Wahhh aku rasa macam gegirl sangat bila bukak topik pasal makeup ni.Anyway aku nak share dekat korang cara makeup yang sangat cepat,pantas,mudah;kalau korang rasa korang tak pandai makeup langsung pun takpe hari ni terus boleh pandai makeup so don't worry k! (even budak darjah 1 pun boleh pandai makeup) dan lagi satu jimat!Yelah dengan keadaan sekarang harga barang semua nak mahal je ditambah pulak dengan GST jadi kenalah berjimat ye dak?Korang pun tak perlu nak keluar duit satu sen pun.Cakap pung pang pung pang pun tak guna,bila entah Anis Diyana ni nak start.Time is gold y'know?
Ok barang-barang yang kita perlukan pun tak banyak macam kau nak buat cheese cake meleleh leleh tangkap leleh tu.Ini je senarai barang yang kau perlukan:
1. Muka kau
2. Handphone (Nokia 3310 dan sewaktu dengannya dilarang keras)
Apa kejadahnya guna handphone????Alasan yang kukuhnya sebab kau kena download dulu satu apps ni dekat google play store ataupun app store.Apps yang korang kena download tu ialah Makeup Plus.
Hebak betul zaman sekarang makeup pun boleh download je.Silap-silap nanti makanan pun kau boleh download.Apps ni tak boleh nak makeup kau kat alam realiti pun ok T.T ko paham-paham jelah.Sis mintak maaf.Harap takde sister² kat sini yang patah hati tetiba,nak kecam sis ataupun baling tomato,tak puas hati kita boleh bincang ok?
Apa yang interesting sangat dengan Makeup Plus ni? Bila kau guna Makeup Plus,muka kau memang nampak real sangat kena makeup sampai orang lain pun boleh percaya dan mintak tips pulak dari kau eh tapi kalau kau tersilap langkah kau boleh kena bash dengan orang ramai sebab pegi upload pulak kat instagram.Agak-agakla terlebih makeup sampai hidung kau pun tak nampak?Dah macam ghupe si Voldemort pulak.Takmo takmo!
Makeup Plus boleh buat hidung kau daripada tak mancung jadi mancung macam Aishwarya Rai,bibir merah bak delima,bulu mata jadi melentik,bulu kening macam logo Nike dan macam-macam lagi.Nak jadi macam Nora Danish pun boleh,kah!Banyak lagi yang kau boleh discover dalam apps ni tau,trylah sendiri.
Yang kat bawah ni hasil aku punya,tadaaaa!
.
.
.
See?Tahi lalat pun boleh hilang hahaha.Post ini sebenarnya 2 in 1 jugak.Today is my ex roommate's birthday so HAPPY 19TH BIRTHDAY TO ANIS AFIQAH! Korang yang tengah baca ni pun cepat wish kat dia ok?
sekarang senang je nak lawa. macam-macam apps ada lol
ReplyDeleteHahaha lol. Pelik pelik lah apps sekarang. Patut semua org flawless :')
ReplyDeleteHAHA...suka gak main main ngan member pakai make-up plus ni....happy bday to ex-rumet awak..^^
ReplyDeletehappy belated birthday la tu your ex roomate
ReplyDeleteohh nilah apps yang famous tu. nape makin lama tengok AD ni makin gojes ha? ahaha :3
ReplyDeletelooks so real lmao xD
ReplyDeletenampak natural je kan... bagus application ni hehehe
ReplyDelete**sedang menanti hari yang mendatang di mana makanan pun boleh download*** lol
ReplyDelete