Pengalaman Ujian MEdsi Sesi 2016/2017


Half a year is gone.Bye May and welcome June!Ada Apa Dengan Jun?Result matrik keluar hokayyy.Doakan aku :') Btw dua minggu yang lepas aku dipanggil untuk menduduki Ujian MEdsi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sesi Akademik 2016/2017.Aku dah lama nak cerita dalam blog tapi asyik dok peram je cerita tu dalam otak aku so aku tak surelah aku ingat lagi ke tak nak cerita pun haha.

Bila tengah kecoh keluar keputusan pasal temuduga dan ujian MEdsi tu aku turut tidak terkecuali untuk check jugak dan bila aku check aku tak dapat pun maka frust tapi tak sampai menonggenglah aku.Tengah cuba nak move on suatu hari abang aku ada send gambar yang sejibik macam kat atas tu ha kat group whatsapp.Rupa-rupanya aku dapat jugak ujian MEdsi tu :'D Rasa nak hempuk diri sendiri sebab salah check.Syukur dapat abang yang terlebih caring macam dia,dia pulak tolong check  result tu untuk aku huhu abang aku,21,single lagi gaisss bhahaha.Aku cuma mintak result final aku nanti dia tak terlebih caring lagi tolong check untuk adik dia ni :'D

Aku dengar orang dok cakap je pasal ujian MEdsi tapi ujian apa benda entah tak tahu sangat.Shortform MEdsi tu sendiri aku pun tak tahu wakaka sebab tu lah pentingnya buat research kawan-kawan.Walaupun tak banyak hasil carian yang aku jumpa dengan hencik Google tapi dah memadailah.Aku pun dah tahu maksud MEdsi  tu hape haa MEdsi tu ekcelli is Malaysian Educators Selection Inventory ataupun kalau aku translate dalam Bahasa Melayunya ialah Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia.

Ujian MEdsi aku dekat UiTM Machang.Adalah dalam beberapa ketul manusia bekas pelajar matrik aku yang aku dapat jumpa kat sana.Dapatlah jugak reunion dengan diorang ahaha.Yang bagusnya aku dapat jugak berkawan dengan budak kuliah aku dulu (nama dia Anis,roommate kepada kawan aku,Sharmin) since kitorang dapat bilik ujian yang sama (siap duduk sebelah lagi dengan dia time exam) padahal masa kat matrik dulu tak pernah nak tegur pun.

Aku sampai je UiTM Machang aku terus cari tempat pendaftaran then lepas sign apa semua tu memang tepat pada masanya lecturer kat situ suruh beratur dalam kumpulan sebelum bergerak ke bilik ujian masing-masing.Masa tu tak berguna langsung pensil 2B dan pemadam getah yang aku bawak sebab last2 kena jawab soalan dengan komputer.

Ujian MEdsi ini berbentuk psikometrik.Jangan risau bukannya soalan tu psiko ko ke apa.Psikometrik ni ialah ujian yang berkaitan dengan personaliti kita.Soalan ujian MEdsi ini ada 300 soalan.Haha yang ni memang tak tipu ok aku pun terkejut jugak memang betul-betul rupanya ada 300 soalan dan ko hanya kena jawab dalam masa satu jam tapi lek je dalam masa setengah jam ko dah boleh siap jawab dan terus balik rumah.

Ujian MEdsi ada 4 bahagian:

Bahagian A : Personaliti 110 item
Bahagian B : Minat Kerjaya 60 item
Bahagian C : Nilai Intergriti 70 item
Bahagian D : Kecerdasan Emosi 60 item

Soalan yang ditanya kat aku lebih kurang macam ni je,

-Saya sanggup bekerja walaupun ada rakan-rakan yang tidak menyukai saya
-Saya sanggup mengambil cuti untuk menziarahi rakan yang sakit
-Saya suka menanam pokok
-Saya suka menservis alatan
-Saya suka bercakap di khalayak ramai
-Saya suka menjadi ketua apabila menyertai apa-apa persatuan
-Saya mudah mesra dengan orang lain
-Saya sentiasa mahu menang apabila menyertai pertandingan
-Apabila membaca berita yang menyentuh hati saya akan menangis

Terabur habis dah soalan hehe tak tahu dah bahagian mana but yah macam tulah yang soalan akan tanya nanti.Nak lagi banyak contoh boleh tengok kat sini.Jawapan Ujian MEdsi dalam bentuk objektif.Jawapan dia senang je (tapi soalan dia jelah boleh buat kau dalam dilema sikit) kau hanya perlu pilih satu jawapan;

  • Setuju atau Tidak
  • Ya atau Tidak
  • Sangat Setuju,Setuju,Kurang Setuju atau Tidak Setuju

Masa nak jawab soalan tu kau kena feeling2 yang kau tu cikgu.Jangan main jawab ikut suka hati je.First time aku terpaksa menipu dalam exam.Dalam hal ni takpe kot tipu sunat.Agak sentap jugak aku sebab ada jugak keluar soalan macam ni,"Saya tidak suka berbohong." Paling haru aku terpaksa bagi jawapan menipu untuk soalan tu.Aku pilih 'YA' T_T

Rasa macam sekejap sangat jawab soalan MEdsi.Kemain dalam 2 jam bertolak nak pergi UiTM Machang tapi aku dalam setengah jam jawab terus boleh balik.Tak sangka habis macam tu je lol.Masa tu memang ramai yang keluar awal,aku pun ikut jugak ah haha takkan nak duduk sorang-sorang dalam bilik komputer tu.

Ini baru saringan pertama,kalau lulus ujian MEdsi ini baru kena panggil untuk saringan kedua iaitu temuduga.Harap ada rezekilah untuk aku.Amin.

8 comments:

  1. all the best anis, esok! berdebar tunggu result T.T hahaha. samalah kita dapat ujian medsi. tapi masa hari tu system down kan? ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah yang penting dah hilang rasa berdebar haha.Eh saya guna takde down pun,okay je

      Delete
  2. salam nak tanya, ujian medsi ni ditawarkan utk kos pendidikan je atau semua kos ? sbb dlm upu sy x pilih course yg ada iv jd saya tak tau ..minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,ujian medsi ni untuk kos pendidikan sahaja sebelum kena panggil untuk temuduga

      Delete
    2. Kalau dah jawab soalan medsi ni.. Selalunya keputusan ujian medsi tu kena tunggu sampai bila ya

      Delete
  3. Salam , ujian medsi ni kita kena daftar ke ?

    ReplyDelete
  4. keputusan keluar on the spot or ada satu tarikh penting..

    ReplyDelete
  5. salam. nak tanya tempat nak menajawab test medsi ni boleh pilih ke or dia bagi randomly ?

    ReplyDelete