Archive for August 2016

My time management in matriculation

 
Hai.Yang bukan matrik kat sini boleh buat buat jadi budak matrik kejap haha ni entry edisi khas untuk dak dak matrik dan yang bakal masuk matrik.

Aku nak share cara aku manage masa dekat matrik and yes bolehlah bantu korang untuk survive dekat matrik nanti ok?Jadual kat matrik agak pack alahh nama pun fast track kan biasalah kalau busy chill je adik-adik takde lagi kot kes setakat ni busy sampai nak bernafas pun kena curi curi.


Jadual akademik aku for sem 1

Aku mengaku masa sem 1 aku culture shock sebab first time duduk asrama.Pergi outing atau keluar bilik pun tak orang pun jadi tak kenal dengan aku entah² tak tahu pun aku wujud kat matrik tu ya Allah membosankan betul life aku dulu tak fun langsung haha.Aku tahu study study study tapi tak score jugak.Start sem 2 aku berubah and balance kan masa aku dan pointer aku lagi tinggi daripada sem 1.Takdelah gempak sangat but yeah i still managed to get GPA 3.0 above for both semesters :D

Paling rajin aku bangun pukul 6,paling malas pun pukul 6.30 then aku mandi,solat dan siap siap.Sebelum pergi kelas check dulu whatsapp takut² kelas cancel,keh.Aku ambik aliran sains dan modul 1.Kelas aku biasanya start pukul 8 pagi dan habis pukul 5 petang.

Yang jenis rilek² dan kelas selalu habis awal ni budak akaun macam roommate aku hari-hari boleh layan drama korea.Breakfast wajib ambik baru otak boleh jalan.Aku jenis tak boleh makan nasi awal pagi tapi aku make sure aku makan jugak pagi tu atleast roti atau susu.Time tunggu lecturer datang kuliah ke ada gap sikit pagi tu aku akan berlari-lari ke van mak kau hijau untuk beli kuih.This is #OnlyInKMKt huahuahua.

Petang ada gap lagi dari pukul 1 sampai pukul 2.Masa tu aku guna untuk solat zohor,buat tutorial sikit²,siap siap then pergi kelas balik.Habis kelas pukul 5 pergi kafe terus makan nasi untuk malam sekali pastu balik bilik golek-golek atas katil,solat asar,mandi dan kerana terpaksa aku relakan tido kalau dah mengantuk sangat petang tu.Nak keluar petang penat jadi dari Maghrib sampai Isyak aku turun solat jemaah kat surau.Solat kan exercise paling bagus.Aku nak siapkan tutorial pun rasa best dan tak mengantuk.

Aku start buat tutorial atau assignment pukul 9.Bila mengantuk aku tidur tak sempat pulak tengok jam pukul berapa.Sebelum tidur dengan tenang aku gosok dah dulu baju siap siap takdelah kelam kabut esok pagi.

Time weekend pulak masa tulah aku basuh baju,jemur baju,kemas bilik,buat lab report,tutorial,assignment and find time bahagiakan diri sendiri dengan blogging,tengok movie kat laptop dan keluar outing dengan kawan-kawan.Trust me kat matrik memang susah nak cari masa untuk study dan buat revision disebabkan tutorial yang berlambak so for me masa buat tutorial tu kira untuk study jugak.Rajin-rajinlah buat tutorial InsyaAllah boleh jawab exam nanti.Malas jugak buat tuto sila suruh roommate rotan anda ye.

Time belajar kita belajar sungguh-sungguh, time main pun kita main sungguh-sungguh.Just enjoy your matriculation life okay :)

First time drive kereta

For the first time in forever aku drive kereta.Acecey nampak tak ada kemajuan seorang Anis Diyana?Saya budak baru belajar je ni hokay.

