Kenangan puasa tahun lepas

Since aku duduk kat rumah je ni tak buat apa aku perasan lama betul jarum jam tu ambik masa nak sampai waktu berbuka.Jarak jarum jam tu dengan waktu berbuka ewahh macam KL nak pergi Kota Bharu pulak.Puasa kat matrik tahun lepas baru je rajin nak buat tutorial dah bunyi azan Maghrib oleh itu makanan didahulukan,sembahyang diutamakan.

Maybe busy dengan kelas dari pagi sampai petang jadi masa berjalan begitu cepat.Kenapa guna perkataan berjalan padahal berlari lagi cepat en?Oh lihat nampaknya sel-sel otak dia sedang berhubung.Habis je kelas aku memang wajib pergi bazar dekat depan DIY (read: Dewan Ibnu Yunus) Macam ada sale pulak kat bazar pasal ramai students yang datang termasuk lecturer pun tumpang sekaki gak.
Salah satu nikmat bila kelas aku habis awal takyah susah payah kena berebut dan berhimpit-himpit bagai dengan orang lain dekat bazar.Makanan pun tengah banyak lagi masa tu so takdelah aku sampai tu beli habuk je.Lagi best bila kelas koku dekat DIY sebab dekat dengan bazar jadi kau akan sampai lagi awal daripada orang lain muahaha plus jimat sikit tenaga sebab balik bazar nak kena guna tenaga tu untuk panjat anak tangga blok pulak and then panjat lagi anak tangga nak sampai bilik macam aku ni bilik dekat aras 3 fehh.

Aku pelanggan setia dekat gerai yang jual creampuff,kek and also tak lupa kuih muih bini Hencik Zul.Sedap woih buat aku terkenang-kenang sampai sekarang!Rekod kehadiran aku ke bazar tahun lepas boleh dikatakan bagus jugak ah.Tapi tahun ni rekod aku bersih sebab tak pergi bazar langsung eventho jalan kaki je dari rumah aku dah boleh sampai bazar tu.


Bonding dengan rumet tak berapa rapat lagi masa tuh so bila time berbuka,aku dan Anis (jangan pening,aku dan Anis adalah dua ketul manusia yang berbeza) yang biasanya berbuka kat bilik je ni akan makan kat meja study masing-masing.Gejala ni dapat dikesan oleh Amal dan Yah dan akhirnya berjaya dibanteras habis-habisan oleh diorang.Dapat jugaklah kitorang kumpul satu bilik buka puasa ramai-ramai sambil bersila atas lantai.


Dekat KMKt ni ada jugak buat iftar perdana.Lokasi dia kat DIY.Cina dan india pun datang jugak,1 Malaysia betul.Spot untuk praktikum aku lagi curlass sebab dekat dengan kawasan vip hihik.Huntung tauu pengarah siap mencemar duli untuk tegur kitorang.Fyi pengarah tu dah pun bersara sekarang.

Kisah iftar praktikum aku cedih sikit.Makanan tak cukup time nak berbuka.Atas tikar cuma ada kuih dengan nasi je lauk tarak.Tapi syukur kenyang jugak malam tu sebab golongan vip yang baik hati neh bagi makanan diorang kat kitorang pasal kesian kot tengok muka sensorang.See?Ada hikmahnya makanan tak cukup dapat jugak aku merase makan makanan vip.Dahlah makanan diorang lagi sedap harhar.

tuan pengarah yang berbaju hitam tu tengah check kawasan

Entri ni dah nak habis ok takyah pelik aku memang takkan cerita cemana aku sahur kat matrik pasal aku malas nak bangun sahur.Kat rumah ni je rajin nak bangun sahur.Nak menitik pulak air mata aku teringat cerita roommate aku Amal yang gigih bangun sahur sorang-sorang pukul 5 pagi tengah roommates dia yang lain syok tido tak ingat dunia T_T

Ramadan is going to leave us again.How fast time flies kan?Aku nak simpan dulu ucapan raya aku,tunggu aku habis raya nanti baru aku wish ok?Marilah kita sudahi majlis kita dengan sekeping gambar aku with my practicum mates masa iftar perdana anjuran surau Al-Fateh.Rindu zaman kurus wahaha.


4 comments: