Pengalaman Temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015

Alhamdulillah selesai sudah temuduga saya yang terakhir iaitu temuduga ipg pada hari ini.Lepas ni tunggu masa untuk angkat beg dan keluar dari rumah untuk sambung study pulak sob sob.Sekiranya korang dapat temuduga ipg,ini bermakna korang lulus ujian saringan pertama Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).Beribu-ribu taniaa saya ucapkan.

Sementara pengalaman temuduga saya ini masih segar di ingatan saya lebih baik saya update laju-laju.Ini kiranya entri panas dari oven hihik.Tak banyak blog yang share pasal temuduga ipg ni dan juga course yang saya ambil jadi saya rasa nak berkongsi dengan korang pengalaman temuduga ipg saya ni.Saya harap entri ini dapat membantu anda untuk temuduga itu nanti :D

Saya dapat temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015 dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan.Sehari sebelum temuduga saya bermalam di Machang rumah ayah saudara sebab takut lambat pulak sampai,lepas subuh je terus bertolak ke Kota Bharu dan sampai di IPG Kampus Kota Bharu dalam pukul 7.30 pagi.

Dalam surat temuduga tu saya dapat sesi 1 dan Bilik M.Panel akan bagi satu kertas lepastu suruh tulis nama kita dekat kertas tu dan kertas tu kena tampal di tudung@baju untuk dijadikan sebagai nametag.Walaupun korang dah ada nametag sendiri tapi tetap kena pakai nametag kertas tu jugak haha jangan bantah ok ikut je.Panel pun akan mintak fail yang ada sijil-sijil kita tu dan suruh check nombor masing-masing.Saya dapat nombor 5.Sementara kena panggil untuk temuduga tu,kenal-kenallah jugak jiran sebelah.Ehm tapi sebab saya introvert jadi orang kena tegur saya dulu hihi.Orang sebelah saya tu tegur, "Awaklah yang tulis blog Anis Diyana tu kan?" Aku dah tersipu-sipu malu masa tu haha sebab boleh pulak jumpa reader blog saya dekat sini,kitorang bilik dan group sama lak tu hehe.

Oh ye temuduga ni dijalankan dalam group jadi korang tak nervous berseorangan dalam bilik tu haha.Temuduga sepatutnya mula pukul 8 pagi tapi dalam pukul 8.30 barulah kumpulan saya kena panggil untuk temuduga.Dalam kumpulan saya ada 7 orang,semua perempuan dan ada seorang sahaja lelaki.Panel tu akan suruh kita duduk di kerusi yang ditetapkan.Ada dua orang panel dan dua-dua tu lelaki and yes diorang semua tu baik je,kami siap boleh gelak lagi dalam bilik tu haha.

Mula-mula panel tu suruh kami semua tonton satu tayangan video.Walaupun video tu korang mungkin dah biasa tengok sebab pernah keluar dekat iklan tv tapi tengoklah jugak,tengok pun bukan sekadar tengok je,ingat ni wayang ke apa?Kah.Panel bukan saja-saja bagi video tu,lepas video tu habis mereka akan tanya soalan berdasarkan video tu jadi hayatilah video tu baik-baik.Ini video yang saya dapat masa temuduga tadi,


Okay lepas habis je video tu,panel tu tanya ahli kumpulan saya setiap seorang.Panel pun akan buka soalan tapi kali ni siapa nak jawab  kena volunteer angkat tangan means siapa cepat dia dapatlah.Cuba elakkan jadi orang terakhir yang angkat tangan jawab soalan panel nanti idea kita orang lain dah ambik kita pulak termangu-mangu kat situ.Memang semua orang kena bercakap,tak boleh diam langsung ok.Ahli kumpulan saya semuanya memang hebat-hebat belaka,idea mereka semua bernas,terasa kerdilku disitu huhu.Soalan-soalan yang telah ditanya oleh panel kepada saya adalah:

1.Apa yang anda dapat daripada video tersebut?
2.Tempat tinggal dan asal usul nama tempat tinggal
3.Apa yang anda dapat kaitkan nilai yang ada dalam video tu dengan diri anda?
4.Pengajaran daripada video tersebut

Takda satu habuk pun panel tanya pasal isu pendidikan!Kemainlah aku hafal PPPM,nama menteri,KSSR,bilangan ipg tapi panel tu tak tanya pun hahaha tapi lega jugaklah panel tak tanya pasal tu.Panel lebih banyak bertanya soalan berdasarkan video itu sahaja.Dah takda apa-apa lagi panel bagi kami balik.I was like kenapa sekejap sangat,kerusi pun tak rasa panas lagi ni hahaha tengok orang lain pun nak tak nak je bangun.Alhamdulillah dalam 30 minit dah selesai temuduga memang sekejap sangat.

