Book hunting

Hari Isnin lepas aku pergi KL teman abang aku yang ada interview kat sana.Bukan aku dengan abang aku je yang pergi,adik lelaki aku dan kawan abang aku pun ikut jugak.Since kawan abang aku pun ikut jugak tak pasal-pasal aku jadi perempuan melayu terakhir masa tu,kah.

Lepas abang aku hantar adik aku kat kolej dia,dia hantar pulak aku kat rumah mak saudara aku.Aku suka pergi rumah mak saudara aku sebab anak dia kecik-kecik lagi.Aku memang suka budak-budak kecik ni.Paling best dapat buli budak-budak ni ahaha jahat tak haku.

Baru aku perasan kitorang bergambar ikut ketinggian

Ismaiyl ni bapak innocent kot.Aku tipu sikit je dia terus percaya hakjhakj.Aku cakaplah kat dia Tok Mek (nenek aku) panggil dia,dia pun terus pergi kat Tok Mek pastu dengan pelatnya dia tanya Tok Mek kenapa panggil dia.Nenek aku pulak yang blur dengan si Ismaiyl ni haha.

Alya pulak banyak cakap.Aku dah letih plus mengantuk bila sampai rumah mak saudara aku,dah pasang niat awal-awal lagi nak tido je terus bila sampai nanti tapi aku terpaksa melupakan niat murni aku tu dan tahan mengantuk sebab kena dengar si Alya bercerita.Aku rasa Alya ni layak masuk Pertandingan Bercerita.Macam-macam kot dia cerita tapi cerita dia tu semua kisah benar.

Satu hal engko kena tahu budak kecik ni jujur,mana reti nak menipu.Kalau kau nak tahu kau ni cantik ke tak,kau boleh dapatkan jawapan paling jujur daripada seorang budak kecik kehkeh.


Ok aku rasa dah habis dah cerita aku tadi sehari sebagai seorang babysitter.Ekcelli aku teman abang aku pergi KL pun sebab nak habiskan baucar buku aku tu.Sekarang ni musim Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dekat Maeps,Serdang.Jangan ingat aku pergi sana.Aku beli buku dekat Popular @ Wangsa Walk Mall je sebab aku malas nak jalan jauh-jauh.

Berbulu jugak mata aku nak pilih buku-buku yang ada kat Popular tu.Masa aku beli buku tu ada lagi baki dalam RM5 camtu daripada membazir macam tu je RM5 aku atas nasihat hakak cashier aku pun belilah buku resepi ayam tu.Boleh gak aku bagi buku tu kat mak aku pastu suruh mak aku masak sedap-sedap.


Aaaaaa aku dah lama kot nak If I Stay Collection tu akhirnya berjaya jugak beli.Aku pernah tengok movie dia je tapi aku tak beli pun lagi novel dia.Aku baru je baca novel The Day Before-Lisa Schroeder.Aku jamin memang best.Aku agak kichiwa sebab tak jumpa buku Apokalips,kalau kat pesta buku mesti ada jual.Tiba-tiba timbul rasa penyesalan.

Baucar buku aku tinggal RM50,satu lagi RM50 burn sebab aku tersalah tulis nama aku macam mana entah ToT Kalau aku rajin aku buatlah review pasal buku-buku ni nanti tapi kalau aku malas kira takdela ek hoho.Jadi sila doakan aku jadi rajin.

8 comments:

  1. alaa sedih nye burn rm50 tu.. sayang betul kan. kalau tak dah boleh dapat beli novel lagi. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk isk takleh nak move on lagi bila teringat baucar buku tu :(

      Delete
  2. suka gila cerita if istay tu,,tp xsempat baca sambungan where she went tu

    ReplyDelete
  3. bagusnya! kakfaa beli buku menimbun x habis2 baca lg haha

    ReplyDelete
  4. geram nya sis tgk buku buku tu..!
    lama x shopping buku ni. hehehe. syg nya salah tulis nama dear.. kena hati hati next time =)

    ReplyDelete