Roommates

Roommate aku ada dalam 3 orang.Kami ditakdirkan bertemu di aras 3,bilik B-3-X,blok B,Kolej Matrikulasi Kelantan.Nama sebenar blok kediaman aku ialah blok Al-Majriti.Nama blok kemain best tapi last² orang lagi suka panggil Blok B daripada Al-Majriti.B stands for beautiful.Mohon percaya cakap aku :p


At first aku duduk aras 4.Roommate aku masa tu sorang je.Nama dia Amal.Aku ambik masa berhari-hari untuk terima kenyataan yang Amal jadi roommate aku sebab aku dengan Amal satu kelas masa sekolah menengah dulu xD Even sebelum ni kitorang satu kelas aku tak banyak cakap sangat dengan Amal tapi sejak kitorang jadi roommate aku takde masalah lagi dah nak cakap dengan dia.

Aku sempat duduk kat bilik lama aku tu seminggu je lepastu dapat arahan aras 4 kena kosongkan. Aku dapat tukar bilik dekat aras 3.Terpaksa aku angkut balik barang-barang aku dari aras 4 ke aras 3.Penat oi.Tapi aku rasa lega jugak dapat tukar bilik.Dahlah roommate aku sorang je,takkanlah nak tinggal berdua je kat bilik tu sampai habis matrik?Seram kot.Tak nak aku.

Aku ingatkan lepas tukar bilik nanti aku tak tinggal sebilik dah dengan Amal tapi apa boleh buat,jodoh aku dengan Amal kuat sangat sampai kitorang still lagi jadi roommate sehingga ke hari ini.Aku harap bila aku sambung degree nanti aku tak akan jumpa lagi dah manusia bernama Amal :'D


Dalam bilik aku Yah sorang je ganjil sebab dia sorang je dari Terengganu,orang lain semua dari Kelantan.Yah paling adorable di antara kami.Keje Yah hari-hari tengok movie depan laptop dia.Sebelum tido pun sambung lagi tengok movie dekat phone pulak.Yah banyak stok movie sebab tu bilik kami sentiasa dikunjungi tetamu jauh dan dekat untuk ambik movie daripada Yah.Aku kongsi satu selimut dengan Yah.Sweet kan kitorang?Padahal hari-hari kot aku berebut selimut dengan Yah sampai kena bertumbuk bagai.

Roommate aku sorang lagi nama dia sama dengan aku,Anis.Aku ingatkan aku takkan jumpa lagi dah orang yang minat Kpop kat sini but I guess I'm wrong now.Peminat Kpop ni ada dimana-mana sampailah kat bilik aku.Anis peminat tegar BTS.Walaupun Anis ni nampak je cam tak suka lelaki tapi Oppa Jungkook berjaya mencuri hati Anis.Boleh tahan jugak taste Anis ni nak lelaki yang kulit putih,flawless,tinggi dan dari luar negara aje.Selain allergik dengan ketam,Anis jugak allergik kalau orang pegang² dia.Anis suka menari.Yah akan jadi partner untuk menari dengan dia dan biasanya aku dan Amal jadi penonton diorang.


Hari Jumaat selalunya kitorang keluar makan tengahhari secara berjemaah di kafe.Ayam goreng kepci mak cik kafe adalah favourite kitorang.Kadang² tu pergi tandas pun secara berjemaah.Time masa free kitorang baring atas katil ramai² sambil tengok movie.Kitorang rapatkan katil daripada elok² katil tu single bertukar jadi saiz king (mati kalau felo tahu ni).Cara-cara macam ni dapat merapatkan hubungan sesama roommate tau haa tak pasal² dapat tips daripada aku hari ni.

Thanks for being my awesome and amazing roommates I love y'all.Semoga kita dapat hidup rukun aman,damai,harmoni dan sejahtera.Hari Ahad dah kena balik matrik huhu.

14 comments:

  1. eh haii , seronoknya korang happy ja . saya matrik jugak :) KMPP

    ReplyDelete
  2. kak ima rindu roomates plak bila baca post ni. huhuhuh

    ReplyDelete
  3. dlu cikjaja bljr matrik jgk. ad 3 rmmates! best sgt. hehe

    ReplyDelete
  4. kira sekarang dah habis ke belum ?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. "Aku harap bila aku sambung degree nanti aku tak akan jumpa lagi dah manusia bernama Amal :'D" - whats wrong with manusia bernama Amal tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amal tak bersalah xD hehe cuma dah bosan 6 tahun dah asyik hadap muka amal xD

      Delete
  7. salam aras bilik dan nombor bilik tahu masa daftar online kan?

    ReplyDelete