Matrix Challenge 2016


Hari Sabtu baru ni aku terlibat sebagai sukarelawan dalam satu event dekat matrik aku iaitu Matrix Challenge 2016.Pebendalah Matrix Challenge ni kan?Aku boleh nampak question mark yang keluar kat kepala korang tu.Ekcelli,Matrix Challenge ni ialah pertandingan lumba basikal lasak dan ini merupakan pertandingan peringkat antarabangsa kerana peserta-peserta Matrix Challenge ini datang dari pelbagai negeri dan ada juga yang datang dari Thailand.

I'm so proud that I can be part in this event sebab bukan senang nak dapat jadi sukarelawan Matrix Challenge ni.Aku terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan saringan,kena keluar masuk hutan untuk check trek,bertarung pulak dengan pacat dalam hutan dan sebagainya and at last aku dapat jugak jadi sukarelawan.Selain aku dapat cuci mata tengok rider2 kacak (ihiks) aku jugak dapat pengalaman yang sangat berharga sepanjang aku jadi sukarelawan Matrix Challenge ini.



Seminggu sebelum Matrix Challenge,kitorang kerap ada perjumpaan.Minggu tu adalah minggu yang sangat busy bagi aku sebab selain busy dengan perjumpaan,aku ada banyak tutorial,assignment dan lab report yang nak disiapkan.Then hari Jumaat,hari pendaftaran bagi peserta Matrix Challenge.Aku jadi ajk jamuan tapi macam mana ntah takde angin takde ribut aku tiba-tiba jaga bahagian pendaftaran.Tugas aku just kena cari beg goodies untuk bagi kepada peserta sampai naik juling aku jadinya.Baru aku paham perasaan orang yang kena jaga bahagian pendaftaran ni,memang penat jugak ah.


Hari Sabtu tu pukul 4 pagi lagi tika orang lain sedang syok tido berbungkus dengan selimut,aku dah kena turun pergi dewan.Baju kitorang baru sampai pagi tu.Disebabkan baju tu lengan pendek dan aku tak bawak inner maka jadi satu kerja pulak bagi aku kena panjat balik tangga naik bilik aku kat aras 3 yang nun jauh disana tapi dekat dihati.Tak pasal-pasal kena exercise pagi2 macam ni.Elok2 aku wangi dah jadi busuk balik T_T

Event ni start lebih kurang pukul 8 lebih.Rider2 dah pun berkumpul depan dewan,dah tak sabar2 lagi dah nak pecut basikal masing2.Haaa jangan main-main dengan rider2 ni uols.Budak sekolah,kaum perempuan,golongan heavyweight dan golongan veteran pun join event ni jugak.Best tau dapat tengok rider2 yang datang dari seluruh negeri berkumpul ramai-ramai macam ni.Satu je aku nak cakap,time pagi tu je rider tu nampak kacak,dah masuk tengahhari terus hilang wajah kacak itu sebab habis satu badan diorang kena lumpur kekeke.


Aku dapat saksikan macam-macam ragam peserta yang join pertandingan ni.Aku dapat tengok adegan kejar mengejar oleh dua orang rider.Kesian yang kena jaga bahagian penamat pulak kena kejar diorang sebab nak tampal sticker kat basikal diorang.Ada yang tak sempat tampal sticker tu kat basikal,diorang tampal je terus kat helmet rider tuh haha.Ada rider yang setiakawan,aku tabik spring betul dekat rider ni sebab sanggup tolong bawak kawan dia punya basikal.Then ada jugak yang buat gaya superman atas basikal,haha macam-macamler lawak betul diorang ni.

Aku kan kena jaga bahagian makanan jadi waktu tengahhari tu para rider dah serbu tempat aku nak ambik makanan.Aku kena gunting kupon makan diorang.Sambil tangan aku gigih gunting kupon diorang sebab gunting tumpul,aku terpaksa dengar luahan dan isi hati pakcik-pakcik rider yang tengah tunggu turn ambik makanan komplain pasal lambat tunggu makanan.Aku sampai kena sindir pun ada.Tak kurang jugak aku dapat nasihat yang berguna daripada rider suruh belajar rajin-rajin.Rupa-rupanya rider yang bagi nasihat dekat aku tu lecturer dari Kolej Matrikulasi Perak.Tapi ada je riders yang jenis friendly,yang tu aku oklah.Ada jugak riders yang badan kemain gagah perkasa dan muka garang habis,kecut perut aku tengok.


RTM turut turun padang dalam event ni dan InsyaAllah event ni akan keluar dekat TV1 bulan April nanti  dalam rancangan aksi kalau tak silap aku.Rasa nak joget sebab matrik I dapat masuk tv kihkih.Alhamdulillah event ni berjalan dengan lancar.We did it!Well done guys!

8 comments: