It's international lefthanders day!

Kajian menunjukkan kat dunia ni ada 11% orang kidal dan aku jugak termasuk dalam 11% itew. Shoutout to semua orang yang kidal kat luar sana,selamat hari kidal sedunia!Orang kidal je hokay ada hari special cemni.Terasa diriku begitu berharga.Orang tangan kanan,kau hado?Bhahaha.

Sebagai orang yang guna tangan kiri atau kidal ni,meh aku nak share sikit dengan korang:

1) Orang kidal ni makhluk yang unik,rare dan special sebabtu selalu dapat ayat macam ni time tengah menulis,"Awak ni kidal ye?" 

2) I may be lefthanded but I'm always right hahaha

3) Aku paling kekok bila makan guna sudu.Kena ada partner dia si garfu barulah hidup aku lengkap dan tak kekok sikit nak makan.That's why aku lagi suka dan prefer makan guna tangan.

4) Aku still makan guna tangan kanan hokay bukan kiri!

5) Tangan kanan aku boleh berfungsi pulak bila aku pakai jam tangan kiri

6) Spiral notebooks=problem to lefties


7) YANG NI PUN SAMA


8) Bila tengah menulis tangan ni sikit-sikit nak berlanggar dengan tangan orang sebelah

9) Orang kidal ni biasanya terror matematik.Aku rasa macam something wrong dengan aku sebab aku tak pandai pun math.

10) Tak sah kalau tak tinggal jejak kat tangan macam gambar bawah ni


11) Suka sengetkan buku bila tengah menulis

12) Kebolehan aku boleh menulis siap makan nasi lagi bhahaha.


Still,proud to be lefthanded :D

15 comments:

  1. haha.. sama la.. sebab tu sy xde buku spiral notebook guna kertas A4 bahagi dua senang keje...

    ada satu lagi org kidal ni imaginasi dgn khayalan dia tinggi tak taw la betul ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi jimat kan buat macam tu.takyah sakit2 tangan guna spiral notebook.Tengah buat survey orang kidal ni tinggi imaginasi ke apeni?haha

      Delete
  2. jeles satu benda dengan orang kidal ni, boleh makan sambil buat kerja. hhuhu. happy lefthanders day's!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tulah lagi banyak makan daripada buat kerja haha

      Delete
  3. Wuuu untung geng tangan kidal. Ada hari speciall gituu. Hehe. Happy lefthanders day! :)

    ReplyDelete
  4. yang ke 4140..jemput ke laman Etuza ya

    ReplyDelete
  5. selalu orang kidal ni tulisan cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan selalu tegur tulisan kita cantik macam komputer hihik

      Delete