Showing posts with label form 3. Show all posts

Memori 2012 saya

Status : Aku nak makan.

Ini senarai memori sweet n sour saya sepanjang 2012 ini ;

-Kena denda ketuk ketampi dengan senior,kena junjung talam masa usrah kepimpinan dulu T_T

-Stress sebab kena buat kertas kerja untuk satu program nih........tapi program tu last2 tak jadi.!@#%%^&*

-Result peperiksaan penilaian 1 & 2 dapat teruk.Sampai guru kelas tanya, 'Kenapa teruk sangat result periksa awak ni?' Sedih punya soalan.

-First time masa peperiksaan penilaian 1 atau 2....subjek Al-Quran saya dapat GAGAL.

-Kena denda di luar kelas dengan kerusi diletakkan di atas kepala di bawah cahaya matahari sebab gagal subjek Al-Quran tadi lah.Dahsyat woooo.

-Bekalan internet tiada lepas saja habis raya Aidilfitri.Sungguh cedih.That's why lama sangat tak update blog ha ha.Abah memang saja buat macam ni sebab nak suruh saya study untuk PMR T______________T

-Sepanjang peperiksaan PMR dijalankan,saya jatuh sakit he he.Dan saya masih ingat sampai sekarang esoknya nak periksa Sains tapi saya tertidur sebab badan rasa letih sangat :( Bila bangun ja dah pukul 11.00 malam ah memang tak sempat dahlah nak belek buku.Tapi Alhamdulillah tak sangka soalan periksa Sains sekacang itew ,hihik.

-Dugaan kali kedua semasa exam PMR,cermin mata patah kena pijak dengan diri sendiri.Sebabnya,main guling-guling atas lantai.Tapi saya menjerit kegembiraan!!!!!!!!!!!Sebab saya dapat beli cermin mata baru,yehuuuuuuuuu!!!!!!!Tak sia-sia main guling-guling dengan Ain ha ha.Lepas habis exam Pendidikan Islam terus report dekat mak yang cermin mata dah patah.Mujur mak saya tak komen pape dia terus je gi kedai cermin mata dan buat cermin mata barulah.Cermin mata bingkai penuh kaler merah menjadi pilihan hati ku.Kuikuikui.

-Hari terakhir sebelum mudir kasi cuti free (sebab PMR dah habis)saya,Ain,Eka dan Basirah pegi makan maggi sup.

[Eka takde,dia tukang ambik gambar.]

-Saya menangis sebab result PMR tak jadi keluar 19/12 .Sekolah saya tak macam sekolah orang lain yang boleh ambik awal result PMR depa.Jealous much.

-Mentor@Guru BI@papa saya orang yang pertama beritahu saya yang saya dapat 9A PMR di facebook beliau,huhu.Ya Allah,gembiranya rasanya.

Sempat lagi sir buat lawak ha ha.

-20 Dis 12,Khamis.Saya pegi ambik result PMR saya.Baru je semangat nak ambik result tiba-tiba cikgu cakap awak ni tak bayar hutang lagi blablabla hahadoiii.

[With le girls of 3 Mekah lepas dah ambik result PMR]

Hahh, tu baru sikit je,sebenarnya  ada lagi cuma malas nak taip .
Memang saya tak nafikan,tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi diri saya sendiri.

2013,saya berharap kenangan indah akan tercipta sekali lagi.Berusahalah!!!!!

Anda stress?

Ini mungkin penyelesaiannya.Bhahahah.

Kecik-kecik lagi dah stress.Eh,salam pun tak bagi lagi.Assalammualaikum semua :) 

Ah,malas ah ah nak cerita pasal PESKO (Pesta Sukan dan Kokurikulum) semalam tu sebab rumah sukan saya menang *angkat kening* Ye,saya tahu ramai jeles.Eh,tukar topik cepat.

Stress..boleh..buat korang jadi gila.Tak percaya lantak korang ah.Eh,tapi saya tak pernah alami lagi xD.Saya dah penat,tolonglah.Exam dah nak dekat.Minggu ni jugak ada Minggu Bahasa Arab dan saya ada join Kalam Jamaie dan Syarahan Bahasa Arab.Kesian tengok budak budak 3 Mekah hari ni,semua muka dah tak bermaya dah.Ketekanan melanda mereka semua,haha T_T 

So,solution for this. . . . .

Saya beli aiskrim.Okay,tata :D

So what?

source:tumblr.com

Hai koranggsssss!Eh,Assalammualaikum :D

Ehmm,dah lama tak bercerita macam selalu.Asyik buat post pasal B2ST challenge tu jeh,hehheh.Okay,emm.Lawo tak blog kita?Phewww,saya dah putus asa nak blogging sebab yeah,tak tahu nak edit blog ni macam mana lagi.Mula-mula tukar template minima,lepastu tukar simple.Tak puas hati lagi,haha.Jadi tukar kepada classic template.Saya dah cuba buat skin sendiri.Jadi tu memang ah jadi tapi skin tu dah ramai orang buat jadi terpaksalah guna skin orang lain.Huwaaaa huwaaaaa ,eh eh.tak menangis pun ;p

Tukar topiklah,haha -.-

Bhahaha!Tahun depan gua dah Form 3.Wahh wahh,susah nak percaya >< Tahun depan PMR ,agagaga.Cikgu dah sediakan banyok buku latihan untuk buat kat rumah,tapi satu apa pun saya tak gi buat lagi.Saya dah baca sikit sikit pelajaran untuk tahun depan,hmph.Cikgu sekolah saya beria sangat nak tengok kitorang straight A tahun hadapan.InsyaAllah,9A's.Tengok ah berapa banyak buku saya dapat niww ><

T^T

Cuti sekolah ni abah saya suruh belajar memasak. Oh.My.God O.O Hmm..tengoklah dulu :B Saya tak buat apa sangat kat rumah ni,hihi.Minggu depan ada kelas komputer.Saya dah ponteng kelas minggu pertama.Kelas komputer tu ada 2 kali dalam 5 minggu.Saya bukannya nak gi sangat kelas tuh tapi kawan saya cakap kalau gi dapat sijil jadi terpaksalah pegi,hmm hmm :(

Tahun ni kansss,budak budak UPSR memang bertuah lah.Ohya,sebelum tu congrates kepada sesiapa yang dapat 5A tuh ^_______^ Ai memang berbangga dengan you all.Hahahh.Adik saya dapat 5A kan jadi macam macamlah dia dapat.PPD kasi dia duitlah lagi lagi basikal.Hamboih,masa zaman saya dapat 5A tuh takda pulak .Muka dia masuk paper terus upload dekat FB.Takpolah,tengok leewww tahun depan.Saya akan belajar dengan lebih gigih,ngaummm! *bunyi harimau* Erh erh,Malaysia menang kan semalam?Alhamdulillah :D