Archive for July 2016

Chatbox bertukar

Dulu aku pernah menduakan cbox dengan shoutbusuk.Betapa teganya aku tinggalkan cbox demi shoutbusuk huhu setahun setia dengan shoutbusuk tah apa masalah dia kat blog ni tiba-tiba hilang dari radar.Kena sorok kot.

Aku terpaksa clash dengan beliau dan berbaik semula dengan ex (read: cbox) aku wahahah.

Tu dia reason kenapa korang perasan chatbox aku bertukar (tu pun kalau korang perasan la) Macam power rangers pulak en main tukar² ni.Aku tengah nak move on lagi sebenarnya dengan shoutbusuk ni.Website dia pun tak boleh buka.Aku rasa ada kaitan dengan shoutbusuk aku yang hilang tu.

Cam tak best pulak kans kalau tak pasang chatbox kat blog ni sunyi sepi je rasanya.Nampak tak korang yang selalu rajin tinggal jejak kat chatbox aku ni,uolss lah penyeri blog saiaaa *tabur bunga kiri kanan* Aku try masuk akaun lama cbox aku tu dan ehhh i iz so surprise sebab berjaya masuk akaun tersebut hohoho bangga kejap macam baru lepas terima anugerah.

Siapa kat sini kes dia sama macam aku lepas guna shoutbusuk angkat tangan!Hey angkat tangannn!

UPDATE: Shoutbusuk dah boleh guna balik yeayyy dan website dia pun dah dibaik pulih.Makin laju je loading.I'm going to change my chatbox again lol.

When life gives you lemons,make lemonade

Actually it's very simple tau nak buat air lemon ni.Janji kau kena ada lemon baru boleh jalan.Resepi air lemon ni style aku so ikut selera tekak aku.C'mon let's start bebeh!

RESEPI AIR LEMON (1 ORANG)
------------------
Bahan-bahan:

1 hirisan lemon
1 sudu besar gula (lagi afdal guna madu)
Air panas secukupnya
Ais kiub (optional)

Cara-caranya:

Kau campak je hirisan lemon dan gula tadi dengan penuh bergaya dalam gelas lepastu tambah je dengan air panas dan kacau sampai gula tu larut tadaa dah boleh minum!Pehhh sekali nafas je aku ajar en hik.Aku lagi suka minum bila dia sejuk so aku tambah sikit je air panas supaya gula tu larut dan letak ais kiub.Siap!

Air lemon dah jadi favourite aku sekarang.Memang sedap dan rasa fresh bila minum.Time bulan puasa hari tu aku satu family selalu minum air lemon untuk bukak puasa.Tak muak langsung.Before this aku benci minum air lemon sebab takut rasa dia masam sangat tapi betullah orang cakap jangan benci sangat nanti lama-lama suka eh.

Rumah aku selalu ada stok lemon ni sebab mak aku lah yang rajin beli kat Econjaya.Untung tau minum air lemon sedap² dapat jugak kuruskan badan.Aku hilang 2kg kot wuhuu mana ada tipu ok tipu dosa masuk api neraka.Rupa-rupanya aku baru tahu minum air lemon ni banyak kebaikan dia tapi kena amalkan hari-hari la baru boleh rasa perbezaan dia.If you never try,you'll never know!

Kalau rajin korang boleh baca artikel pasal kebaikan air lemon ni kat sini sebab kalau aku copy paste panjang² pun macamla ada orang nak baca,membazir perkataan kat keyboard aku ni je.Untuk info yang lagi banyak tentang air lemon ni boleh google sendiri ye.Have a nice day!

Dapatkan sample percuma PIXY UV Whitening Two Way Cake

Hai.Hari tu kan aku ada terbaca satu blog yang Pixy nak bagi sample produk percuma diorang iaitu PIXY UV Whitening Two Way Cake.Aku pun apa lagi gedik jugaklah nak try sample tersebut haha aku terus je isi borang dia kat page Facebook PIXY Malaysia.

Aku tak berharap sangat pun dapat sample tersebut takut dikecewakan (kah!) tapi aku main hantar jelah borang tu.After sebulan menunggu parcel aku dah pun sampai hari ni yeayy.Baik gila PIXY bagi barang free kat i.Thank you PIXY!Packaging dia nice tau.Model dia pun cantik ahah.I just can't wait to try it on my face.


Tak perlu jeles okay korang pun boleh dapatkan jugak sample percuma PIXY UV Whitening Two Way Cake ini.Mana tahu lepas try yang sample ni terus boleh jatuh chenta dengan PIXY.Caranya senang je tau.Ikut langkah mudah kat bawah ni okay.

1.Sila pergi ke link ini http://www.facebook.com/PixyMalaysia atau click disini.
2.Dekat Home page tu,korang just click dekat PIXY Pilihanku > Permohonan Sampel PIXY.
3.Korang isi je borang kat situ sampai lengkap okay!


4.Dah siap isi borang tu tekan HANTAR dengan gumbiranya.
5.Lepastu tunggu jelah posmen hantar barang awak tu kat rumah ek.

Kan aku dah cakap senang je kan hehe.Ok bai guys!

Pen pal

This topic suddenly pop up in my mind and I feel like writing about it :)

But before that,biar aku bagitau pen pal ni maksudnya kawan pena yang just kenal dengan saling menghantar surat even tak pernah pun jumpa dengan dia tu.Istilah ni macam dah lama je tak dengar en,adakah ia sudah ditelan zaman?Bincangkan.

Tak tahulah generasi akan datang sedar ke tak kewujudan kawan pena ni.Apedehal sekarang dah ada kawan Facebook kot hurm.Ada orang siap boleh kahwin lagi dengan kawan pena dia haa jangan memain kisah benar ni woi.Bolehlah cecepat belek balik majalah² lama (tu pun kalau simpan lagi) mana tahu ada rezeki jodoh korang kat situ hihik.

Seronok tau main hantar² surat kat kawan pena ni.Siapa nak jadi kawan pena aku?Haha.Dulu rajin hantar surat jelah pasal media sosial pun tak berapa berkembang lagi masa tu.Tak tahannya aku siap karang surat tu ikut format karangan bm yang cikgu sekolah rendah ajar dulu.Bangga cikgu aku kalau tahu ni.Tak nyesal dapat anak murid macam ni.

Kawan pena aku ekcelli ada dua orang tapi aku ingat sorang ni je,Nur Zaiqiah pasal gambar passport dia je yang ada dengan aku sampai sekarang aku simpan lagi dalam dompet.Gambar dia masa tu budak lagi pakai baju sekolah haha.Orangnya pun comel kiut miut.

Aku start kenal dengan dia sebab dia yang hantar surat kat aku dulu nak berkenalan lepas dia jumpa lukisan aku dalam majalah KAWAN if i'm not mistaken.Aku pun tak ingat masa bila entah aku hantar lukisan tu dan keluar kat majalah.Ada ke?Haha.Cemana entah kitorang dah tak hantar surat lagi dah lepastu.Baru darjah berapa kot masetu dah tak dengar khabar berita masing².Maybe surat tak sampai lagi kot [?]

Dah berapa tahun aku lost contact dengan diorang.Teringin jugak nak tanya khabar.Tah ingat aku ke lagi ke tak.Aku harap diorang tahu aku masih hidup lagi.Aku dah try cari diorang kat Google,Facebook,Twitter,Blog tapi payah betul nak jumpa.Helo awak kalau awak kawan pena saya ataupun sanak saudara dia sekalipun mohon contact saya balik okay?


So how about you guys,do you have a pen pal?

Craving satisfied

Enough of raya food,aku nak layan western pulak hiks.Tekak ni dari hari tu lagi ngidam nak makan pizza.So hari Sabtu lepas dengan semangat waja aku pun pergilah Pizza Hut.

Dengan adik aku sekali aku drag untuk teman aku makan pizza siap membebel aku dahlah esoknya tuh nak sekolah,keje sekolah dia pun tengah berlambak lagi aku pulak time² centu baru ngada-ngada nak ajak dia keluar makan pizza.Nasiblah dapat hakak camni.


Sorry doktor saya dah langgar pantang braces minum air gas.Alhamdulillah hasil duit raya dan voucher yang aku dapat masa beli buku kat Popular hari tu dapatlah tampung makan minum dekat Pizza Hut ni.

Total semua RM23.76 include gst.I just lahvv spending my money on foods.Aku rasa berbaloi gilalah sebab aku beli guna voucher en so murah sikit daripada biasa boleh dapat 1 regular pizza,2 fizzy float dan 2 mushroom soup.Pizza iols pilih pun sedap.Tak nyesal pilih chicken pepperoni (family favorites).Biasanya aku fail bab pilih pizza ni haha tapi kali ni puas hati laa sebab menepati citarasa ai.


Terserlah kebahagiaan aku disitu.


SHRMZB

Just in case ada yang masih noob dengan tajuk post aku tu,SHRMZB tu shortform je senanya bukannya kod rahsia ke hape maksud dia Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ataupun maksud yang lain pemalas nak taip.

Amacam raya guys?Berapa kilo dah naik?Eh.Raya aku tahun ni lain sikit dan aku takde mood sangat nak beraya.I bet untuk raya tahun depan dan seterusnya pun macam ni gaklah aku tak eksaited lagi dah nak raya.Sigh.But the best part of raya are foods and duit raya of course I'm still excited about that okay!

I don't take a lot a photos during hari raya thus I couldn't find nice photos to upload in my blog.So I decided to draw a chibi of myself.#TeamBajuRayaPepel hehe.Lama dah tak hadap Paint Tool SAI ni.Terimalah lukisan malas aku ini huhu.Selamat hari raya everyone!

Kenangan puasa tahun lepas

Since aku duduk kat rumah je ni tak buat apa aku perasan lama betul jarum jam tu ambik masa nak sampai waktu berbuka.Jarak jarum jam tu dengan waktu berbuka ewahh macam KL nak pergi Kota Bharu pulak.Puasa kat matrik tahun lepas baru je rajin nak buat tutorial dah bunyi azan Maghrib oleh itu makanan didahulukan,sembahyang diutamakan.

Maybe busy dengan kelas dari pagi sampai petang jadi masa berjalan begitu cepat.Kenapa guna perkataan berjalan padahal berlari lagi cepat en?Oh lihat nampaknya sel-sel otak dia sedang berhubung.Habis je kelas aku memang wajib pergi bazar dekat depan DIY (read: Dewan Ibnu Yunus) Macam ada sale pulak kat bazar pasal ramai students yang datang termasuk lecturer pun tumpang sekaki gak.
Salah satu nikmat bila kelas aku habis awal takyah susah payah kena berebut dan berhimpit-himpit bagai dengan orang lain dekat bazar.Makanan pun tengah banyak lagi masa tu so takdelah aku sampai tu beli habuk je.Lagi best bila kelas koku dekat DIY sebab dekat dengan bazar jadi kau akan sampai lagi awal daripada orang lain muahaha plus jimat sikit tenaga sebab balik bazar nak kena guna tenaga tu untuk panjat anak tangga blok pulak and then panjat lagi anak tangga nak sampai bilik macam aku ni bilik dekat aras 3 fehh.

Aku pelanggan setia dekat gerai yang jual creampuff,kek and also tak lupa kuih muih bini Hencik Zul.Sedap woih buat aku terkenang-kenang sampai sekarang!Rekod kehadiran aku ke bazar tahun lepas boleh dikatakan bagus jugak ah.Tapi tahun ni rekod aku bersih sebab tak pergi bazar langsung eventho jalan kaki je dari rumah aku dah boleh sampai bazar tu.


Bonding dengan rumet tak berapa rapat lagi masa tuh so bila time berbuka,aku dan Anis (jangan pening,aku dan Anis adalah dua ketul manusia yang berbeza) yang biasanya berbuka kat bilik je ni akan makan kat meja study masing-masing.Gejala ni dapat dikesan oleh Amal dan Yah dan akhirnya berjaya dibanteras habis-habisan oleh diorang.Dapat jugaklah kitorang kumpul satu bilik buka puasa ramai-ramai sambil bersila atas lantai.


Dekat KMKt ni ada jugak buat iftar perdana.Lokasi dia kat DIY.Cina dan india pun datang jugak,1 Malaysia betul.Spot untuk praktikum aku lagi curlass sebab dekat dengan kawasan vip hihik.Huntung tauu pengarah siap mencemar duli untuk tegur kitorang.Fyi pengarah tu dah pun bersara sekarang.

Kisah iftar praktikum aku cedih sikit.Makanan tak cukup time nak berbuka.Atas tikar cuma ada kuih dengan nasi je lauk tarak.Tapi syukur kenyang jugak malam tu sebab golongan vip yang baik hati neh bagi makanan diorang kat kitorang pasal kesian kot tengok muka sensorang.See?Ada hikmahnya makanan tak cukup dapat jugak aku merase makan makanan vip.Dahlah makanan diorang lagi sedap harhar.

tuan pengarah yang berbaju hitam tu tengah check kawasan

Entri ni dah nak habis ok takyah pelik aku memang takkan cerita cemana aku sahur kat matrik pasal aku malas nak bangun sahur.Kat rumah ni je rajin nak bangun sahur.Nak menitik pulak air mata aku teringat cerita roommate aku Amal yang gigih bangun sahur sorang-sorang pukul 5 pagi tengah roommates dia yang lain syok tido tak ingat dunia T_T

Ramadan is going to leave us again.How fast time flies kan?Aku nak simpan dulu ucapan raya aku,tunggu aku habis raya nanti baru aku wish ok?Marilah kita sudahi majlis kita dengan sekeping gambar aku with my practicum mates masa iftar perdana anjuran surau Al-Fateh.Rindu zaman kurus wahaha.