Aku bukan nak sangat belajar bawak kereta.Tak hingin langsung nak belajar kalau boleh.Just nak cukup syarat jadi orang dewasa je ni selain sebab asyik kena paksa dengan parents aku yang suruh ambik jugak lesen kereta.Of courselah parents always win.Aku kalah 1-0.Sebagai anak yang taat lagi solehah (hoho) aku pergi lah jugak belajar bawak kereta.

Aku pilih jalan selamat iaitu belajar kereta auto tu pun aku rasa macam struggle gila dah bawak auto haha.Aku tak berani nak belajar yang manual lagipun aku pegang prinsip,"Jangan menyusahkan benda yang dah susah." Lol.

After masuk kelas itu ini tibalah hari untuk aku belajar bawak kereta kat litar.Hari pertama tu okaylah it was fun sebab cikgu yang ajar aku memandu tu sporting but poor me aku tak nampak lagi sisi gelap dia masatu haha.


Cikgu sebenar aku sorang je tapi masa first day tu siap dua orang cikgu sekaligus yang mengajar aku.Ekcelli cikgu sorang lagi tu saje je nak menyibuk haha.Cikgu aku pun suruh aku start bawak kereta.Say whattt.Cikgu janganla buat kelakar kat sini ToT Aku tengah zero lagi kot.Kalau kereta control takpelah jugak aku reti lagi ini kereta kot KERETA bukannya kereta mainan.

Tapi cikgu tu masih berperikemanusiaan lagi so dia ajarlah aku baik-baik step demi step nak bawak kereta tu.Kereta tu dapat bergerak seinci pun aku dah bahagia harhar.Then cikgu tu ajar cara nak naik bukit,parking sisi,parking tiga penjuru,selekoh S dan last sekali selekoh Z.Memang happening gila la belajar masa tu.

Hari kedua aku dah start nampak sisi gelap beliauuuu muahaha.Cikgu memandu aku dah mula buat muka ketat.Hari kedua tu memang teruk jugaklah aku kena marah kaw kaw sebab asyik salah step dan tak ingat step yang dia dah ajar semalam.Hm nak buat cemana warna baju apa aku pakai semalam pun aku tak ingat sahkan yang ni. 

Aku pulak asyik jawab 'oh','ya','okay' bila dia membebel tu tak pasal-pasal kena membebel lagi,"Awak ni ya ya je dari tadi tapi awak buat jugak salah yang sama tu lagi" Tapi okaylah cikgu tu ada jugak mintak maaf dekat aku takut aku terasa ke apa.

Hari ketiga di litar (dan muka cikgu tu masih ketat macam biasa kah!) Sepanjang hari tu aku ikut je rentak mood cikgu tu,kalau dia marah bila aku buat salah pun aku malas dah nak cakap apa-apa aku betulkan je kesalahan aku tu.Aku jadi budak baeklah sikit hari tu haha tiba-tiba sangattt jadi pendiam sampai aku dengar cikgu sebelah komplain mengantuk kahkah.

Aku jadi fobia pulak nak bawak kereta pasal dah hari last aku kat litar,tunggu nak masuk kat jalan raya pulak dan aku ni still tak pandai² lagi nak kawal stereng.Asal nak masuk selekoh je aku mesti fail nak pusing stereng tu last2 termakan jalan orang sampai cikgu tu pulak kena tolong aku pusing stereng tu.Sepatutnya aku dah boleh balik lepastu sebab kelas aku dah habis tapi cikgu tu gigih extend kelas beberapa minit untuk tunjuk kat aku cara dia bawak kereta.Baik jugak cikgu ni walaupun asyik marah² aku.

Cikgu tu dah berbuih mulut ajar aku kawal stereng tapi aku ni je yang tak paham bahasa lagi buat aku fed up pulak nak belajar kereta.I'm sorry I'm a slow learner.

Tapi Tuhan seakan memahami betapa downnya aku masa tu :') Masa aku tengah tunggu cikgu memandu ambik aku kat kedai makan,Dia hantar sorang mak cik ni borak dengan aku.Time topik pasal kereta tu dia cakaplah,"Biasalah masa belajar ada buat silap,nanti test boleh buatlah" Dear mak cik,you don't know how much that word means so much to me.May Allah bless you mak cik.

