How's my semester 2 going?

Hari ni aku dapat merasa duduk kat rumah dan tidur di atas katilku yang empuk sebab kolej aku mengalami krisis air so dia bagi students dia balik.Dapatlah aku balik basuh baju aku yang dah menggunung,kalah tutorial dan assignment aku.

Dah 4 weeks aku berada dalam semester 2 di Kolej Matrikulasi Kelantan.Aku dah membakulsampahkan semua perangai lama aku masa semester 1.Kalau dulu aku terikut-ikut dengan perangai roommate aku,dia tidur aku pun nak ikut tidur jugak  tapi sekarang aku nak kembali kepada diri aku yang asal eheh.Semester 2 ni aku dapat lecturer baru dan still hadap muka yang sama dalam dewan kuliah dan kelas.Lecturer sem 2 ni pun best dan gempak macam yang sem lepas tapi aku rindu jugak dengan lecturer-lecturer masa sem lepas.

Paling best lecturer Maths aku yang ajar kuliah masa sem 1 jadi lecturer tutorial aku untuk sem 2.Aku malas pulak nak mention nama beliau nanti femes pulak dia nanti,kah!Aku suka setiap kali masuk kelas tutorial Maths dengan beliau buat aku tak stress belajar Maths.Aku boleh kata lecturer aku ni 3 in 1 lah sebab dia ni boleh jadi raja lawak,ustaz dan seorang bapa yang penyayang xD

Result PSPM 1 pun dah keluar semalam.Jadi kiranya aku balik rumah bukan dengan tangan kosong jugaklah,aku bawak 'buah tangan' untuk tunjuk dekat parents aku.Aku tak dapat 4 flat macam orang lain,aku dapat B flat je wakaka Alhamdulillah aku bersyukur jugak sebab pointer aku 3.0 above.Ada jugak peningkatan daripada exam ups hari tu especially subjek Fizik.Subjek Biologi aku still maintain lagi dapat B+ sejak SPM sehinggalah PSPM 1.Bilalah Anis Diyana ni nak move on,Biologi asyik dapat B+ je haha.

Aku lagi nervous nak check list nama orang yang dapat PDT daripada result aku sendiri haha sampai roommate aku yang baik hati tolong check nama tu untuk aku.Aku siap peluk roommate aku bila dapat tahu aku dengan dia tak dapat PDT means that aku stay lagi kat kolej ni!! :'D Pelik pulak aku dia redha je aku peluk dia sebab roommate aku jenis geli sikit kalau orang peluk dia hahaha.

Tapi ada sorang classmate aku yang dapat PDT.Aku tak sangka pulak perpisahan akan tetap terjadi antara kami :'( Aku kawan jugak dengan classmate aku tu tapi kitorang takdelah rapat sangat cumanya aku tak sempat nak kenal dengan dia dengan lebih dekat lagi :( But whatever it is,life goes on.Aku pulak tinggal 4 bulan je lagi kat matrik ni.Aku rasa macam tak nak habis matrik lagi.Nak stay lama-lama lagi kat matriks dengan kawan-kawan ToT Allah knows how much I love my friends in here....

18 comments:

  1. susah tak matrix ? akak dlu spm brp a ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa susah pulak nak jawab soalan tu haha.Bagi akak susah sikit jelah.Akak dapat 5A spm :)

      Delete
  2. bestnyaaaa study.. hehe anyway, all the best ! :D

    ReplyDelete
  3. most of my friends sad that matrics life more wonderful than university life. macam saya, zaman stpm lagi best sebab kawan-kawan sempoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup lain orang lain yang dia rasa kan

      Delete
  4. waa cepatnya dia dah nak habis sem 2 dah, huhuhu. sy baru start sem 2 tahun dpn. semoga dapat harungi cabaran untuk sem 2 ya :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih,awak pun goodluck jugak ye :D

      Delete
  5. rajin2 belajar and pursue higher level pulak lepas ni ^^

    ReplyDelete