Say no more kepada kasut longgar!

Once upon a time aku beli kasut di Vincci. Masa cuba-cuba pakai tu helok je melekat kat kaki so aku pun beli lah tanpa ragu-ragu. Bila nak keluar berjalan-jalan baru aku perasan sebelah kasut tu longgar. Cepatnya kasut ni membesar?!

Nak return balik kasut tu dekat kedai tapi aku dah lama beli and dah pakai so macam takpelah aku jual jelah nanti but end up berbulan-bulan duduk dalam kotak kasut. Sampai sekarang bau kedai lagi lol. Nah kebetulan aku pegi Watsons terjumpa benda ni. Sebenarnya nak beli barang lain tapi dah masuk kedai terbeli barang lain pulak hmm perempuan.


Aku baru tahu benda macam ni wujud kahkah. Btw benda ni ada nama, nama dia Suede Heel Grips. Aku beli ni jenama Watsons. Harga RM4.90 sahaja. Murah je ok. Aku saja je nak try dalam hati dah gelak jahat macamla benda ni jadi. Sekali aku tepek dekat belakang kasut and then pakai terus muat dan tak longgar lagi dah. Betul ni tak tipu!Magik betul heel grips ni gais.

So heel grips ni sesuai untuk kasut yang bertutup dekat belakang tumit kalau tak bertutup nanti nak tampal kat mana pulak kan takkan kat dahi kot ish. Cara-cara nak pakai senang je bukak dulu pelekat dekat belakang benda tu pastu tampal je teruih. Make sure tempat yang korang nak tampal tu kering. Lepastu tunggu je gam tu kering kat situ dalam 1-2 jam macam tu. Jangan risau gam dia memang melekat kuat dekat kasut seksa jugak aku nak menampalnya haha. 


Selain untuk masalah kasut longgar, Watsons Suede Heel Grips ni sesuai jugak untuk kaki korang yang selalu sakit bila pakai kasut. Self padded inlay dalam heel grips ni yang buat korang rasa selesa bila pakai kasut tu. Benda ni kena tukar jugak sekali sebulan. Highly recommended kalau korang ada masalah kasut macam aku ni haa.


p/s: Maybe Cinderella patut cuba heel grips ni baru tak tercabut kasut


20 comments:

  1. ohh baru tau jugak ada benda ni xD

    ReplyDelete
  2. OMO baru tahu! function gila benda ni,kena cari ni :D

    ReplyDelete
  3. serius ! i penah ada kejadian di mana kasutku tertanggal sewaktu naik tangga kerana kasut longgar. malu seyh

    ReplyDelete
  4. Sesuai utk semua kasut ke pelapik tu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi salam singgah dan follow sini :)

    Btw jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  7. Kalo kasut tu longgar lebih boleh ke tampal dua tiga lapis

    ReplyDelete
  8. Kalo kasut tu longgar lebih boleh ke tampal dua tiga lapis

    ReplyDelete
  9. baru beli kasut. baru first day pakai.skali longgar. bongok je rase. bencii.. dari pki socks terus bukak socks. sumbat kt depan. sementara.. kasi haku buleh jalan dr office ke parking. hampeh.. aritu try size 5 ketat yang amat.skali skrg longgar yg amat plk.. size 6.

    ReplyDelete
  10. betul tu, lekat plaster ni kasut jadi lebih selesa dipakai, tak sakit lagi. Kalau nak cari kasut idaman boleh ke https://bazaraya.my/fashion-store/women-shop/shoes banyak pilihan menarik untuk anda

    ReplyDelete
  11. Tq so much...p beli kasut smlm,try pakai muat,tp lupa nk try jln,skali blk rumah pakai tkeluar2 pulak tumit..wahahaha...ingt nk p tukar,tgk2 kat resit xleh pulangkan n xleh tukar...aduhhhh....dh sedihh dahh...bru tringat baik google..so i sampai di tips u ni...tq sgt...

    ReplyDelete