Berbuka puasa @ Padang MPK Kuantan


Salam guys. Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak walaupun lagi 6 hari kita dah nak raya haha tak kira nak wish gak. Kali terakhir aku post kat blog ni masa aku first year and now aku dah habis pun my first year yeayyy tengah cuti sem pulak yeayyy lagi. Nampak tak betapa busynya aku kat u, belum jadi mpp lagi lols.

Okay so seperti yang dah di plan lepas habis paper pembunuh ( read: killer ) me and my roommates pergi berbuka kat Padang MPK Kuantan. Orang Kuantan tipu kalau tak kenal Padang MPK ni. Padang MPK ni dekat depan Masjid Sultan Ahmad Shah je. Dahlah dekat sangat dengan masjid, tepi bazar pulak tu haa apa lagi. So takdelah rushing sangat nak solat maghrib after bukak puasa tu.

Kitorang tengok ramai yang pergi bukak puasa dekat Padang MPK time bulan puasa ceni haa jadi sebagai remaja yang penuh dengan sifat ingin tahu macam kami ni nak pegi la jugak nak tengok apa yang best sangat kat situ. Sebaik-baiknya pergi la makan ramai-ramai dekat Padang MPK tu kalau pergi sorang-sorang kang sendu pulak tengok orang lain makan bawak family, kawan-kawan.

Dalam perjalanan nak pergi Kuantan tu hujan alhamdulillah sampai je dekat padang MPK tu hujan renyai-renyai sikit pastu berhenti tapi padang agak basah sikitlah sebab baru lepas hujan. Kitorang bawak tikar dan surat khabar so tak jadi masalah kalau nak duduk ke nak baring ke nak golek atas padang tu. Kalau tak bawak pun ada je orang kat situ jual tikar. Parking senang nak dapat sebab tak ramai sangat orang dah tengah² bulan ramadan kan.

First sampai kitorang pergi dekat bazar. MasyaAllah banyak gila makanan. Meriah sangat² kat sini. Bukan setakat makanan je diorang jual, ada baju, kasut and macam-macam lagi. Aku tak sempat nak ambil gambar kat situ sebab tangan kiri kanan dah penuh pegang makanan haha. Kitorang sempat tawaf semua gerai yang ada kat situ sementara tunggu nak bukak puasa. Dah habis membeli kitorang gerak balik pergi padang.

(sampai hati Aina tutup muka aku ToT)

(okay padan muka Aina! #senyumanpenuhkejahatansebabdapatbalasdendam)

(roommate² saia ^o^)

Ekcelli classmate roommate aku pun join bukak puasa ni jugak maka 'buka puasa antara roommate²' bertukar menjadi 'buka puasa antara fakulti' pulak lol. Tak pasal² ifthor kali ni jadi makin meriah and kecoh sebab diorang ni semua bapak sporting haha.

Time for photos!

okay gambar kelas 😂😂😂




Dalam banyak-banyak gambar tu yang pastinya...


Satu je akan jadi lol. 
Okbai.


1 comment: