Majlis Ramah Mesra KDYMM Sultan Muhammad V Bersama Rakyat di Gua Musang

Assalamualaikum! :)

Semalam pada 02/05/2013 iaitu pada hari Khamis,saya dan rakan-rakan di Maahad Muhammadi Gua Musang berpeluang untuk pergi ke suatu majlis iaitu Majlis Ramah Mesra KDYMM Sultan Muhammad V Bersama Rakyat yang bertempat di Pusat Sivik Gua Musang (punyalah dekat je dengan rumah saya)

Dari sekolah untuk ke sana,kami pergi dengan menaiki bas yang disediakan oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan).

Saya dan Ain menunjukkan gaya peace di hadapan bas YIK.

Sebelum masuk pusat sivik tu,kami kena check dengan pegawai polis yang bertugas disitu kot-kot lah ada pakai lambang parti mana-mana ke.Lega sebab dia tak check kad pengenalan saya sebab saya jadi pendatang tanpa izin sekejap.

Bila pandang langit,kami dihidangkan oleh orang terbang err ye ke entahlah apa benda tak tahu nak panggil apa.

I believe I can flyyyyyy.

Memandangkan sultan tak sampai lagi,saya dan kawan-kawan yang lain memulakan pencarian mencari sesuap nasi.Agak mengecewakan.Orang disitu hanya menjual air minuman dan ais krim.Jadi,saya beli ais krim jelah.

Ais krim satu seringgit.

Pon pon pon,sultan dah sampai.Ni gambar yang saya sempat tangkap.

CAN U SEE THAT,CAN U SEE WHAT I SEE.Nombor plat kereta tu lawa!!!!

Selepas tu,saya dan Ain pergi ke dewan untuk tengok apa yang jadi kat sana.Erghh ramai sangat orang dalam dewan tu dah macam tin sardin nampaknya.Tapi mujurlah ada jugak orang yang sudi tolong saya ambik gambar sultan tu.Jasamu kukenang selalu.

Ha tu Sultan Muhammad V yang berbaju warna putih,simple je kannnssss.

Habis je majlis,habis je makan,saya terus balik rumah dengan berjalan kaki,tak balik dengan baslah sebab rumah dekat je kan.Kesian Ain balik naik bas seorang diri harrharr.

Sekian daripada saya,Anis Diyana melaporkan berita semalam untuk blog ini.Terima kasih. (Ada gaya wartawan tak tak???)


4 comments:

  1. Tinggalkan ulasan anda
    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

    Blog ini tidak membenarkan ulasan tanpa nama.
    Akaun Google
    Anda akan diminta log masuk selepas menghantar ulasan anda.

    muahaha..

    ReplyDelete
  2. haha..kereta Sultan je nampak...

    ReplyDelete
  3. Cehh!! Anis..nak jadi wartawan jugak dia.....mesti dengki dengan Ain nie..

    ReplyDelete