Dah dapat Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat!

Hai. So bulan April lepas aku dapat email daripada bank rakyat saying that Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia aku dah boleh ambil. Wohoo. Aku dahle daftar lepas tarikh tutup nasib baik dapat gak ekeke. Maaflah cucu, nenek tak sempat nak wasiat kad ni kat kamu dah. Oh ya korang jugak boleh semak kad diskaun siswa tu secara online di sini.

Memandangkan aku berada nun jauh di Kuantan jadi aku terpaksa menangguhkan niat murni aku untuk tuntut kad tu. Lagipun nak dekat studyweek dah masatu and aku pun balik rumah jadi takde hal lah kalau nak ambik kad tu nanti. Aku balik seminggu time studyweek. Sehari sebelum final baru aku sampai UMP. Kah! Saja bagitau. Okay pastu boleh pulak aku lupa nak bawak kad matrik. Aku dah tepuk dahi dah. Terpaksalah aku tunggu lepas habis final.

Time minggu final tulah orang Bank Rakyat yang kat Kl tu call aku suruh ambik kad tu. Aku hargai kegigihan hakak tu call aku padahal aku dah lama dapat email dia :') Hagaknya sebab dah lama sangat kot terperap kad aku tu. Dia pun rindu nak jumpa aku.

Jadinya baru semalam aku pergi ambil kad aku tu pun lepas banyak kali mak aku bising suruh ambik kad tu. Bukan apa bila dah kat rumah ni rasa malas nak keluar padahal Bank Rakyat tu taklah jauh mana jalan kaki pun dah sampai. Aku sayang lemak aku kot. Tapi sebagai anak yang solehah aku ikut jugak cakap mak aku. 

I guess this is my duit raya 😛


1 comment:

  1. Haha, kita genk! bila bab malas kuar rumah. :'D

    ReplyDelete