Sekarang tunggu jelah apa-apa keputusan yang akan dapat bulan Jun nanti :') Panel beritahu ada dalam 11000 orang yang memohon IPG dan hanya 3000 orang sahaja yang akan dipilih di seluruh negeri untuk memasuki IPG tu nanti.Fuhhhhh.Doakan saya lulus temuduga ipg tu ya.

89 comments:

  1. Waaaa untung la dapat jumpa reader blog di alam maya :D

    Anis, maknanya awak angkat tangan pada 4 soalan tu je eh??
    ke soalan angkat tangan soalan lain..?

    husna boleh ambil pengalaman anis sebagai back-up, tatau lagi johor sama tak dengan klate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup hihi tak sangka betul.Saya masa soalan terakhir panel suruh angkat tangan,masa ni kalau nak mencelah bagi pendapat pun boleh,soalan lain panel sendiri pilih kita jawab.Good luck!Husna mesti boleh buat punya :D

      Delete
  2. Lpas baca nie ..kurang ckit rasa tkut huhu tq...sya temuduga esok,dpt kt kota bharu gak..
    Ada soalan BI x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan takut sangat,buat rilek je hehe.Kalau saya takde soalan BI.Goodluck! :)

      Delete
  3. Good luck cik Anis.. inshaAllah, ada rezeki pasti dapat. Yg penting, telah usaha. Natijah di tanganNya.. ^_^

    ReplyDelete
  4. salam , admin tau tak . kat mne biasenye penempatan budak IPG yang ambik kos bimbingan kaunseling . Date kite temuduge same ah . tapi saye kene suruh speaking :P .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,maaf saya tak tahu.Saya takde kena suruh speaking pun haha lega

      Delete
  5. saya pun ada temuduga 27/4 lepas. best ><

    ReplyDelete
  6. wah anis pun minta ipg~ sama la kita hehe
    bersyukur sgt masa inteview x tanya soalan pasal pendidikan hehe~

    ReplyDelete
  7. slm,nak tanye ni knpe kt lmn permohonan guru tu ade semakan temuduga khs pulk?temuduga khas tu untuk ape yerk?sedangkan temuduga sudah habis kn.nak kne temuduga lgi ke bru layak msok ipg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,berdasarkan info yang saya dapat temuduga khas tu macam temuduga kedua,takda kaitan dengan orang yang dah pergi temuduga sebelum ni :)

      Delete
    2. Assalamualaikum anis,auntie nk tanya anis mcmna dgn petmohonan anis ke ipg?

      Delete
    3. Waalaikumussalam auntie,anis check dah result tak dapat ipg.

      Delete
    4. Syahirul Naim dapat mna??dan course apa

      Delete
  8. Wah...anis bimbingan dan kaunseling? Sama lah kita...tak dapat ke? Maybe ada rezki yang lebih baik

    ReplyDelete
  9. Tahun ni takda mohon ka anis ?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak...semua sijil-sijil koko kena buat fotocopy n kena dapatkan pengesahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,ya kena buat fotocopy dan fotocopy tu kena ada pengesahan

      Delete
  11. thanks sgt brmanfaat...pray for me!11 may ni tmuduga kt ipgkb

    ReplyDelete
  12. Akak sijil tu nak Betul ke fotostat? Bawak sijil . Ic Surat beranak . Slip spm je kan?

    ReplyDelete
  13. Akak kena fotostat ke sjil tu? Bukan kena bawak sijil. Ic .slip spm ngan Surat beranak je ke? Mmg kena fotostat ek semua tu? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dokumen yang dalam surat tu mintak kena bawak yang original dan fotocopy.Jangan lupa yang fotocopy tu kena ada pengesahan dari sekolah.Baca betul-betul balik dalam surat temuduga tuh,bawak apa yang dia minta dalam surat tu je okayy :)

      Delete
  14. Hi, kalau xda nametag xpa ke?

