Graduate


Yay!Final exam dah habis dah kawan-kawan.First day cuti aku dah mereput kat rumah ni macam mana ni? Habis je Physics Paper 1 pada 26/04/16 tepat jam 3.30 petang I'm no longer a matriculation student.Nak duduk kat kolej lama-lama lagi pun tak boleh sebab pihak kolej sendiri halau kitorang balik.

Before this I'm stuck between nak habis final cepat-cepat tapi tak nak habis matrik lagi.Tapi bila final exam dah habis I feel so glad and at the same time aku rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan kat sini.Maybe salah aku jugak overly attached with my friends here so it's very hard for me to let them go :( Haish ni dah start rindu kmkt balik ni :'D


After all the struggles aku macam tak percaya aku berjaya jugak habiskan dua sem aku dekat Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) .Ishh rasa macam baru semalam kot nak daftar masuk matrik tup tup dah habis dah matrik.Sem 2 ni paling sekejap aku rasa.Walaupun aku belajar dekat matrik setahun je but I got thousands of memories there.Zaman matrik adalah zaman paling indah dalam hidup aku.


Seriously aku akan rindu surrounding dekat KMKt.KMKt is like a second home for me.Miss Nuha dan umi,felo dekat blok aku dah jadi macam mak ayah aku dan roommates aku dah macam adik-beradik aku sendiri.Aku rindu blok Al-Majriti,bilik B-3-9,meja study aku,katil tempat aku beradu,main phone dekat depan tandas (sebab dekat situ je wifi masyuk) sampai kena jerit2 dengan rommates suruh masuk bilik.

Oh ye junior next batch yang dapat bilik hakak tu nanti,hakak ada tinggal tikar kat dalam loker.Tak larat nak bawak tikar tu balik rumah.Bolehlah kalau nak guna tikar tu nanti hihi.

My fav place.I miss this place so much.

Geng-geng Aras 3 Blok Al-Majriti.Aku tabik dengan diorang sebab gigih panjat tangga sampai tingkat 3 sebab tulah kitorang kurus dan slim haha 
k gerak lu.

Roommates aku yang gojes dan adorable,aku akan merindui korang semua.Mana lagi nak jumpa roommates yang gojes lagi adorable macam korang?Roommates yang paling aku rindu of course Anis dan Yah.Amal tak rindu pun takpe dah tiap-tiap tahun jumpa kan haha.Aku beruntung dapat roommates macam diorang.Bila dengan diorang aku rasa tak kisah pun nak buat perangai macam budak umur 6 tahun padahal dah 19 tahun tunggu masa nak masa dua puloh tahun.

   

Rindu nak lunch sesama makan ayam goreng kfc dekat Kafe C,tengok movie sama-sama,letak tilam atas lantai pastu tidur ramai-ramai kat bawah,dengar suara sumbang Yah menyanyi yang boleh mengakibatkan pencemaran bunyi,tengok Amal dan Anis bergusti,dengar lagu BTS yang Anis selalu pasang hari-hari kat bilik,loghat Terengganu Yah yang pelik dan menghiburkan hati.Yah kalau bercakap ada lah tu tertinggal huruf 'G' contohnya 'kampung' jadi 'kampun'.Nasib baik nama bapak dia tak tertinggal huruf G kalau tak daripada Awang jadi Awan xD

Hari tu kitorang buat jamuan bilik.Memang Anislah yang biasanya uruskan bab makanan nih sebab rumah dia dekat je dengan matrik so senang nak mintak tolong family dia beli makanan.Kalau family Anis datang melawat dia kat matrik kitorang pulak terlebih eksaited sebab Anis mesti bawak balik makanan untuk kitorang kat bilik.Haa duduk kat matrik pun best dapat jugak rasa masakan rumah.Malam tu kitorang makan pizza yang dah sejuk dan air nescafe hasil air tangan Anis yang dah berapa banyak paket entah dia bubuh dalam bekas air pink tuh semata-mata nak habiskan stok Nescafe dia.

Kitorang dalam bilik memang pakai tudung pun haha

Kununnya nak tiru tarik pizza macam dalam tv tuh tapi tak jadi sebab pizza dah sejuk

Sambil makan pizza,kitorang main permainan Truth And Dare.Bila kena turn aku,aku pilih dare sebab aku takutkan kebenaran.Tak pasal-pasal aku kena paksa makan tulang ayam warna putih yang Amal punya sebab dia tak suka makan yang tu.Terus insaf dah aku,tak nak dah pilih dare lain kali.Aku ada rahsia terbesar dalam hidup aku,rugi betul korang tak tanya masa aku kena truth hahaha takpe nanti kita buat reunion kita main Truth And Dare lagi yer xD

Ekcelli lepas habis makan pizza,jamuan bilik tak habis lagi.Kesian budak-budak naif ni (Anis dan Yah) tak tahu yang aku dan Amal nak buat surprise untuk diorang kekeke.Birthday diorang sebenarnya lambat lagi dan tak sempat nak sambut kat matrik ni jadi aku dan Amal plan nak buat advance birthday untuk diorang.Macam tak best pulak aku dengan Amal je kena prank masa birthday kitorang hari tu so it's time to pay revenge muahaha.

Anis dah janji malam tu nak suruh kitorang tengok video yang dia dah buat.Amal pulak tak datang-datang lagi.Aku saje je volunteer keluar bilik kununnya nak cari Amal.Patutlah lambat sangat Amal masuk bilik,boleh pulak Amal and the geng buat mesyuarat tepi tempat sidai baju.Entah kenapa semua orang takut nak masuk bilik masa tu haha.Last2 kitorang pilih Kema untuk tolong bawak kek tu.Bila bukak pintu bilik je kitorang jerit,"Anis,Yah SURPRISEEEE!!"

Then this thing happened.Kema jatuh terjelopok masa dia bawak kek tuh.Maka berlarilah Anis dan Yah kat kitorang sebab risau kat kek yang jatuh.Takde belas ihsan langsung dekat Kema yang jatuh terjelopok tadi haha.Muka Yah paling over sekali nampak risau dia sebab dia dari hari tu lagi ngidam nak makan kek.

Bila Anis dan Yah bukak kotak kek tu,Yah kata,"Takde pun kek." Yah ingat diorang dah kena prank la terus nampak muka kecewa diorang tapi Zara tiba-tiba masuk bilik bawak kek.Haha yang sebenarnya Kema just bawak kotak kek je,kek tu Zara yang pegang.Terkejut beruk budak-budak nih.Aku rasa nak tergelak tengok muka Anis dengan Yah masa tuh.

Indulgence cake.Bapak berat nak bawak kek nih.

Thanks Kak Ma for such a delicious cake <3

The unbelievable thing is,Anis menangis sebab kitorang buat surprise macam ni.First time kot tengok dia nangis.Aku tak expect Anis akan terharu lebih-lebih pulak bila kitorang buat macam ni.Masa aku dengan Amal kena prank dulu kitorang pun tak nangis macam dia.Haha diorang jugak yang mintak nak makan kek dulu tapi dah lupa lettew.Muka Yah nampak puas hati sebab dapat makan kek herher.Diorang ni dahlah melantak banyak sangat kot masa first round tadi,ni nak kena makan kek pulak.Lupa lak nak warning kat diorang suruh makan sikit2 je kehkeh.


Both dalam gambar kat atas ni jiran-jiran aku.Samihah yang pakai shawl polkadot dan Nad yang pakai shawl kelabu tuh.Samihah jiran depan bilik aku jer.Samihah sama dengan aku suka main internet depan pintu bilik.Mana mungkin aku lupa jasa Mihah yang pernah bagi aku tiru tutorial dia.

Nad ni aku tetap anggap dia sebagai jiran aku jugak walaupun aku duduk dekat Wing A dan dia dekat Wing B.Definisi jiran tu sendiri  orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di sebelah kanan,kiri,depan,belakang,tingkat atas,tingkat bawah sehingga 40 buah rumah setiap sudut.Hehe.

Nad ni tinggi sopan santunnya dan hormat orang tua macam aku nih ha.Asal jumpa aku je dia salam aku siap cium tangan aku lagi.Dia manusia paling selamba aku pernah jumpa.Haritu dia pernah datang bilik aku jadi penglipur lara sampai kitorang tidur pukul 3 pagi.Aku tak puas hati lagi dengan dia ni sebab dia balik hari tu tak mintak pun restu aku dulu grr.



Meet my boyfriend,Aina!


 

Kitorang couple paling sweet dekat KMKt ni ahaha.Sometimes dia suka bahasakan diri dia sebagai 'abe'.She always makes me happy and laugh.That type of husband material ada kat Aina tapi sayang she's a girl kalau tak dah lama I date dengan u kekeke.

Life is not always rainbow.Cewahh.Kitorang pernah bergaduh jugak tapi tu  pun sekejap je.Kitorang takleh nak gaduh lama-lama.Fyi Aina lagi pendek daripada aku kakaka.Harap je badan kecik tapi kasar tau.Haha idk why this year I made a lot of friends with character kasar but actually kasar people is very nice once you get to know them! :)

God I miss this girl already.Sorry for being an annoying friend to you.Aku rindu nak makan sama-sama dengan Aina lepas habis kelas,tengok muka mengantuk dia masa kuliah haha.Im a bit dissapointed sebab habis Physics Paper 1 hari tu tak sempat nak jumpa with this girl ToT Take care Aina,I love you so much.


That's me and Sharmin!Nampak tak yang kitorang ni sehati sejiwa sampai jerawat pun tumbuh sama-sama.Bila dalam kuliah or kelas asal nak duduk depan je mesti ajak Sharmin duduk sebelah aku and sometimes drag Aina sekali haha.Aku tak tahu macam mana boleh rapat dengan Sharmin tapi yang aku ingat aku start rapat dengan Sharmin masa sem 2.


My squad ^o^

My practicum mates with our English lecturer,Madam Noreen.

Madam Noreen lecturer paling sporting dan rapat dengan kelas kitorang.Habis je final exam masa tu aku nak balik dah aku sempat jumpa madam dekat bangunan tutorial sebab kebetulan madam ada kat situ masa tu.She hugged me.Aku rasa nak nangis dah tapi tahan takut nangis nanti kena lak tudung mahal madam.I can feel that madam macam sedih gila nak berpisah dengan kitorang.I feel the same way too madam.Thanks madam for everything <3

To my practicum mates,Aina, Sharmin, Fazlin, Imah, Dilah, Nisha, Jun, Dini and Nizam you guys are the best thing that happened in my life.I miss S1AT4.Dalam kelas atau whatsapp mesti kalut sebab tak siap tutorial then bila lecturer tanya masing-masing pandai je kaver hihi.Sedihnya dah kena berpisah dengan korang :( Dahlah masa studyweek susah nak jumpa muka sensorang.Bila entah boleh jumpa lagi,Jun and Dini duduk kat Penang,Fazlin dan Nizam kat Terengganu,yang lain ni walaupun duduk kat Kelantan still susah nak jumpa but I'm still hoping that one day we can still meet each other.

Girls only

Practicum S1AT3 & S1AT4 with our Chemistry lecturer,Madam Fadhilah.

Seronok belajar Chemistry dengan Madam Fadhilah.Lecturer-lecturer Chemistry kat sini memang semua best-best eh? :D 

Big family of Kuliah S1A with Mathematics lecturer,Madam Kamaisah.
Muka bakal-bakal doktor and engineer ada dalam ni.Try cari aku if you can.


Tiada pertemuan tanpa perpisahan,am I right?

❤ Thank you for such amazing memories 


19 comments:

  1. orang cakap life kat matrik lagi best dari life kat uni. hargailah waktu tu dengan sebaiknya sebab bila masuk uni nanti macam-macam ragam orang korang jumpa. that time u will miss matriculation's life, seriously.

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya pasal matrik boleh tak if perkara ni tak menganggu akak la hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,InsyaAllah akak cuba jawab ok :D

      Delete
    2. Nak tegur dekat twitter tapi segan hahaha .

      Delete
    3. Meh meh nak tanya kat twitter pun boleh

      Delete
  3. wah dah grad happy faces semuanya, tahniah.. sakan celebr8 ye..mknn sedap2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke padahal tengah tahan air mata tu daripada jatuh xD

      Delete
  4. Sedihkan tinggal matrik haha saya ada lagi setahun pun sedih sebab tak dapat jumpak classmates sebulan T.T

    Tahniah dah grad. Semoga dapat result yang cemerlang :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumpah sedih gila kot :( :( :(
      Terima kasih ya!Aminnn

      Delete
  5. huhuhu same pulak kita graduate matric xD congrats!

    ReplyDelete
  6. Sis , tips nak dapat bilik aras bawah bawah kena datang awal eh heee tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ada dengar jugak orang kata macam tu,cubalah datang awal kalau nak tahu.Akak daftar lewat hari tu hihi

      Delete
  7. Mppb banyak pakai baju kurung x ? Malam masa minggu mppb pun kena pakai baju kurung ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa akak mppb tak kena pakai baju kurung pun.Akak dapat 2 baju t shirt dan kena pakai masa mppb tu.Kadang2 tu tak sempat nak basuh tapi kena pakai jugak baju tu haha

      Delete
  8. Akak , kan ada borang yang suruh lekat setem hasil , kena matikan ea dekat pjbt lhdn ?
    -bakal3rdbatchkmkt-

    ReplyDelete
  9. Kalau dah daftar online tapi lupa nak upload gambar xpe ke ?

    ReplyDelete