Pengalaman temuduga/interview Asasi Tesl Uitm 2015

Semalam saya pergi interview asasi tesl uitm dekat UiTM Machang. Pagi tu saya baru nak pergi sekolah sebab nak sahkan sijil haha tapi nasib baiklah sebab interview saya pukul 2 petang jadi still ada masa lagi nak selesaikan apa yang patut.Dua kali kena tegur dengan kerani pasal pertama baru nak sah sijil dan kedua dah dekat sebulan sijil berhenti sekolah tak ambik2 lagi.

Okay dah lepas siap tu pukul 10 pagi barulah bertolak pergi Machang.Machang dekat jelah dengan rumah saya dalam 2 jam perjalanan,sampai dalam pukul 12 lebih.Awal gila kan sampai padahal interview lambat lagi pukul 2 kot.Terpaksa datang awal sebab abah nak kena hantar abang pulak pergi stesen bas dekat Kota Bharu.Ini bermakna saya kena pergi interview sorang-sorang takde siapa pun yang teman ToT Mesti orang lain tengok saya eh berani gila budak ni dahlah kecik je pergi interview sorang-sorang pulak tu.Saya tengok orang lain semua ada mak ayah temankan.Aku sorang ja forever alone ToT

Masa tu dah ramai dah orang yang datang,mungkin sesi interview pagi tak habis lagi.Saya cari tempat duduk kosong,jumpa kerusi yang saya nak terus duduk situ pastu main scroll2 phone sebab tak tahu nak buat apa nasib baiklah ada wifi free thanks uitm pastu tengok2 orang yang datang temuduga semua nampak macam hebat2 lah.Kerusi saya asyik goyang je buat saya tak senang duduk jadi saya bangunlah nak tukar tempat duduk dan lepas saya bangun tu kan amek ko tempat duduk kerusi tu tercabut masyaAllah Anis hahahahaha kuat pulak bunyi tu dahlah ada orang kat tempat duduk belakang saya tu.Saya pun jalan buat muka macam orang tak bersalah dan cari tempat duduk lain. Syukur dan nasib baiklah weh sempat bangun kalau tak,tak ke lagi malu kalau aku jatuh terbalik masa tu?Hahaha.

Dah nak dekat pukul 2,saya dengan yang lain kena panggil untuk naik tingkat atas untuk check nombor dan panel masing-masing.Saya no 1 dan panel 2.First ujian saya ialah ujian bertulis lepastu barulah ujian lisan (ujian lisan tu temuduga ye anak-anak).Sebelum nak masuk bilik ujian tu kenalah beratur dulu takkanlah nak redah masuk macam tu je kan.

Ujian bertulis ni reading comprehension dan ada essay.Reading comprehension tu dia akan bagi satu petikan dan jawab dalam objektif berdasarkan petikan tu.Ada dalam 15 soalan.Reading comprehension tu saya dapat petikan tentang deforestification.Saya rasa ujian tu susah sikitlah tapi takdelah susah sampai level oxford macam yang orang lain cakap haha.Essay tu pulak saya dapat tajuk how to overcome obesity,kena tulis lebih kurang 250 patah perkataan.Senang je kan tajuk tapi saya blur sebab dah lama tak tulis esei kan.Masa untuk ujian bertulis ni satu jam je tau jadi kena pandai-pandailah bahagi masa tu untuk jawab reading comprehension dan esei.Cadangan masa untuk jawab reading comprehension 30 minit dan essay 30 minit.Kalau dah lebih 30 minit korang masih jawab reading comprehension tu takut nanti tak cukup masa nak jawab untuk essay.

Selesai ujian bertulis masa untuk interview pulak.Dah nampak dah muka semua orang masa tu cuak habis haha.Sementara tunggu kena panggil untuk interview,saya borak-borak dulu dengan kawan sebelah saya.Nama dia Mira,student MRSM.Dia tanya saya nombor berapa saya cakaplah saya nombor satu.Dia pun cakap, "Oh,awak yang first kena interview kan lepas ni?" I was like eh ye eh aku yang mula-mula kena interview dulu? (dah mula dah cuak masa tu haha) Haha yelah saya nombor 1,saya tak tak tahulah kenapa saya macam blur masa tu isk.Ni dah dua kali aku blur hahaha.

