Halatuju selepas ini

Result UPU dah keluar semalam.So you guys yang dapat UPU tahniah diucapkan.Boleh dah start packing barang sekarang amboi nampak macam eksaited sangat dah ni nak masuk universiti haha.Kalau tak dapat UPU hey relax jangan risau ada lagi peluang kat tempat lain macam matrik,form 6,IPTS,IPTS KPM dan KPTM.Yang penting kena usaha dan banyakkan berdoa.Tak guna asyik meratap pasal tak dapat UPU,do something!Buat rayuan ke apa,InsyaAllah saya doakan yang terbaik untuk anda.

Tepat pukul 12 tengah hari saya terus check result UPU guna sms.Nak check kat laman web UPU  tapi boleh dia cakap 500 Internal Server Error, jem oiii ramai sangat yang nak check result diorang.Dah tu tunggu jelah UPU reply mesej kita.Tak sabar nak tunggu UPU reply mesej ni samalah macam kau tak sabar tunggu crush kau reply mesej kau haha.Hampir 10 minit menunggu UPU akhirnya reply mesej saya ok dah mula dah nervous nak check result.

"RM0.20 UPU: 970302****** Anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA.Sebarang proses rayuan lanjut boleh berhubung terus ke IPTA yang berkaitan."


(Ok pasang lagu Ombak Rindu)


Siyes terkejut bila baca mesej tu.Betul ke apa yang aku baca ni entah-entah salah baca,power spek ni nak kena tambah lagi kot?Tapi memang betullah saya tak dapat UPU.Saya tak dapat masuk universiti erghh frust kahwin jelah macam ni kahh.Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang dekat saya,walaupun saya tak dapat UPU saya dapat tawaran untuk belajar di matrikulasi.Nampaknya saya meneruskan legasi abang saya yang belajar dekat matrik jugak dulu.

Ada hikmahnya yang saya nampak saya tak dapat UPU.Selama ni saya keliru dan dalam dilema nak pilih matrik atau UPU.Memandangkan UPU pun saya tak dapat,saya dah yakin sangat pilihan saya ialah matrik.I believe Allah has a better plan for me.Mungkin matrik adalah keputusan yang terbaik untuk saya.

Abah ada cakap,"Cubalah dulu buat rayuan UPU" tapi saya rasa macam tak nak dah buat rayuan,alaa nak masuk matrik ngehngehngeh.Ada tiga orang kawan saya tak dapat UPU,diorang semua nekad dah nak masuk matrik.Kami dapat matrik yang sama haha bolehlah kita reunion kat sana nanti ye?

Orang kata matrik ni susahlah entahlah saya tengok abang saya boleh je survive kat sana,eheks.Yang pastinya masuk matrik ni kena rajinlah tak boleh malas-malas lagi.Dah cukup menyesal masa SPM dulu,kali ni tak boleh main-main lagi.Tolonglah Anis jangan hangat-hangat tahi ayam ja hihi.Setahun je kat matrik tu nanti.Walaupun setahun je tetapi saya akan kutip sebanyak kenangan yang boleh kat sana tu nanti.

Tarikh daftar matrik 24 Mei 2015.Tak lama dah tu tinggal dua minggu je lagi.


Hello Kolej Matrikulasi Kelantan

I'm comingggg.


20 comments:

  1. belajar mana2 sama je dik.. Fighting! Good luck.. Wish u all the best.. Kirim salam matrik kelate :D

    ReplyDelete
  2. tahniah! jom ke matriks! hahaha.. good luck. bljr rerajin tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.Jom!tak sabar dah ni nak masuk matriks ahaha

      Delete
  3. It's okay tak dpt UPU pun.. akak dulu dpt UPU masuk asasi , tapi last last result kawan-kawan dari matrik jugak yang lagi gempak . haha . yang penting niat nak belajar tu ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woahh akak buat saya lagi semangat ni nak masuk matriks hehe

      Delete
  4. Betul tu, pasti ada hikmah disebaliknya, Allah Maha Perancang :) Apapun, Tahniah dan Semoga Berjaya di matriks !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita merancang,Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik kan? :D Terima kasih ya :)

      Delete
  5. Matrikss nice jugak tau! Byk blog saya baca macam best je matriks. Klu ikutkan nk jugak ambik matriks tp dah tawar hati sbb masa awal2 parents tak bagi tapi last2 bagi. Alah, asasi & matriks ni x jauh beza pun ahaha. Buktikan & tebus SPM kita dulu nis. You can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah belajar kat mana-mana pun okay jugak kan :D Terima kasih ya ^_^

      Delete
  6. Goodluck Anis kat Matrik!! Fightingggg!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ain,muah ciked :-* hakhak

      Delete
  7. matriks best... goodluck. hee :)

    ReplyDelete
  8. Waa Anis goodluck in Matriks Kelantan!! Kos apa? Awak tanak tunggu result IPG ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos sains.Thanks :D saya masuk matriks dulu sebab result ipg keluar lambat.InsyaAllah kalau dapat ipg,kena decide balik nak pilih mana satu,kalau tak stay jelah kat matriks eheh

      Delete
  9. eh eh..ramai kot kawan saya sini dapat kelantan.haha.tp sy dapat kuantan je. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kuantan pun best jugak hehe nanti bolehlah saya berkenalan dengan kawan awak tuh

      Delete
  10. Wah tahniah anis, boleh share tak pengalaman belajar di sana? Mesti ramai nak tahu...boleh saya cerita kat murid saya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cikgu lambat reply.Terima kasih,InsyaAllah nanti saya cerita kat blog ye cikgu :)

      Delete