    ReplyDelete
  15. Hi, kalau xda nametag xpa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe je,nanti dia bagi jugak kertas suruh tulis nama kita kat situ untuk dijadikan nametag

      Delete
  16. Assalamualaikum Akak, saya nak tanya, saya dapat temuduga tuh tp dalam bidang bahasa inggeris.Saya difahamkan yang msa temuduga tuh bahasa Melayu nnti tp memandangkan saya punya bidang Bahasa Inggeris nnti saya kna berbahasa Inggeris ke semasa temuduga tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.Hehe kita sama.Tahun ni pun akak dapat temuduga ipg lagi dalam bidang bahasa inggeris.Hasil yang akak research kita kena cakap dalam Bahasa Inggeris.Good luck dik! :)

      Delete
  17. Salam... Waktu temuduga tu, hanya video sahaja ke yang kita kena bagi ulasan? Dia takde tanya pasal pendidikan? & lagi satu, waktu perkenalkan diri kena sebut asal/sekolah/jawatan? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  18. Salam... Waktu temuduga tu, hanya video sahaja ke yang kita kena bagi ulasan? Dia takde tanya pasal pendidikan? & lagi satu, waktu perkenalkan diri kena sebut asal/sekolah/jawatan? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,selain drpd bagi ulasan video tu panel pun boleh tanya jugak kita soalan lain.Soal isu pendidikan tu ditanya masa dalam temuduga tu semua depends kpd panel.Masa saya kena temuduga panel takde tanya langsung isu pendidikan.Ya boleh je sebut

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Nak tnya.. pendidikan islam amali mcam mna initerview

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak dapat membantu.Cuba tanya orang yang lebih berpengalaman dengan course tu ya

      Delete
  21. Sijil koko kita takpayah fotostat kan ? Just letak dalam file kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2 sijil kena fotostat dan dapatkan pengesahan.

      Delete
    2. assalamualaikum, anis.. maaf nak tanya, memang sijil kena dapat pengesahan pihak sekolah ke? kalau pengesahan penghulu atau dekan fakulti universiti x boleh ke?

      Delete
    3. assalamualaikum, anis.. maaf nak tanya, memang sijil kena dapat pengesahan pihak sekolah ke? kalau pengesahan penghulu atau dekan fakulti universiti x boleh ke?

      Delete
    4. Akak boleh list kan sijil² yg nak kena susun mcm mana ? Sijil akademik dlu kat depan ke atau sijil koko kat depan ?

      Delete
    5. Boleh je susun macam mana pun adik :)

      Delete
  22. assalamualaikum, maaf.pengesahan tu kena dapatkan dari pihak sekolah je ke? kalau penghulu atau dekan fakulti universiti tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengesahan dokumen tu boleh dibuat dengan pegawai kerajaan gred A

      PEGAWAI, contoh:
      Pegawai Daerah, Pegawai Sains, Pegawai Tadbir dan Diplomatik

      BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN, contoh:
      Akauntan, Doktor, Engineer, Polis and askar (assistant tak boleh)

      KETUA DALAM SEKOLAH/DEPARTMENT, contoh:
      Pengetua, Guru Besar, Ketua Jabatan, Pengarah

      atau :-
      GRED BELIAU HENDAKLAH ATAS 41 ATAU LEBIH

      A) Universiti:
      Pensyarah (DS45 ke atas)
      Pegawai Teknologi Maklumat (F41)

      B) Sekolah Menengah:
      Pengetua (DG48)
      Penolong kanan pentadbiran dan akademik (DG44)
      Penolong kanan hal ehwal murid (DG44)
      Penolong kanan kokurikulum (DG41)
      Ketua Bidang (DG44)

      C) Sekolah Rendah:
      Guru Besar (DG31)
      Guru Penolong Kanan (DG29)

      credit: http://bloginifake.blogspot.com

      Delete
    2. Kalau pengesahan tu dari pengetua sekolah lain boleh ke

      Delete
  23. Salam... nk tnya ni kod kursus dalam borang maklumat diri tu macam mna ek? Sy kurang fahamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,dalam surat temuduga tu takde tapi kena log in balik kat laman web ipg.Kod kursus tu sebelah nama kursus/bidang yang kita ambil.Tapi laman web tu tak bagi log in dah kan huhu kalau tak sempat nak ambik nanti try tanya kawan2 masa temuduga tu nanti ye.

