kawan yang lain makan dalam talam tu kitorang bahagi terus bihun goreng tu.'Ni untuk kau,ni untuk aku.' Macam tu le.Jadi ustaz peghasan kitorang makan cemtu jadi tak pasal-pasal kena denda junjung talam.Ah,ce korang bayangkan.Wawawawawawawwww.

Semua orang tengok kuts.Kesian budak-budak perempuan yang lain takleh nak makan pasal kitorang T^T Harap depa tak marahlah.Pengajaran yang saya dapat daripada Kak Atiq ini ialahh..'Jangan pentingkan diri sendiri'.Okay,tak nak buat dah T^T Maaf ye korang~

Dalam dewan...

Ustaz Habidin ada beri taklimat dan lantik naqib dan naqibah untuk program usrah ni.Saya..terpilih jadi naqibah untuk kelas 1 Kaherah.Tak tahulahh siapa yang lantik.Sepatutnya saya rasa gembira sebab dapat jadi naqibah ni tapi...

...saya tak rasa macam tu.Iyalah,dah banyak kesalahan yang saya buat.Ada hati nak jadi naqibah,uwelkkkkk.Orang mesti fikir macam tu T_T Jadi naqibah ni kena ada banyak maklumat,kena tahu macam-macam,kena pandai bercakap depan orang ramai dan kena berani.Saya ajak Basirah untuk jadi partner saya untuk sesi usrah tu nanti.

Masa sesi usrah saya dengan kumpulan saya,kagum betul saya tengok kakak senior ni bercakap depan orang ramai.Kakak ni budak tingkatan 6,tak ingat dah nama dia apa.Dia dulu sekolah MMGM tapi pindah kat MMP dan last sekali pindah MMGM balik tahun ni.Kalau korang nak tahulah kan, sekolah MMP ni sekolah hebak.Kalau tak silap,ada 164 orang dapat 9A PMR tahun lepas.Teringinnya nak pergi T_T.Tunggu result PMR saya 9A nanti saya akan pergi sana.Muahahah.Okbai.



Edit blog lagiii :)

source:photobucket
Hai dan assalammualaikum.

Perasan sesuatu yang lainkah kat blog saya ni?Hihi,saya tukar template lagi tapi still template blogskins.Layout ni daripada The Secret Lies.Cantik layout ni jadi saya berkenan,haha.Saya malas guna template yang dulu sebab saya perasan template tu rosak sikit.Saya buat blog ni warna hitam dan pink.Yeah,pink itu semestinyaaaaaaaaaa.Kalau guna warna lain mesti tak lama,last-last tukar jugak :p Mula-mula nak buat blog ni warna pink dan putih tapi sakit mata pulak tengok.

Kat sekolah time masa BI tadi nyaris-nyaris saya nak kena sound dengan cikgu saya.(Bukan nyaris-nyaris tapi dah memang kena pun) Sebabnya saya tak gi salin dialog Rumpelstiltskin dalam kertas A4,saya pegi hantar yang sir fotostat.Dush,nasib bahek tak nangis.Kahkahkah.Sir ajar kitorang buat karangan about speech lepastu suruh kitorang berucap kat depan kelas.Uh uh,saya antara salah seorang yang dipilih oleh sir saya itu untuk berucap depan kelas.Serius berdebar gila-gila.Dahlah tak hafal pun teks yang sir kasi tu.

Masa tauhid pulak,ustazah saya ada tanya siapa bakal jadi pengawas tahun depan kan.Saya tak dengar pulak ustazah tanya apa sebab tetiba saya dengar Hanan sebut nama saya.Sambil kening terangkat,muka konpius saya pun tanya, 'Gapo?' .Basirah dan Eka pulak tersengih sengih.Eeee budak berdua ni ,aku tampar kang .Dahlah kelas saya banjir .Ekcelli tempat saya,Basirah,Ain dan Eka je yang banjir pasal botol air saya jatuh pastu pecah.Memang careless lah saya ni :/ Budak lelaki pulak selamba je kata 'Hahhhh,pecohhhhh.Padan mukee.' Okey okey,nasib baik saya ni boleh bersabar lagi.

Okbai.Blog ni nampak kemas atau tak? ;)

p/s:Makan hati,suka hati,terasa hati,sakit hati, jatuh hati

Pot pet pot pet bersama saya :>

Hai dan assalammualaikum :>

Saya dah kata kan saya akan kembali.Ehehh,tapi exam tak habis lagi.Lek luuu,nak release tension dulu.Tak syiok ah macam ni.Muehehe.Nak cerita pasal exam neh,soalan Akhlak kemain ah susah kan.Jadi time tu,memang saya tak dapat buat apa-apa lagi selain daripada main tembak-tembak.Best oh ;D (Best apenyeww) Inilah akibatnya malas sangat nak hafal kan,padan muka untuk diri sendiri :b P/S :Terima kasih kepada sesiapa yang wish happy birthday good luck untuk saya tu.Tskk,ni nak nangis ni.Huuuuuuuu T___T

Oh,hari ni semua budak-budak UPSR dah habis exam kan?Saya tahu adik adik junior saya ni mesti boleh dapat result yang terbaiklah ;D Sebut pasal junior ni kan,teringat pulak saya kat sorang kakak senior cantik ni.Kakak senior ni cantik tapi sayangnye dia garang >< .Okey,takut haku dibuatnya.Dahlah kat sekolah selalu je bertembung.Hari tu bertembung kat perhimpunan pastu kat dalam tandas pulak.Pftt,saya dah tak tahu nak lari kat mana lagi @__@ Saya berani cakap pun pasal saya rasa kakak tu takde Facebook. Er,kalau ada macam mana?Okey,sah sah saya tutup terus blog Anis Nutella ni.Miahaha.

Tadi,

Time balik sekolah tadi,saya terserempak dengan kakak ni.Ini kakak senior lain pulak okey.OMO!Terkejut terkejut!Kakak tu pakai beg Domo!Masa tu kawan saya adalah kan,dia tu Eka.Jadi saya kata kat dia 'Eka,tengok kakak tu Eka.Dia pakai beg Domo!' Pelik,saya pulak yang excited lebih-lebih.Bhaha,Eka pun kata jelah dengan selambanya 'Awak tarik je beg kakak tu.' Hahaha.Are you out of your mind?Tak pasal pasal dapat pelempang free nanti ;p Okey,nak kumpul duit banyak-banyak nak beli domo :)

Lagi,

Saya rindu mamat ni err...ehh!Bukan bukan!Dia bukan budak sekolah saya.Tapi dia dia tu ahli kumpulan B2ST!Ahahh,lama tak tengok muka dia.Okey Yoseob,hang memang comellah.Aku jadi tersenyum seorang diri bila tengok hang kat youtube dalam video Beautiful tu.Tutup cerita pasal ni,cakap-cakap pasal Yoseob memang tak boleh nak berhenti loh XD

Saya sakit.............hati.Okey bai.

Nak balik raya!


Assalammualaikum!Heloooo,anybody home?Ada orang ke tak ni?Ke semua orang dah balik kampung?OH!Jangan tinggalkan daku bersendirian! <--Pehal ni?

Serius saya nak balik kampung,SAYA NAK BALIK KAMPUNG.Awak nampak kan apa saya tulis ni?SAYA NAK BALIK KAMPUNG!Tahun ni maybe raya kat rumah sendiri je.Ni kes adik saya nak ambik UPSR lah neh T___T Lepas raya dia ada exam.EH EH,saya pun ada exam sebenarnye.Dush!