Mengucap panjang aku bila aku kena bawak kereta kat jalanraya ni.Setiap hari bawak kereta kat jalan raya time mula-mula jelah aku takut kemain tapi lepas bawak lama-lama tu rasa best pulak hoi.Lagi best daripada kat litar.Aku pun dah pandai kawal stereng sikit² eheh.Aku ambik kelas time waktu pagi sebab masatu tak ramai sangat orang harhar.Mak aku komen,"Takkan nanti nak tunggu time takde orang baru nak bawak kereta?" Hehe :p

I just want to get my driving lesson done cepat² but I don't know if I can handle the JPJ test hm.

It's international lefthanders day!

Kajian menunjukkan kat dunia ni ada 11% orang kidal dan aku jugak termasuk dalam 11% itew. Shoutout to semua orang yang kidal kat luar sana,selamat hari kidal sedunia!Orang kidal je hokay ada hari special cemni.Terasa diriku begitu berharga.Orang tangan kanan,kau hado?Bhahaha.

Sebagai orang yang guna tangan kiri atau kidal ni,meh aku nak share sikit dengan korang:

1) Orang kidal ni makhluk yang unik,rare dan special sebabtu selalu dapat ayat macam ni time tengah menulis,"Awak ni kidal ye?" 

2) I may be lefthanded but I'm always right hahaha

3) Aku paling kekok bila makan guna sudu.Kena ada partner dia si garfu barulah hidup aku lengkap dan tak kekok sikit nak makan.That's why aku lagi suka dan prefer makan guna tangan.

4) Aku still makan guna tangan kanan hokay bukan kiri!

5) Tangan kanan aku boleh berfungsi pulak bila aku pakai jam tangan kiri

6) Spiral notebooks=problem to lefties


7) YANG NI PUN SAMA


8) Bila tengah menulis tangan ni sikit-sikit nak berlanggar dengan tangan orang sebelah

9) Orang kidal ni biasanya terror matematik.Aku rasa macam something wrong dengan aku sebab aku tak pandai pun math.

10) Tak sah kalau tak tinggal jejak kat tangan macam gambar bawah ni


11) Suka sengetkan buku bila tengah menulis

12) Kebolehan aku boleh menulis siap makan nasi lagi bhahaha.


Still,proud to be lefthanded :D

Weekend getaway

Fyi,entry ni sepatutnya post 2 hari lepas tapi aku tak sempat nak save dan lagi haru mak aku baik hati tolong tutup laptop aku masa tu.Padan muka ToT

Weekend lepas aku dapat spend quality time dengan family aku.Asyik berkurung dalam rumah je sejak habis matrik ni,kalau rumah ni boleh bercakap dah lama dia kata bosan asyik tengok muka aku je lol so why not la kan aku ikut mak abah aku pergi jalan-jalan melihat dunia luar.Productivenya weekend aku hoho.

Tujuan sebenar nak pergi KL ambik abang aku yang baru habis program sukma dan tengah jadi babysitter tak bergaji kat rumah mak saudara aku and after that pergi kenduri rumah sepupu mak aku dekat Semenyih.Anak sepupu mak aku yang kahwin and kenduri dia tu hari Sabtu.Cuti pun dua hari haruslah en melencong tempat lain dulu.Merata jugak tempat kitorang pergi jelajah.

Orang tua-tua pesan tak baik main-main kat luar nak masuk maghrib ni haa time² centulah hari Khamis lepas dah lewat petang baru bertolak dari rumah and then sampai kat Terengganu kitorang bermalam kat rumah sewa abang sulung aku.Kawan-kawan yang serumah dengan abang aku semua balik kampung masa tu,sian en abang aku forever alone seb baik kitorang datang melawat taww.

