Archive for February 2016

Pain

So much pain in just one day.Rasa macam semua benda serba tak kena semalam.What's wrong with me?Sejak bila aku jadi sensitip ni ish macam perempuan.Masalahnya aku memang perempuan pon kan?Lantak ah.

Kucing aku mati semalam.It's such a sudden.Dia mati accident di tempat kejadian dekat depan rumah aku.Dahlah aku kat matrik,tak puas lagi nak jumpa dia ToT Kali terakhir aku dapat jumpa dia sebelum balik matrik.I really feel the lose.Kucing tu is like part of my family.Aku pun tak tahu asal usul dia dari mana,dia sendiri yang datang rumah aku then tup tup dia bermastautin kat rumah aku.

I will miss muka kesian yang dia selalu buat bila dia lapar and perangai ngada-ngada dia tu.Kucing aku ni kan kalau orang sampai rumah then nak bukak pintu dia yang akan masuk dalam rumah tu dulu amboih siapa tuan rumah sekarang?!Dia pandai mencelah setiap kali orang bukak pintu,ada gaya macam Syamsul Yusof mencelah dia ni.Dia akan pergi dekat dapur dulu macam tahu-tahu je kat dapur tu banyak makanan.Dia masuk ikut pintu depan  tapi last2 kena keluar ikut pintu belakang kihkih.Dia buat benda yang sama setiap hari.Kadang-kadang aku malas nak bukak pintu belakang terpaksalah kena angkat dia bawak keluar rumah.Dia spesies yang redha je kalau orang angkat dia.

Dia ada seekor anak,dahlah anak dia kecik lagi baru nak belajar berdikari mak dia pulak dah mati :'( Kesian anak dia sebatang kara je.Lepas mak dia mati anak dia hilang tak tau pergi mana,tengah sedih kot.Alhamdulillah family aku jumpa balik anak dia tapi anak dia dah tak ceria and aktif macam dulu lagi dah.Dia rindu mak dia.We all miss your mummy too :'( I wish I could tell my kitten everything is okay and we will take care of you after this.Please don't get sick :'( I don't want to lose you too.

Matrix Challenge 2016


Hari Sabtu baru ni aku terlibat sebagai sukarelawan dalam satu event dekat matrik aku iaitu Matrix Challenge 2016.Pebendalah Matrix Challenge ni kan?Aku boleh nampak question mark yang keluar kat kepala korang tu.Ekcelli,Matrix Challenge ni ialah pertandingan lumba basikal lasak dan ini merupakan pertandingan peringkat antarabangsa kerana peserta-peserta Matrix Challenge ini datang dari pelbagai negeri dan ada juga yang datang dari Thailand.

I'm so proud that I can be part in this event sebab bukan senang nak dapat jadi sukarelawan Matrix Challenge ni.Aku terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan saringan,kena keluar masuk hutan untuk check trek,bertarung pulak dengan pacat dalam hutan dan sebagainya and at last aku dapat jugak jadi sukarelawan.Selain aku dapat cuci mata tengok rider2 kacak (ihiks) aku jugak dapat pengalaman yang sangat berharga sepanjang aku jadi sukarelawan Matrix Challenge ini.



Seminggu sebelum Matrix Challenge,kitorang kerap ada perjumpaan.Minggu tu adalah minggu yang sangat busy bagi aku sebab selain busy dengan perjumpaan,aku ada banyak tutorial,assignment dan lab report yang nak disiapkan.Then hari Jumaat,hari pendaftaran bagi peserta Matrix Challenge.Aku jadi ajk jamuan tapi macam mana ntah takde angin takde ribut aku tiba-tiba jaga bahagian pendaftaran.Tugas aku just kena cari beg goodies untuk bagi kepada peserta sampai naik juling aku jadinya.Baru aku paham perasaan orang yang kena jaga bahagian pendaftaran ni,memang penat jugak ah.


Hari Sabtu tu pukul 4 pagi lagi tika orang lain sedang syok tido berbungkus dengan selimut,aku dah kena turun pergi dewan.Baju kitorang baru sampai pagi tu.Disebabkan baju tu lengan pendek dan aku tak bawak inner maka jadi satu kerja pulak bagi aku kena panjat balik tangga naik bilik aku kat aras 3 yang nun jauh disana tapi dekat dihati.Tak pasal-pasal kena exercise pagi2 macam ni.Elok2 aku wangi dah jadi busuk balik T_T

Event ni start lebih kurang pukul 8 lebih.Rider2 dah pun berkumpul depan dewan,dah tak sabar2 lagi dah nak pecut basikal masing2.Haaa jangan main-main dengan rider2 ni uols.Budak sekolah,kaum perempuan,golongan heavyweight dan golongan veteran pun join event ni jugak.Best tau dapat tengok rider2 yang datang dari seluruh negeri berkumpul ramai-ramai macam ni.Satu je aku nak cakap,time pagi tu je rider tu nampak kacak,dah masuk tengahhari terus hilang wajah kacak itu sebab habis satu badan diorang kena lumpur kekeke.