Saya ingat tahun ni saya boleh beraya dengan happynye tanpa perlu fikir fasal exam.Rupanya tidak T.T Mudir saya kata kat perhimpunan hari tuh,"Balik dari sekolah nanti,kata kat ma dan abah,mudir kirim salam.Dan oyak kat ma ngan abah periksa nanti,jadi" OH,sbnrnya saya sangat berharap peperiksaan tu tak jadi T_T Er,time taip entri ni baru saya teringat saya tak sampaikan lagi salam mudir kat mak dan abah.Nantilah saya cakap kat mak and abah saya.Sure lepas ni mak dengan abah saya tak kasi guna laptop dah ni sebab nak exam. #Tidakkkkkkk

Ustazah saya pulak kata, time gi raya rumah kawan ke,pastikan ada buku dgn kita.Ceh,rasanya kalau saya buat gitu nanti tak pasal-2 orang kata."Nak tunjuk rajinlah konon tuwwwwwwww".

Phew~

Saya selalu tukar background kat blog ni kan?Background polka yg kaler pink tuh ramai yang guna sekarang.Tak bestlah kan tengok blog semua background sama so saya tukar and ambik background lain.Susah nak cari background kaler pink neh,aku buat blog ni jadi warna biru kang!Hahah,ehhhhhhhhhh.Ramai kata tab tutorials saya tak boleh bukak.Er,pehal?
Hihi,sebenarnye lepas korang click mana-2 tutorial dalam list tutorials tu korang kena pegi click entries .Barulah keluar tutorial yang korang nak tu.Sorry ah,template ni banyak menyusahkan korang T_T .Rasa nak tukar jadi denim balik tapi saya dah penat dah nak edit balik.Hurmm.

Kbai lah.Nak gi makan.Eh eh,aku puasa! = ="

Saya ratu air mata, shh senyap

Hai dan assalammualaikum

Memang hari ni sedih sedih sedihlah sangat. Tadi kat sekolah masa madah Quran,ustaz saya buat PSKI and kena hafallah surah Al-Insaan tu ken ken. Saya memang berdebar sangat masa tu. Entahlah,time cikgu lain buat ujian lisan ke hape ke tak takut pulak.Mungkin pasal ustaz cikgu disiplin kot sebab tu saya rasa takot sangat :(

Bila duduk depan ustaz tuh , ustaz pun tanya "Naleng ke dok?" Ustaz saya kecek klate okey,hihihh .Naleng tu lebih kurang ermm ermm berdebarlah kot.Saya tak tahu pun 'naleng' tu apa sebenarnya :p

Saya pun geleng-geleng jelah kepala.Padahal saya memang berdebar sangat.Suhu badan saya tetiba je naik. Bibir saya jadi kering.Suara saya jadi lain.Mesti korang pernah kan kena macam saya?Okey,pastu ustaz pun soal lah saya. Soalan pertama saya tak boleh jawab.Soalan kedua pun saya tak boleh jawab.Soalan ketiga lagilahh.Last last ustaz kasik soalan senang.Nasib baiklah boleh jawab :(

Jadi kenapa saya sedih sangat? Saya sedih sebab saya dah hafal dan dah pastikan saya ingat apa yang saya hafal tu but tetiba je tak boleh ingat.Memang sedih ah -.- Lepas siap PSKI tu,saya pun duduklah tempat saya and guess what saya nangis.Memanng muka tak malu lah saya ni kan.Bila difikir-fikirkan kembali kenapalah saya nangis tadi T___T Siyes, saya tak tahu mana nak letak muka ni >///<

Lepas ni,memanglah saya akan pastikan saya betul-2 ingat apa yang saya hafal tuh.Saya tak nak pisang berbuah dua kali.Cehh.Apapun,doakan saya :')

Kbai

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awak,bila awak nak jadi boyfriend saya? :p

It's holiday, holiday!


Virus happy dah melanda. Bhahaha, motif pic di atas? Takda kena mengena langsung. Abaikan buat sementara waktu.

Hai dan assalammualaikum semua pembaca setia. Cehh.

Hoyeahh, hari ini last exam and and minggu ini last sekolah. Bolehlah manjakan blog ini sekejap. Bhahaha . Edit blog? Winkwink. Ahhhh tak boleh! Minggu ni kena buat folio sejarah, buat homework yang tak siap lagi. Hadoii, banyaknya kerja. Takpe, buat slow slow. ( Last last tak buat langsung. Lalala ) Tapi, tskk minggu kedua ada tuisyen. Alahh, alahh alahh.*Malasnyeww

Ce teka saya guna laptop siapa? Okeyy, ini laptop hak milik mak saya okeyy. Laptop sendiri dah kena serang virus trojan. *Abang saya cakaplah. Jadi dengan hati yang terpaksa, terpaksalah guna laptop mak. Nak doodle doodle pun takda mood sebab laptop mak takda program SAI. Lagipun kaspersky dah expired . HAHA. Nasib baiklah dah habis exam. Bak kata Amal Ajlaa, 'Aku dah bebas dari penjajah. Merdeka!' . Ayat ni memang ramai ah guna bila habis exam. Yeayy, sukanya hati.Tak perlu duduk dalam dewan. Dah berapa minggu duduk dalam dewan. Bosan wehh. Budak-budak kelas lain suka buat bising. I miss 2 Mekah <3

Esok ada sambutan hari guru. Orang lain dah lama sambut. HAHA, takpe Oh takpe. Saya mahu kasi hadiah coklat kat ustaz. #Bukan coklat ChokiChoki tuu . Blog 2 Mekah dah berhabuk ohh. Diorang ne malas betullah nak update. Asyik I je. #Koya. Sis Syamim, exam dah habis ka? Dah berhabuk dah blog akak tuu. Teheee. :D

Reminder note : Bawa RM____ untuk bayar coklat tu esok ^^ Siapa bijak , cuba teka berapa harga coklat tu. Bawah RM10.00 je. Sekali lagi saya ulang ya, bukan coklat ChokiChoki yang sepuloh sen tu :)

Nak jumpa Randy dan Melody jap. Bye.

Photobucket

Imam Muda Azhar datang ke sekolah saya!

My first doodle. Sangat hodohh -__-"

Assalammualaikum :)

Okey, seperti yang diberitahu semalam, Imam Muda Azhar atau nama penuhnya Khairul Azhar Ghazali datang ke sekolah saya hari ini. Eh, gue ngaakk tipu lu. Ini benar dongg.Bukan omong-omong aja.

Apa??tak kenal imam muda Azhar yang mana satu? Siapa yang biasa tengok Astro Oasis tu mesti kenal punya. Korang pegi google search sajalah. Berlambak gambar dia kat google.

Kalau nak tahu, imam muda Azhar ni sepupu ustaz saya. ( mungkin kot ). Sebelum ni saya tak tahu pun dan baru sekarang sudah tahu. Macam-macamlah imam muda tu cerita. Dia cerita kisah dia masa alahh.. dalam program imam muda tu. Sayangnya, saya tak sempat nak tengok muka dia dengan lebih dekat T__Tv

Time akhir program tu, ramai orang nak bergambar dengan imam muda tu. FYI, saya tak boleh bawak kamera sebab pihak sekolah memang tak kasi bawak kamera jadi takda gambarlah yang boleh dikongsikan. Lepas habis program tu, terus saya dan kawan saya masuk kelas. Malas nak tunggu sebab saya tahu ramai sangat orang nak bergambar dan ambik autograf dia. PS : Adik saya sempat ambik autograf dia.

Ini link blog Imam Muda Azhar, khairulazharghazali.blogspot.com . Dia pun ada Facebook. Search sahaja Khairul Azhar Ghazali. Lepas ni saya pun nak add dia .Winkwink =)

PS : Ustaz kata, kalau ada peluang sebegini lagi nak ajak imam muda asyraf. Wahhh!