First time drive kereta

For the first time in forever aku drive kereta.Acecey nampak tak ada kemajuan seorang Anis Diyana?Saya budak baru belajar je ni hokay.

Aku bukan nak sangat belajar bawak kereta.Tak hingin langsung nak belajar kalau boleh.Just nak cukup syarat jadi orang dewasa je ni selain sebab asyik kena paksa dengan parents aku yang suruh ambik jugak lesen kereta.Of courselah parents always win.Aku kalah 1-0.Sebagai anak yang taat lagi solehah (hoho) aku pergi lah jugak belajar bawak kereta.

Aku pilih jalan selamat iaitu belajar kereta auto tu pun aku rasa macam struggle gila dah bawak auto haha.Aku tak berani nak belajar yang manual lagipun aku pegang prinsip,"Jangan menyusahkan benda yang dah susah." Lol.

After masuk kelas itu ini tibalah hari untuk aku belajar bawak kereta kat litar.Hari pertama tu okaylah it was fun sebab cikgu yang ajar aku memandu tu sporting but poor me aku tak nampak lagi sisi gelap dia masatu haha.


Cikgu sebenar aku sorang je tapi masa first day tu siap dua orang cikgu sekaligus yang mengajar aku.Ekcelli cikgu sorang lagi tu saje je nak menyibuk haha.Cikgu aku pun suruh aku start bawak kereta.Say whattt.Cikgu janganla buat kelakar kat sini ToT Aku tengah zero lagi kot.Kalau kereta control takpelah jugak aku reti lagi ini kereta kot KERETA bukannya kereta mainan.

Tapi cikgu tu masih berperikemanusiaan lagi so dia ajarlah aku baik-baik step demi step nak bawak kereta tu.Kereta tu dapat bergerak seinci pun aku dah bahagia harhar.Then cikgu tu ajar cara nak naik bukit,parking sisi,parking tiga penjuru,selekoh S dan last sekali selekoh Z.Memang happening gila la belajar masa tu.

Hari kedua aku dah start nampak sisi gelap beliauuuu muahaha.Cikgu memandu aku dah mula buat muka ketat.Hari kedua tu memang teruk jugaklah aku kena marah kaw kaw sebab asyik salah step dan tak ingat step yang dia dah ajar semalam.Hm nak buat cemana warna baju apa aku pakai semalam pun aku tak ingat sahkan yang ni. 

Aku pulak asyik jawab 'oh','ya','okay' bila dia membebel tu tak pasal-pasal kena membebel lagi,"Awak ni ya ya je dari tadi tapi awak buat jugak salah yang sama tu lagi" Tapi okaylah cikgu tu ada jugak mintak maaf dekat aku takut aku terasa ke apa.

Hari ketiga di litar (dan muka cikgu tu masih ketat macam biasa kah!) Sepanjang hari tu aku ikut je rentak mood cikgu tu,kalau dia marah bila aku buat salah pun aku malas dah nak cakap apa-apa aku betulkan je kesalahan aku tu.Aku jadi budak baeklah sikit hari tu haha tiba-tiba sangattt jadi pendiam sampai aku dengar cikgu sebelah komplain mengantuk kahkah.

Aku jadi fobia pulak nak bawak kereta pasal dah hari last aku kat litar,tunggu nak masuk kat jalan raya pulak dan aku ni still tak pandai² lagi nak kawal stereng.Asal nak masuk selekoh je aku mesti fail nak pusing stereng tu last2 termakan jalan orang sampai cikgu tu pulak kena tolong aku pusing stereng tu.Sepatutnya aku dah boleh balik lepastu sebab kelas aku dah habis tapi cikgu tu gigih extend kelas beberapa minit untuk tunjuk kat aku cara dia bawak kereta.Baik jugak cikgu ni walaupun asyik marah² aku.

Cikgu tu dah berbuih mulut ajar aku kawal stereng tapi aku ni je yang tak paham bahasa lagi buat aku fed up pulak nak belajar kereta.I'm sorry I'm a slow learner.

Tapi Tuhan seakan memahami betapa downnya aku masa tu :') Masa aku tengah tunggu cikgu memandu ambik aku kat kedai makan,Dia hantar sorang mak cik ni borak dengan aku.Time topik pasal kereta tu dia cakaplah,"Biasalah masa belajar ada buat silap,nanti test boleh buatlah" Dear mak cik,you don't know how much that word means so much to me.May Allah bless you mak cik.

Mengucap panjang aku bila aku kena bawak kereta kat jalanraya ni.Setiap hari bawak kereta kat jalan raya time mula-mula jelah aku takut kemain tapi lepas bawak lama-lama tu rasa best pulak hoi.Lagi best daripada kat litar.Aku pun dah pandai kawal stereng sikit² eheh.Aku ambik kelas time waktu pagi sebab masatu tak ramai sangat orang harhar.Mak aku komen,"Takkan nanti nak tunggu time takde orang baru nak bawak kereta?" Hehe :p

I just want to get my driving lesson done cepat² but I don't know if I can handle the JPJ test hm.

