Selamat Hari Guru

Mentang-mentanglah dah tak sekolah hampir terlupa pulak hari penting bertarikh 16 Mei 2015.Saya Anis Diyana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru,Happy Teacher's Day,Eid Mu'allimin kepada semua guru di Malaysia dan juga guru-guru yang pernah mengajar saya walaupun hanya sehari,setahun ataupun yang tak pernah mengajar saya langsung di TABIKA KEMAS Jengka 21,SK (LKTP) Jengka 21,Sekolah Agama Rakyat Jengka 21,SK Sri Wangi dan Maahad Muhammadi Gua Musang termasuklah guru yang mengajar saya semasa kem,seminar dan guru PJK.Tak lupa juga Selamat Hari Guru kepada ma dan abah saya ekeke.

Terima kasih cikgu,ustaz,ustazah,sir dan teacher kerana mengajar saya selama ini.Saya mendoakan agar guru-guru saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.Al-Fatihah buat guru saya yang telah tiada.InsyaAllah saya akan berusaha untuk beramal dengan ilmu yang telah dicurahkan oleh kalian.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah"

Tak mungkin saya mampu balas semua jasa cikgu.Jasamu akan tetap kukenang.Selamat Hari Guru.

Dedikasi buat guru-guru di luar sana sajak Guru Oh Guru oleh Usman Awang.



Guru Oh Guru
Usman Awang
1979

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


8 comments:

  1. Selamat Hari Guruu~ anis mintak ipg kan? *maaf klu tersilap info* ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum jadi cikgu lagilah hahah,haah ada :)

      Delete
  2. Mtk ipg ek..bla result..

    ReplyDelete
  3. samalah, bila dh tk sekolah , sampai lupa hari guru--

    ReplyDelete
  4. rindu pulak kat sekolah ,hehe

    ReplyDelete
  5. tq..my students..still remember school life aaa..

    ReplyDelete
  6. tq..my students..still remember school life aaa..

    ReplyDelete