Weekend getaway

Fyi,entry ni sepatutnya post 2 hari lepas tapi aku tak sempat nak save dan lagi haru mak aku baik hati tolong tutup laptop aku masa tu.Padan muka ToT

Weekend lepas aku dapat spend quality time dengan family aku.Asyik berkurung dalam rumah je sejak habis matrik ni,kalau rumah ni boleh bercakap dah lama dia kata bosan asyik tengok muka aku je lol so why not la kan aku ikut mak abah aku pergi jalan-jalan melihat dunia luar.Productivenya weekend aku hoho.

Tujuan sebenar nak pergi KL ambik abang aku yang baru habis program sukma dan tengah jadi babysitter tak bergaji kat rumah mak saudara aku and after that pergi kenduri rumah sepupu mak aku dekat Semenyih.Anak sepupu mak aku yang kahwin and kenduri dia tu hari Sabtu.Cuti pun dua hari haruslah en melencong tempat lain dulu.Merata jugak tempat kitorang pergi jelajah.

Orang tua-tua pesan tak baik main-main kat luar nak masuk maghrib ni haa time² centulah hari Khamis lepas dah lewat petang baru bertolak dari rumah and then sampai kat Terengganu kitorang bermalam kat rumah sewa abang sulung aku.Kawan-kawan yang serumah dengan abang aku semua balik kampung masa tu,sian en abang aku forever alone seb baik kitorang datang melawat taww.

Penampakan makhluk berwarna biru di belakang aku

First time aku datang tengok rumah sewa abang aku dapatlah jugak menyelami dan merasai kehidupan orang bujang.Rumah sewa dia tu aku boleh cakap memang puurrrfect,serba serbi semua lengkap takde rosak memane plus selesa sangat.Sewa dia dalam RM200 macam tu paling murah dahlah kat area tu cuma bila nak makan je kena beli kat luar.Patutlah bahagia je abang aku sejak tinggal kat situ.

Lepas habis breakfast aku pergi pulak rumah mak saudara dan ayah saudara aku yang dekat Pekan, Pahang.Dari kecik lagi aku suka panggil dua-dua tu cik long.Satu family mak aku pun sama panggil ciklong jugak kat diorang.Tak ke tertukar cik long lelaki dengan cik long perempuan haha.

Cik long lelaki bawak balik durian dari kebun.Lepas makan malam terus sambung makan durian pulak.Aku tak suka mana durian,aku just makan satu dua biji durian pastu stop.Kes aku surrender untunglah diorang dapat makan banyak durian terutamanya abah aku kalau tak dah lama kena berebut dengan aku tu hahaha.

Kitorang bertolak pergi KL malam tu jugak and since dah malam buta en masa sampai tu so check in lah hotel esok pagi tulah baru pergi rumah mak saudara aku.Rindu nak jumpa sepupu sepupu aku yang kecik² dan comel² tu.Tak rindu pun abang aku okay.Kitorang pun pergi Semenyih tu dengan tokmek and my two lil cousins,Alya and Ibrahim.Parents diorang je tak ikut sebab ada hal so diorang hantar jelah wakil dua orang budak tu.

Btw ini je gambar yang aku rajin hapload,terima jelah seadanya ya kawan-kawan.Asyik tak cukup ahli je dalam gambar ni.

Time tengah photoshoot jugak aku ambik kesempatan untuk tido.hm takpe tido time wedding orang lain,jangan time wedding aku nanti sudahla.

Okeh gambar bawah ni la aku cam ayu sikit padahal tengah struggle gila kot duduk tempat yang sempit tu,nak terjatuh dah hakak masatu.

Tempat duduk kena rampas dan diambil alih oleh pengantin lama bhahaha


Till the next post guys,bye!

Leave a Reply