Memori 2012 saya

Status : Aku nak makan.

Ini senarai memori sweet n sour saya sepanjang 2012 ini ;

-Kena denda ketuk ketampi dengan senior,kena junjung talam masa usrah kepimpinan dulu T_T

-Stress sebab kena buat kertas kerja untuk satu program nih........tapi program tu last2 tak jadi.!@#%%^&*

-Result peperiksaan penilaian 1 & 2 dapat teruk.Sampai guru kelas tanya, 'Kenapa teruk sangat result periksa awak ni?' Sedih punya soalan.

-First time masa peperiksaan penilaian 1 atau 2....subjek Al-Quran saya dapat GAGAL.

-Kena denda di luar kelas dengan kerusi diletakkan di atas kepala di bawah cahaya matahari sebab gagal subjek Al-Quran tadi lah.Dahsyat woooo.

-Bekalan internet tiada lepas saja habis raya Aidilfitri.Sungguh cedih.That's why lama sangat tak update blog ha ha.Abah memang saja buat macam ni sebab nak suruh saya study untuk PMR T______________T

-Sepanjang peperiksaan PMR dijalankan,saya jatuh sakit he he.Dan saya masih ingat sampai sekarang esoknya nak periksa Sains tapi saya tertidur sebab badan rasa letih sangat :( Bila bangun ja dah pukul 11.00 malam ah memang tak sempat dahlah nak belek buku.Tapi Alhamdulillah tak sangka soalan periksa Sains sekacang itew ,hihik.

-Dugaan kali kedua semasa exam PMR,cermin mata patah kena pijak dengan diri sendiri.Sebabnya,main guling-guling atas lantai.Tapi saya menjerit kegembiraan!!!!!!!!!!!Sebab saya dapat beli cermin mata baru,yehuuuuuuuuu!!!!!!!Tak sia-sia main guling-guling dengan Ain ha ha.Lepas habis exam Pendidikan Islam terus report dekat mak yang cermin mata dah patah.Mujur mak saya tak komen pape dia terus je gi kedai cermin mata dan buat cermin mata barulah.Cermin mata bingkai penuh kaler merah menjadi pilihan hati ku.Kuikuikui.

-Hari terakhir sebelum mudir kasi cuti free (sebab PMR dah habis)saya,Ain,Eka dan Basirah pegi makan maggi sup.

[Eka takde,dia tukang ambik gambar.]

-Saya menangis sebab result PMR tak jadi keluar 19/12 .Sekolah saya tak macam sekolah orang lain yang boleh ambik awal result PMR depa.Jealous much.

-Mentor@Guru BI@papa saya orang yang pertama beritahu saya yang saya dapat 9A PMR di facebook beliau,huhu.Ya Allah,gembiranya rasanya.

Sempat lagi sir buat lawak ha ha.

-20 Dis 12,Khamis.Saya pegi ambik result PMR saya.Baru je semangat nak ambik result tiba-tiba cikgu cakap awak ni tak bayar hutang lagi blablabla hahadoiii.

[With le girls of 3 Mekah lepas dah ambik result PMR]

Hahh, tu baru sikit je,sebenarnya  ada lagi cuma malas nak taip .
Memang saya tak nafikan,tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi diri saya sendiri.

2013,saya berharap kenangan indah akan tercipta sekali lagi.Berusahalah!!!!!

4 comments:

  1. Wahh!! Kesabaran Anis dah membuahkan hasil iaitu dapat 9A PMR!!

    Oh!! malu nyer gambar Ain >0<

    Ahh!! dengki nyer ~ ~
    Ain pun nak bergambar ramai-ramai macam tu gak ~
    TT______TT #sedih
    Tak boleh? Hmm...Ain nak curi gambar tu..wekkkk!! :P

    Anis, boleh tak Ain nak buat 'Memori 2012 saya' macam Anis ni gak? boleh la.....boleh la....hehehe

    ReplyDelete
  2. wah anis...9A nih ..tahniah...good luck ...
    aiman kalah ngn anis...just dpt 8A1B jer...B arab ...ajr eman arab ek ??


    yoseob nak dtg malaysia for GDA kat sepang ..da tau?

    ReplyDelete
  3. Ya allah cemburunya dengan budak kecik molek bernama Anis Diyana ni . Dah la cantik , lawa , comel , pandai , bijak pulak tu tambah tambah lagi kreatif yang teramat :D

    Nak tahu dulu anis dapat berapa time pmr , baru ni dapat tahu result pmr anis . Tahniah anis :D Nak cakap akakke miza XD haha confuse . arr kite tumpang gembira dengan kejayaan anis

    Semangat berkobar kobar nak SPM ni >///<

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, akak saya nak tanya akak sek agama kat mana??

    ReplyDelete