My time management in matriculation

 
Hai.Yang bukan matrik kat sini boleh buat buat jadi budak matrik kejap haha ni entry edisi khas untuk dak dak matrik dan yang bakal masuk matrik.

Aku nak share cara aku manage masa dekat matrik and yes bolehlah bantu korang untuk survive dekat matrik nanti ok?Jadual kat matrik agak pack alahh nama pun fast track kan biasalah kalau busy chill je adik-adik takde lagi kot kes setakat ni busy sampai nak bernafas pun kena curi curi.


Jadual akademik aku for sem 1

Aku mengaku masa sem 1 aku culture shock sebab first time duduk asrama.Pergi outing atau keluar bilik pun tak orang pun jadi tak kenal dengan aku entah² tak tahu pun aku wujud kat matrik tu ya Allah membosankan betul life aku dulu tak fun langsung haha.Aku tahu study study study tapi tak score jugak.Start sem 2 aku berubah and balance kan masa aku dan pointer aku lagi tinggi daripada sem 1.Takdelah gempak sangat but yeah i still managed to get GPA 3.0 above for both semesters :D

Paling rajin aku bangun pukul 6,paling malas pun pukul 6.30 then aku mandi,solat dan siap siap.Sebelum pergi kelas check dulu whatsapp takut² kelas cancel,keh.Aku ambik aliran sains dan modul 1.Kelas aku biasanya start pukul 8 pagi dan habis pukul 5 petang.

Yang jenis rilek² dan kelas selalu habis awal ni budak akaun macam roommate aku hari-hari boleh layan drama korea.Breakfast wajib ambik baru otak boleh jalan.Aku jenis tak boleh makan nasi awal pagi tapi aku make sure aku makan jugak pagi tu atleast roti atau susu.Time tunggu lecturer datang kuliah ke ada gap sikit pagi tu aku akan berlari-lari ke van mak kau hijau untuk beli kuih.This is #OnlyInKMKt huahuahua.

Petang ada gap lagi dari pukul 1 sampai pukul 2.Masa tu aku guna untuk solat zohor,buat tutorial sikit²,siap siap then pergi kelas balik.Habis kelas pukul 5 pergi kafe terus makan nasi untuk malam sekali pastu balik bilik golek-golek atas katil,solat asar,mandi dan kerana terpaksa aku relakan tido kalau dah mengantuk sangat petang tu.Nak keluar petang penat jadi dari Maghrib sampai Isyak aku turun solat jemaah kat surau.Solat kan exercise paling bagus.Aku nak siapkan tutorial pun rasa best dan tak mengantuk.

Aku start buat tutorial atau assignment pukul 9.Bila mengantuk aku tidur tak sempat pulak tengok jam pukul berapa.Sebelum tidur dengan tenang aku gosok dah dulu baju siap siap takdelah kelam kabut esok pagi.

Time weekend pulak masa tulah aku basuh baju,jemur baju,kemas bilik,buat lab report,tutorial,assignment and find time bahagiakan diri sendiri dengan blogging,tengok movie kat laptop dan keluar outing dengan kawan-kawan.Trust me kat matrik memang susah nak cari masa untuk study dan buat revision disebabkan tutorial yang berlambak so for me masa buat tutorial tu kira untuk study jugak.Rajin-rajinlah buat tutorial InsyaAllah boleh jawab exam nanti.Malas jugak buat tuto sila suruh roommate rotan anda ye.

Time belajar kita belajar sungguh-sungguh, time main pun kita main sungguh-sungguh.Just enjoy your matriculation life okay :)

28 comments:

  1. My matric life was super awesome i think. But I did skip classes like crazy. And I hated do all the tutorials. Hahaha. and went outing every weekend. I just wanted to have fun back then. Omg.

    ReplyDelete
  2. Zaman matrik sy pula x terasa pula packnya.. Haha.. Bnyk tido je rasanya.. Walaupun kelas 8-5... Alhamdulillah dpt juga sambung degree...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah2 dalam tido pun study haha.Alhamdulillah :D

      Delete
  3. Tutorial ni kekdg mcm soalan bocor exam. Ahaha shhh

    ReplyDelete
  4. padat jadual.. dr pg smpai ptg kelas..
    hehe

    ReplyDelete
  5. saya baru je habis matrik. zaman matriklah yg paling best walaupun jadual tersangat2 padat.. lec pn baik2.. rindu pulak kat matrik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true!saya type entry ni pun sebab rindu matrik jugak senanya haha

      Delete
  6. wow, padatnya jadual. huuuu. pape pon breakfast memang penting :)

    ReplyDelete
  7. Hi! Kita sama lah amik module 1 dulu hehe. Sekarang dah nak masuk degree la kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yesss dah habis satu sem pun *punyalah lama tak bukak blog

      Delete
  8. Blogwalking sini :)
    trima kasih singgah belog cik kumbang (^_^)

    tetibe ter'throwback zaman duk matrik dlu
    part operate tikus paling xbole lupa haha
    jadual sememangnya sgt pack (T_T)
    tp kalau pndai manage time ok je :)
    Enjoy life kat matriks :)
    ujung minggu ramai2 kumpul kat bilik TV layan My Girl hik~

    ReplyDelete
  9. Thank you for sharinggg :) Baru masuk sem ni dah blur pulak macam mana nak bahagi masa hahaha. Padahal dah sem 6 ni..

    ReplyDelete
  10. HUHU tak sempat merasa jd bdk matrikk,penah dpt offer tapi x masukk

    ReplyDelete
  11. Tak penat ke korang budak sains belajar sampai pukul 5? hihi

    ReplyDelete
  12. dah lama tinggal kan zaman study and kolej ni.. ahahaha..rindu pula

    ReplyDelete
  13. saya pun dah lama tinggalkan zaman study, rindu

    bagus post ni ..bleh la adik2 yg nak masuk matrix jadikan panduan..

    study but still kena heve fun kan..

    ReplyDelete
  14. rindu pulak zaman belajar haha
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. hehehe thanks akak sebab share. kita takut nak sambung matriks. macam akak lah hehehe. harap semuanya okay nanti insyaAllah

    ReplyDelete
  16. hi, saya datang singgah sambil follow sini :)

    ReplyDelete
  17. Time management is really important!

    http://incredibleinterest.blogspot.com/

    ReplyDelete