Aku dapat saksikan macam-macam ragam peserta yang join pertandingan ni.Aku dapat tengok adegan kejar mengejar oleh dua orang rider.Kesian yang kena jaga bahagian penamat pulak kena kejar diorang sebab nak tampal sticker kat basikal diorang.Ada yang tak sempat tampal sticker tu kat basikal,diorang tampal je terus kat helmet rider tuh haha.Ada rider yang setiakawan,aku tabik spring betul dekat rider ni sebab sanggup tolong bawak kawan dia punya basikal.Then ada jugak yang buat gaya superman atas basikal,haha macam-macamler lawak betul diorang ni.

Aku kan kena jaga bahagian makanan jadi waktu tengahhari tu para rider dah serbu tempat aku nak ambik makanan.Aku kena gunting kupon makan diorang.Sambil tangan aku gigih gunting kupon diorang sebab gunting tumpul,aku terpaksa dengar luahan dan isi hati pakcik-pakcik rider yang tengah tunggu turn ambik makanan komplain pasal lambat tunggu makanan.Aku sampai kena sindir pun ada.Tak kurang jugak aku dapat nasihat yang berguna daripada rider suruh belajar rajin-rajin.Rupa-rupanya rider yang bagi nasihat dekat aku tu lecturer dari Kolej Matrikulasi Perak.Tapi ada je riders yang jenis friendly,yang tu aku oklah.Ada jugak riders yang badan kemain gagah perkasa dan muka garang habis,kecut perut aku tengok.


RTM turut turun padang dalam event ni dan InsyaAllah event ni akan keluar dekat TV1 bulan April nanti  dalam rancangan aksi kalau tak silap aku.Rasa nak joget sebab matrik I dapat masuk tv kihkih.Alhamdulillah event ni berjalan dengan lancar.We did it!Well done guys!

Roommates

Roommate aku ada dalam 3 orang.Kami ditakdirkan bertemu di aras 3,bilik B-3-X,blok B,Kolej Matrikulasi Kelantan.Nama sebenar blok kediaman aku ialah blok Al-Majriti.Nama blok kemain best tapi last² orang lagi suka panggil Blok B daripada Al-Majriti.B stands for beautiful.Mohon percaya cakap aku :p


At first aku duduk aras 4.Roommate aku masa tu sorang je.Nama dia Amal.Aku ambik masa berhari-hari untuk terima kenyataan yang Amal jadi roommate aku sebab aku dengan Amal satu kelas masa sekolah menengah dulu xD Even sebelum ni kitorang satu kelas aku tak banyak cakap sangat dengan Amal tapi sejak kitorang jadi roommate aku takde masalah lagi dah nak cakap dengan dia.

Aku sempat duduk kat bilik lama aku tu seminggu je lepastu dapat arahan aras 4 kena kosongkan. Aku dapat tukar bilik dekat aras 3.Terpaksa aku angkut balik barang-barang aku dari aras 4 ke aras 3.Penat oi.Tapi aku rasa lega jugak dapat tukar bilik.Dahlah roommate aku sorang je,takkanlah nak tinggal berdua je kat bilik tu sampai habis matrik?Seram kot.Tak nak aku.

Aku ingatkan lepas tukar bilik nanti aku tak tinggal sebilik dah dengan Amal tapi apa boleh buat,jodoh aku dengan Amal kuat sangat sampai kitorang still lagi jadi roommate sehingga ke hari ini.Aku harap bila aku sambung degree nanti aku tak akan jumpa lagi dah manusia bernama Amal :'D


Dalam bilik aku Yah sorang je ganjil sebab dia sorang je dari Terengganu,orang lain semua dari Kelantan.Yah paling adorable di antara kami.Keje Yah hari-hari tengok movie depan laptop dia.Sebelum tido pun sambung lagi tengok movie dekat phone pulak.Yah banyak stok movie sebab tu bilik kami sentiasa dikunjungi tetamu jauh dan dekat untuk ambik movie daripada Yah.Aku kongsi satu selimut dengan Yah.Sweet kan kitorang?Padahal hari-hari kot aku berebut selimut dengan Yah sampai kena bertumbuk bagai.

Roommate aku sorang lagi nama dia sama dengan aku,Anis.Aku ingatkan aku takkan jumpa lagi dah orang yang minat Kpop kat sini but I guess I'm wrong now.Peminat Kpop ni ada dimana-mana sampailah kat bilik aku.Anis peminat tegar BTS.Walaupun Anis ni nampak je cam tak suka lelaki tapi Oppa Jungkook berjaya mencuri hati Anis.Boleh tahan jugak taste Anis ni nak lelaki yang kulit putih,flawless,tinggi dan dari luar negara aje.Selain allergik dengan ketam,Anis jugak allergik kalau orang pegang² dia.Anis suka menari.Yah akan jadi partner untuk menari dengan dia dan biasanya aku dan Amal jadi penonton diorang.