      Delete
  24. Salam kak... Nk tnye sikit.. Nnti sijil2 yg copy tu diorang akn simpan ke akn bagi balik pd kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,ya dia akan bagi balik sijil2 yang kita copy tu kecuali salinan sijil berhenti sekolah,kad pengenalan dan surat beranak (if i'm not mistaken) dia akan simpan.

      Delete
    2. kak,sijil2 apa yang dia nak ye??

      Delete
  25. As salam saya nak tanya yang dalam borang pernyataan hasrat tu kena isi masa pergi interview ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,isi sebelum pergi interview baru tak gelabah bila panel nak kutip :)

      Delete
  26. I got ipg. But for pai. And i'm already pursuing my study in tesl at uitm. Getting really confused right now. Which one is better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congratulations!Actually both have its own benefits.Awak pun tengah ambik tesl sekarang ni kan so what do you feel?If you think that you can still teruskan dgn tesl then teruskan.Im a matric's student hehe so i dont really know the situation in ipg or uitm,better awak tanya pada ahlinya :) But i hope this helps tho :D

      Delete
  27. Salam,saya ingin bertanya,sewaktu temuduga berlansung,adakah kita perlu menggunakan bahasa baku atau biasa sahaja ? Mohon pencerahan .tqsm.

    ReplyDelete
  28. nak tanya boleh.. awak mohon ipg dalam bidang pendidikan islam ke ? kalau ye nak tanya lagi.. awak mohon dengan sijil spm atau SMA/SMU ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada masa tu saya mohon kos kaunseling dan guna sijil spm

      Delete
  29. Aslm, nak tanya dalam surat temuduga dia suruh bawa, sijil kelahiran,Slip Spm ,Sijil Berhenti Sekolah,Kad Pengenalan.. Tapi apa yang dia maksudkan dengan sijil/dokumen yang berkaitan ..

    ReplyDelete
  30. assalam, nk tanya,pakaian smasa temuduga tu camna ek ?

    ReplyDelete
  31. Salam, akak nak tanya kalau tak pakai name tag boleh tak?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. @anisdiyana kalau PJ punya amali macam mana eh ??

    ReplyDelete
  34. Assalamu'alaikum, akak.. Kalu bidang lain pun tengok video jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ni format lama dah dik.Kalau format tahun ni akak tak tahu macam mana tapi kalau format tahun 2016 ada group work dan kena present

      Delete
  35. ada kena tanya dalam english ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ambik course english dia tanya dalam english

      Delete
  36. Asalamualaikum akak, yg sijil koko tu kan mmg kna letak yg fotocopy je ka???? Yg ori punya x yah letak ke kak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Letak je yang original tapi nanti dia suruh asingkan jugak sijil yang fotocopy dan original

      Delete
  37. assalamualaikum akak . Nak tanya , apa yang akak dapat dari iklan tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ni format lama dah dik.Kalau format tahun ni akak tak tahu macam mana tapi kalau format tahun 2016 ada group work dan kena present

      Delete
  38. Hai kak,Borang butiran diri dan surat panggilan tmuduga sya x sempat cetak,log masuk dh tutup ,borang tu ada disediakan ka nnti smsa temuduga?

    ReplyDelete
  39. Hai kak,Borang butiran diri dan surat panggilan tmuduga sya x sempat cetak,log masuk dh tutup ,borang tu ada disediakan ka nnti smsa temuduga?

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Akak nak tanya kan dia ada suruh pakai nametag kertas kan..nak pakai pen ke pensel...dan lagi satu kalau pakai pen..die nak pen warna ape pink ke hitam or biru

    ReplyDelete
  42. Akak nak tanya kan dia ada suruh pakai nametag kertas kan..nak pakai pen ke pensel...dan lagi satu kalau pakai pen..die nak pen warna ape pink ke hitam or biru

    ReplyDelete
  43. Style of teachers have changed teaching, telling, respect and student behaviour as well. Sheet Metal Designs We can read in the book of history about tradition of teacher and student.

    ReplyDelete