32 comments:

  1. goodluck! bagus amik lesen awal2,,sy 22 still xde lesen lagi T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa kak,kita tak pernah tua untuk belajar xD kat tempat saya belajar tu ada mak cik dah umur 40 baru nak belajar kereta hehe

      Delete
  2. zmn akk dlu xde lesen auto.. gigih la blaja bwk kete manual smpai sakit kaki.. huhu..
    skrg dh senang.. ade lesen auto..
    harap anis cpt dpt lesen kete.. best bwk kete kan.. biasa la mula2 sume org tkot.. =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni siap peluh lagi pegang stereng akak haha.Aminn.Thanks akak :)

      Delete
  3. Wahh!! Bestnyer anis terus ambil lesen auto. Sumpah anis. Ain memang kena marah gak kaw-kaw dulu. Selamber je Ain nangis dalam kereta sebelah cikgu..harhar..Bertabahlah anis. Once you passed the jpj test and get your own license, that time you will realized all your efforts are worth it! So, Anis Diyana, Chaiyokkk!! Hwaittinggg!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar la ain ni.Anis nak nangis sebelah cikgu tu pun takut.Thanks Ain.Nanti anis dapat lesen kita gi makan2 okehh :D

      Delete
  4. arwah cikgu driving kita dulu, umur dia macam baya atuk-atuk kita. arwah kuat membebel jugak, tapi setiap kali arwah membebel, kita asyik gelak je haha. relax je k. nanti masa test, biasanya kan abg jpj nampak je muka dia ketat, tapi dorang baik sebenarnya. anyway goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mula-mula je boleh lagi gelak,lepas dah nampak permainan dia tak berani dah nak gelak haha tapi kadang2 cikgu tu menghiburkan jugak.Thanks awak :)

      Delete
  5. semoga berjaya.. jangan takut sgt bawa je kereta tu.. nama pun belajar.. xpe2 jgn risau insyallah ada insuran kereta tu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni tak kemek lagi lah kereta tu haha.Terima kasih :)

      Delete
  6. Good luck babe ❤ Cepat cepatlah dapat license lepasni boleh jalan jalan bawak I hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi hakak,test jpj pun tak sampai lagi.Thanks :D

      Delete
  7. yayy boleh bawa kita outing <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikk ramai pulak nak suruh kita jadi driver xD

      Delete
  8. ok la parents suruh anis amik lesen kereta. erin langsung tak boleh amik lesen T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka kena paksa T___T nak suruh orang lain jadi driver kita haha.Why?try pujuk parents bagi gula-gula ke hihi

      Delete
  9. Uish bercakap pasal lesen ni~ haih klu disuruh ambik semula, mmg tak nak dhlaaa.. Anis nk tanya, dengar kata klu ambik lesen kete auto ada ujian lebih sikit brbnding yang manual masa ujian jpj nnt? Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too hahaha tak sanggup dah nak hadap lagi sekali.Sorry baru nak reply kat sini lol aah ada.kalau tak silap ramp,tapi cikgu tak ajar lagi yang tu (c/p from twitter kahkah)

      Delete
  10. ada lesen kereta auto ke? tak tau lah pulak. saya ambil lesen kereta manual tapi bila dah pass & dapat lesen sampai skrg masih tak berani nak bawak manual so bawak auto je lah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah ambik manual boleh bawak dua2 sekali :D

      Delete
  11. Meghaaahhhnyaa kereta dia. Haha. Btw, good luck. Yup, part test jpj tu pun good luck jugak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. meghah membara semangat waja eh ternyanyi pulak.Thanks hihik

      Delete
  12. auto memang senang. gud luck anis. :)
    sy dulu pun amek lesen auto jgk. kalau manual tu bnyk step skit. hehe. malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama lama belajar baru rasa senang.Thanks :)

      Delete
  13. Hehhee. Goodluck. Nanti kita pun akan lalui apa Anis rasa. Tengah tunggu giliran ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks,awak pun goodluck jugak.Sila tabahkan diri bila belajar nanti hihi

      Delete
  14. sonoknyaaa kalau dah pandai bawak kereta. I dari zaman sekolah dok pong pang nak belajar kete. tapi takut -,- la ni dah anak 3 dah pun. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis dari habis spm lah kunun nak belajar kereta last2 dah nak masuk u baru nak belajar xD akak takpe dah ada driver kekeke

      Delete
  15. hi anis. stresss n skrg baru rasaa nak bljr kereta setelah 6y++ dpt lesen tp xpernah bawa. ada tip x? igt nak upah org ajr. tp tulaaa perasaan tkut nak bawa tu ada.

    ReplyDelete
  16. Keadaan Saya belajar memandu kereta macam sama dengan situation awak, tpi say xtau nak luah perasaan ni Kat siapa. Thanks sebab awak share pengalaman awak. Sekarang ni Saya masih belajar memandu. Saya harap kelas yang seterusnya Saya dapat pandu kereta dgn lebih baik
    😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun sama,siap pakage kena maki lg dgn cikgu yg ajar tu...first test jpj akk gagal,n second test akk lulus dgn cemerlang...doakan akk boleh bawa keta kat jalan raya rayk lpas ni

      Delete
  17. Sama dengan situasi saya..saya suda habis 10 jam tapi masi tak dapat control stering..rasa down pula..huhuhu

    ReplyDelete