Hari Jumaat selalunya kitorang keluar makan tengahhari secara berjemaah di kafe.Ayam goreng kepci mak cik kafe adalah favourite kitorang.Kadang² tu pergi tandas pun secara berjemaah.Time masa free kitorang baring atas katil ramai² sambil tengok movie.Kitorang rapatkan katil daripada elok² katil tu single bertukar jadi saiz king (mati kalau felo tahu ni).Cara-cara macam ni dapat merapatkan hubungan sesama roommate tau haa tak pasal² dapat tips daripada aku hari ni.

Thanks for being my awesome and amazing roommates I love y'all.Semoga kita dapat hidup rukun aman,damai,harmoni dan sejahtera.Hari Ahad dah kena balik matrik huhu.

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz


TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US

Happy one year anniversary

Hari ni 4 Februari 2016.Selamat ulang tahun cinta wahai braces.Dalam setahun ni je dah banyak kenangan aku dengan braces antaranya nasi,cili,ayam,mihun dan segala jenis makanan terlekat celah braces,phone terjatuh atas braces,tertumbuk braces tanpa sengaja dan banyak lagi.



So far aku takde lagi kena ulser atau braces tercabut tapi dulu aku pernah mimpi yang braces aku tercabut haha.Bangun² je terus raba gigi sendiri,nasib baik tak tercabut betul-betul.

Perkembangan yang aku tengok tentang gigi aku,gigi kat bahagian bawah yang jarang tu dah tak jarang lagi dah pastu gigi lain pulak jadi jarang -_- Gap yang tinggal sebab kena cabut gigi kat bahagian atas pulak dah nak rapat so gigi aku mula nak jadi jarang.Doktor pakai power chain kat situ tu yang laju sikit gigi tu gerak.Bagus,bagus.Keep moving on baby,u can do it!

Aku dah pernah pakai getah warna merah,oren,biru laut,pink,hitam dan sekarang aku pakai warna biru laut lagi.Tu pun aku tengok dah tak macam warna biru laut lagi dah,more like mak kau hijau.Ni semua penangan kuah kari dan segala jenis kuah yang warna kuning buat braces aku bertukar warna.

Aku harap next appoinment doktor bagi chance aku pilih warna getah sendiri sebab appoinment lepas doktor yang pilih warna biru laut tu,murung sekejap sis.

Segmen Bloglist Beeha 1.0

Thanks Izyan for tagging me :)

Dear SPM leavers

Today I feel like I want to give a piece of advice or maybe my opinion to ex-SPM students out there.I try to tell you based on my knowledge yang tak seberapa ni.I know sekarang ni ada lagi yang tak tahu nak sambung study kat mana.Yang lagi teruk ada yang tak tahu lagi apa tu matrik,diploma dan foundation.Foundation dekat sini maksudnya asasi ye adik-adik bukan yang kena sapu dekat muka sebelum pakai makeup tu.

Hey,I've face the same thing when I was like you guys xD I never thought that matriculation would be my choice since upu dan ipg aku tak dapat.STAM memang awal-awal lagi dah aku nekad tak nak ambik sebab banyak subjek nak kena hafal dan memang aku dah penat sangat dengan school life.

Apa aku nak cakap kat sini, bila korang nak isi upu tu pastikan course yang korang isi tu setara dengan result SPM korang.Kalau result SPM tak straight A's tapi pilih course medic dan dentistry macam susah jugaklah nak dapat.If korang memang betul-betul nak ambik medic or dentistry make sure result kena cantik masa SPM lagi.

Next,identify your abilities.Pilih course yang korang yakin yang korang memang boleh buat.Kalau korang rasa korang ni memang malas nak hafal dan susah nak ingat banyak subjek better jangan biarkan diri korang merana dengan ambik STAM.Bunyi macam teruk je STAM ni kan haha kang ada pulak nanti yang takut nak ambik STAM.Tak salah pun nak ambik STAM,memang ler STAM tu susah.Asasi,matrik,diploma dan form 6 pun susah jugak.Senang citer belajar ni memang susah.Well of course its hard,it's suppose to be hard.If it wasn't hard everyone would do it.Hard is what makes it great :) (quote I found from twitter)

Kalau dalam drama selalu kita tengok mak ayah paksa kahwin lah,dalam realiti kehidupan sebenar pun ada lagi yang kena paksa-paksa dengan mak ayah ni contohnya mak ayah paksa anak ambik course yang anak tu tak minat.I know how it feels like.Cuba bincang baik-baik dengan mak ayah dan kalau tak jadi jugak,berdoalah semoga hati mak ayah jadi lembut dan boleh terima keputusan kita.Never underestimate the power of Dua guys.

Lagi satu abaikan kata mak cik² dan pak cik² yang sibuk kata macam-macam pasal course yang korang ambil yang buat korang rasa tak sedap je dengar.Tak salah pun nak tanya pendapat diorang.Kadang-kadang kita kena dengar jugak pendapat daripada orang yang lagi tua daripada kita.It's for our own good too.Pada akhirnya korang jugak kena buat keputusan tu sendiri.Trust yourself.You know yourself better than anyone else.