Bila dengar loceng berbunyi tu saya dipanggil untuk masuk bilik temuduga.Dup dap dup dap.Saya bagilah fail saya kat dua orang panel tu.Dua orang panel tu perempuan dan islam.Saya expect diorang akan tanya dulu soalan pasal diri kita,tapi tak.Salah seorang panel tu dia suruh saya cerita pasal sekolah saya.English saya dah mula berterabur masa tu haha sebab saya nervous sangat.Saya pun cakaplah sekolah saya ni dekat dengan sungai dan stesen kereta api.Lepastu barulah dia tanya pasal diri saya,kokurikulum,kenapa ambik tesl hm hm apa lagi eh?Oh ye pastu panel tu pun ada tanya soalan pasal esei kita tadi jugak.Panel tu berlakon sebagai orang yang obesiti dan saya diminta untuk bagi nasihat kepada dia.Panel tu takde tanya pun pasal current issues so lega sikit.

Panel tu ada tanya pilihan pertama,kedua dan ketiga saya dalam upu.Saya beritahulah yang pertama asasi tesl,kedua asasi bahasa inggeris dan ketiga asasi undang-undang.Dia cadangkan saya suruh ambik computer science (masalahnya saya dah hantar upu tu nak buat camne) sebab dia tengok saya punya sijil banyak pasal animasi dan komputer dan mungkin jugak ada kaitan pasal english aku yang berterabur tadi T_T

Dah habis kena tanya soalan,panel bagi saya balik.Eh takkan habis macam tu je,panel takde pun tanya saya ada apa-apa soalan ke?Jadi untuk menampakkan yang saya ni berminat sangat nak ambik tesl jadi saya tanyalah diorang soalan jugak.Ini juga namanya sesi balas dendam sebab tanya saya soalan macam-macam tadi haha.Saya tanya soalan ciri-ciri student yang dia nak dalam course ni pastu panel tu jawab dia nak student yang hardworking bla bla bla.Saya tanya lagi,"Betul ke kalau nak sambung degree nanti muet kena band 4?" Panel tu jawab, "Ya." Last soalan saya tanya nama dua orang panel tu hehe tapi saya dah tak ingat nama diorang huhu.

Dah takde soalan saya nak tanya saya cakap thank you lepas tu keluar bilik tu kalau boleh nak je saya lari laju-laju keluar bilik temuduga tu haha.Saya keluar bilik temuduga tu terus semua orang pandang saya (dah kenapa) Tak cukup saya kena interview dalam bilik temuduga tu tadi diorang pulak serbu saya pastu interview saya.Yelah sebab orang first kena interview tadi,diorang nak tahu jugak panel tu tanya soalan apa.Rasa macam retis pulak hahaha.

Kalau ada rezeki insyaAllah saya dapat asasi tesl ni.Tapi lepas kena interview tadi saya terus fikir nak masuk matrik haha.Ok bai.


21 comments:

  1. Woww! Such an exciting and memorable experience!! heeee :D

    ReplyDelete
  2. how lucky T-T ada experience interview. Kita dulu takda lol sebab terlepas XD nasib dapat jugak masuk hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat masuk terus tu kira okaylah tak payah susah2 kena interview hehe

      Delete
  3. Wahh terus ambil asasi? Hebatnyaaaa! Saya rasa insyaAllah awak dapat punya. All the best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah lagilah mazni hihi.Terima kasih :)

      Delete
  4. did u get it?

    ReplyDelete
  5. wow thanks for sharing. in shaa allah u will get it, if not you will get somethings better

    ReplyDelete
  6. sis, nak tanya .. sepanjang iv tu, sis ckp fully n english ? diorang tanya semua tu in english?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes fully english,panel pun tanya in english sebab ini kan iv tesl of courselah dalam english

      Delete
  7. Akak..nak tanya asasi tu utk predegree kan..kalau diploma ad ke ??😭

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Akak dpt bila srt pggiln utk interview?

    ReplyDelete
  11. Akak dpt bila srt pggiln utk interview?

    ReplyDelete
  12. Kak, dia interview dalam english ke ? then kita pun kena cakap english ? Kalau tercakap bahasa melayu macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,dia interview dalam english.Takkan kita nak jawab dalam bahasa melayu pulak herher.Kalau tercakap bahasa melayu takpe,panel tu tak makan orang :D cepat2 je cakap i'm sorry ke apa dan terus sambung bercakap in english dengan konfiden ^-^

      Delete
  13. Kak, dia interview dalam english ke ? then kita pun kena cakap english ? Kalau tercakap bahasa melayu macam mana ?

    ReplyDelete