Archive for May 2015

Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)


Selamat Hari Guru

Mentang-mentanglah dah tak sekolah hampir terlupa pulak hari penting bertarikh 16 Mei 2015.Saya Anis Diyana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru,Happy Teacher's Day,Eid Mu'allimin kepada semua guru di Malaysia dan juga guru-guru yang pernah mengajar saya walaupun hanya sehari,setahun ataupun yang tak pernah mengajar saya langsung di TABIKA KEMAS Jengka 21,SK (LKTP) Jengka 21,Sekolah Agama Rakyat Jengka 21,SK Sri Wangi dan Maahad Muhammadi Gua Musang termasuklah guru yang mengajar saya semasa kem,seminar dan guru PJK.Tak lupa juga Selamat Hari Guru kepada ma dan abah saya ekeke.

Terima kasih cikgu,ustaz,ustazah,sir dan teacher kerana mengajar saya selama ini.Saya mendoakan agar guru-guru saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.Al-Fatihah buat guru saya yang telah tiada.InsyaAllah saya akan berusaha untuk beramal dengan ilmu yang telah dicurahkan oleh kalian.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah"

Tak mungkin saya mampu balas semua jasa cikgu.Jasamu akan tetap kukenang.Selamat Hari Guru.

Dedikasi buat guru-guru di luar sana sajak Guru Oh Guru oleh Usman Awang.



Guru Oh Guru
Usman Awang
1979

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 15 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

Tag: Ain & Tomo 

Tukar template blog lagi


Takde angin takde ribut tiba-tiba je private blog hihi maafkan saya.Haa perasan tak yang saya tukar template blog saya lagi?Tapi nampak macam sama je dengan template dulu kan?Haha.Template yang sebelum ni problem kalau guna dekat henset,tak sedap pulak mata memandang so saya tukarlah template yang baru.Kebetulan pulak jumpa template yang sama macam template yang dulu so saya edit biar sama macam style yang sebelum ni sebab saya rasa sayang lagi nak tukar style blog yang lain.Ok that's all kbai.

Halatuju selepas ini

Result UPU dah keluar semalam.So you guys yang dapat UPU tahniah diucapkan.Boleh dah start packing barang sekarang amboi nampak macam eksaited sangat dah ni nak masuk universiti haha.Kalau tak dapat UPU hey relax jangan risau ada lagi peluang kat tempat lain macam matrik,form 6,IPTS,IPTS KPM dan KPTM.Yang penting kena usaha dan banyakkan berdoa.Tak guna asyik meratap pasal tak dapat UPU,do something!Buat rayuan ke apa,InsyaAllah saya doakan yang terbaik untuk anda.

Tepat pukul 12 tengah hari saya terus check result UPU guna sms.Nak check kat laman web UPU  tapi boleh dia cakap 500 Internal Server Error, jem oiii ramai sangat yang nak check result diorang.Dah tu tunggu jelah UPU reply mesej kita.Tak sabar nak tunggu UPU reply mesej ni samalah macam kau tak sabar tunggu crush kau reply mesej kau haha.Hampir 10 minit menunggu UPU akhirnya reply mesej saya ok dah mula dah nervous nak check result.

"RM0.20 UPU: 970302****** Anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA.Sebarang proses rayuan lanjut boleh berhubung terus ke IPTA yang berkaitan."


(Ok pasang lagu Ombak Rindu)


Siyes terkejut bila baca mesej tu.Betul ke apa yang aku baca ni entah-entah salah baca,power spek ni nak kena tambah lagi kot?Tapi memang betullah saya tak dapat UPU.Saya tak dapat masuk universiti erghh frust kahwin jelah macam ni kahh.Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang dekat saya,walaupun saya tak dapat UPU saya dapat tawaran untuk belajar di matrikulasi.Nampaknya saya meneruskan legasi abang saya yang belajar dekat matrik jugak dulu.

Ada hikmahnya yang saya nampak saya tak dapat UPU.Selama ni saya keliru dan dalam dilema nak pilih matrik atau UPU.Memandangkan UPU pun saya tak dapat,saya dah yakin sangat pilihan saya ialah matrik.I believe Allah has a better plan for me.Mungkin matrik adalah keputusan yang terbaik untuk saya.

Abah ada cakap,"Cubalah dulu buat rayuan UPU" tapi saya rasa macam tak nak dah buat rayuan,alaa nak masuk matrik ngehngehngeh.Ada tiga orang kawan saya tak dapat UPU,diorang semua nekad dah nak masuk matrik.Kami dapat matrik yang sama haha bolehlah kita reunion kat sana nanti ye?

Orang kata matrik ni susahlah entahlah saya tengok abang saya boleh je survive kat sana,eheks.Yang pastinya masuk matrik ni kena rajinlah tak boleh malas-malas lagi.Dah cukup menyesal masa SPM dulu,kali ni tak boleh main-main lagi.Tolonglah Anis jangan hangat-hangat tahi ayam ja hihi.Setahun je kat matrik tu nanti.Walaupun setahun je tetapi saya akan kutip sebanyak kenangan yang boleh kat sana tu nanti.

Tarikh daftar matrik 24 Mei 2015.Tak lama dah tu tinggal dua minggu je lagi.


Hello Kolej Matrikulasi Kelantan

I'm comingggg.


Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Tarikh Tutup: 15 Mei 2015

Ini first segmen by Sis Nisa,saya pun baru first time je join segmen. Yang bestnya ada hadiah jugak tau.5 followers yang bertuah akan dapat Instant Shawl Magic daripada Sis Nisa.Syaratnya pun mudah je jadi jomlah join segmen ni!Boleh klik banner di atas untuk join :)

Jom Join Ceria 1st Giveaway!


Syarat-syarat penyertaan:
  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah blog ini
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!
  3. Letak banner di bawah dalam entry tersebut dan link kan ke blog ini.
  4. Letak syarat-syarat penyertaan dalam entry tersebut.
  5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.
  6. Setelah selesai menaip post tersebut,komen di entry blog ini
  7. Kalau sudi follow instagram ini (bukan paksaan) & kelebihannya,kami akan follow back sesiapa yang follow kami selama giveaway berlangsung.
  8. Tarikh tutup giveaway ialah pada 12 June 2015
  9. Pemenang akan dipilih melalui random.org


Senarai Hadiah yang ditunggu-tunggu!
  • 1 Baju (pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 1 Buku Fixi (Pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 3X Bloglist sehingga May 2016 untuk 3 orang pemenang
  • 2X Blog review untuk 2 orang pemenang

Saya tag Ain,Izzati Amira dan Hani