Penampakan makhluk berwarna biru di belakang aku

First time aku datang tengok rumah sewa abang aku dapatlah jugak menyelami dan merasai kehidupan orang bujang.Rumah sewa dia tu aku boleh cakap memang puurrrfect,serba serbi semua lengkap takde rosak memane plus selesa sangat.Sewa dia dalam RM200 macam tu paling murah dahlah kat area tu cuma bila nak makan je kena beli kat luar.Patutlah bahagia je abang aku sejak tinggal kat situ.

Lepas habis breakfast aku pergi pulak rumah mak saudara dan ayah saudara aku yang dekat Pekan, Pahang.Dari kecik lagi aku suka panggil dua-dua tu cik long.Satu family mak aku pun sama panggil ciklong jugak kat diorang.Tak ke tertukar cik long lelaki dengan cik long perempuan haha.

Cik long lelaki bawak balik durian dari kebun.Lepas makan malam terus sambung makan durian pulak.Aku tak suka mana durian,aku just makan satu dua biji durian pastu stop.Kes aku surrender untunglah diorang dapat makan banyak durian terutamanya abah aku kalau tak dah lama kena berebut dengan aku tu hahaha.

Kitorang bertolak pergi KL malam tu jugak and since dah malam buta en masa sampai tu so check in lah hotel esok pagi tulah baru pergi rumah mak saudara aku.Rindu nak jumpa sepupu sepupu aku yang kecik² dan comel² tu.Tak rindu pun abang aku okay.Kitorang pun pergi Semenyih tu dengan tokmek and my two lil cousins,Alya and Ibrahim.Parents diorang je tak ikut sebab ada hal so diorang hantar jelah wakil dua orang budak tu.

Btw ini je gambar yang aku rajin hapload,terima jelah seadanya ya kawan-kawan.Asyik tak cukup ahli je dalam gambar ni.

Time tengah photoshoot jugak aku ambik kesempatan untuk tido.hm takpe tido time wedding orang lain,jangan time wedding aku nanti sudahla.

Okeh gambar bawah ni la aku cam ayu sikit padahal tengah struggle gila kot duduk tempat yang sempit tu,nak terjatuh dah hakak masatu.

Tempat duduk kena rampas dan diambil alih oleh pengantin lama bhahaha


Till the next post guys,bye!

Hello August(us Waters)

Bye July!Hello August(us Waters) opss.Nak hello kat korang jugaklah,hello korang!5 hari tak update blog rasa macam 5 tahun,over betul kau jah.

Idea nak update blog tu ada tapi malas nak taip,kalau boleh voicenote je kan senang,kah.Okay bulan ni result upu aku keluar.Saja cakap bulan ni bukan minggu depan.Bunyi macam sekejap sangat je minggu depan tu ish #PrayForAnisDiyana and the gang.Dalam hujung bulan ni InsyaAllah kalau Allah izinkan aku akan sambung degree nanti.

Aku macam kenapa :( cepat :( sangat :( aku :( kena :( masuk :( universiti ToT Aku ingatkan intake dia bulan 9.Aku tak puas lagi duduk kat rumah weii haha.Kawan-kawan aku yang dah habis matrik semua pergi kerja,aku jelah yang tak mereput lagi dan masih boleh bertahan duduk kat rumah ni.Asal cuti panjang je orang akan tanya aku soalan spot ni,"Buat apa time cuti?" Jawapan aku,aku kira rumput depan rumah,tunggu ikan dalam akuarium tido,em kalau kau nak merepek baik kau diam skang Anis.

Bila masuk u nanti aku tak surelah aku rajin update blog dan blogwalking lagi lepas ni sebab masa aku agak terhad tapi aku akan cuba jugak update entry walaupun seketul,takde lah berpenunggu blog aku nanti.Study² jugak, komitmen dekat blog still kena bagi wahahah ada gaya blogger sejati gitew.

Aku geram nak bawak lari internet kat rumah ni pergi u.Aku harap kat sana nanti ada internet,kalau laju lagi bagus baru syok nak update blog bhaha.