Archive for June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Omg omg omg tahu tak online shopping Malaysia iaitu Nile.com.my nak bagi duit raya dekat korang!!Kenapalah aku lambat sangat tahu pasal giveaway ni kalau tak menangis tak berlagulah sebab terlepas duit raya pasal tarikh tamat nak join giveaway ni dah hari ni tau pukul 11.59 malam.Boleh rujuk dekat sini untuk lihat langkah-langkah untuk join Raya Giveaway by Nile.com.my.Apa tunggu lagi tekan aku cepat!

Hadiah giveaway ini ialah wang tunai berjumlah RM1000.Ini senarai hadiah untuk 6 orang pemenang:

RM300 Duit Raya  x1 Pemenang
RM200 Duit Raya x2 Pemenang
RM100 Duit Raya x3 Pemenang

Anyway Nile ada buat Jualan Raya Meletop kebabom.Ok yang bold tu aku sengaja tambah huihui.Product dia semua menarik tau baik beli cepat-cepat sebab banyak dah yang sold out.


Nile suruh aku pilih sangat en 5 item yang aku berkenan em em aku ingat nak pilih semua je.Nampak tak aku ni tak paham bahasa orangnya.Oklah aku pilih 5 je.

Yang kat bawah ni item-item yang aku suka dan nak sangat sangat *sambil hentak kaki gaya budak umur 5 tahun* Korang pulak suka yang mana?


Product: Shinny Surface Woman Flats
JLM2016 Sales price: RM11.90
Date: 29/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only



Product: Woman Leisure Flats
JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 29/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only


Product:  Crocodile Pattern 3-in-1 Pieces Bag
JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 30/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 600 units only


Product: Korean Style Chain Shoulder Bag
JLM2016 Sales price: RM13.90
Date: 30/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Traveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Goodluck guys!



Bau kedai

Aku dah lama mengidam nak beli laptop baru tapi abah aku cakap tunggu aku masuk universiti dulu baru boleh beli yang baru.Aku tak kesah mana lagipun masa aku study kat matrik dulu aku bukan pakai sangat laptop jadi aku memang tak pernah bawak langsung laptop balik matrik.Laptop yang aku ada ni dah lama sangat.Laptop tu abah aku bagi hadiah sebab dapat 5A UPSR hihi.Dengan laptop tulah aku guna untuk main Facebook sebelum aku dapat pegang phone sendiri,edit blog,majalah sekolah,buat kerja-kerja design huihh memang banyaklah jasa laptop tu kat aku.

No wonderlah sekarang laptop tu asyik meragam dan susah nak bagi kerjasama.Asal aku tengah syok buat kerja guna laptop tu time tu jugaklah dia nak shut down tetiba.Can you feel me?T_T

Aku hagak dia jadi camtu sebab battery dia dah condemn.Aku dah pernah tukar dah battery laptop tu sebelum ni tapi dia jadi condemn jugak yelah sape suruh tak tutup suis charger lepas dah habis charge???Maka sampai kesudahnya laptop dan charger aku macam Buddyz takkan terpisah.Charger wajib kena pasang dan on kalau tak nak laptop tu bagi surprise shut down lagi.Aku jugak yang down karang.

Bila kat rumah ni aku pakai je dulu laptop aku.Aku lagi suka guna laptop mak atau adik aku sebab laptop diorang tak jem macam aku.And then my sister need my help untuk project dia which requires me a laptop to do it.Tapi aku takleh harap dengan laptop tu sebab asyik problem je.Adik aku nak blah hostel dah masa tu and I can't always bergantung with my mom's laptop sebab of course dia nak guna untuk kerja-kerja dia.

Malu tapi mahu jadi aku menebalkan muka aku untuk try mintak dengan abah supaya beli laptop baru.Bak kata Coldplay masa dia nyanyi lagu Fix You,"If you never try you'll never know".Eh ternyanyi pulak nasib baik korang tak dengar.Back to our story,abah tak terus setuju.Macam-macamlah alasan yang kukuh dan konkrit aku bagi and lastly abah setuju.Bersinar-sinar terus mata iols bila dapat ni;

COME TO MAMAAAAAAA
(Ekcelli dalam kotak tu kosong je,aku gelojoh sangat nak tengok isi dalam dia)

Thank you so much abah for this! <3

I really like it!!It's Acer Aspire E14.Laptop ni lebih ringan daripada laptop aku yang sebelum ni.Nak guna untuk buat kerja pun smooth dan selesa je.Bolehlah lepas ni nak tengok movie dan blogging dengan bahagia.Jangan tetiba rasa pelik dan menyampah pulak tengok aku rajin update blog yer muahaha harap korang tabah je k.


New look! #4


Salam Ramadan and happy fasting yo guys!Am I too late ?But we're still in this blessed month of Ramadan rite hehe.As you can see here I changed my blog template again.Padahal baru bulan lepas kot tukar template,ni tukar lagi -_- Anyway,what do you think?

This template is inspired from Facebook.Aku just stick dengan warna blog yang sebelum ni because I still love this color <3 I try to give my blog a minimalist look.Kiri kanan blog aku dah ada sidebar.No more header sebab aku makin lama makin malas nak edit header.

I'm really satisfied with my blog's appearance now.I just hope that this template boleh kekal lama hihi.


Where to find the latest baju kurung moden?

No idea what to wear for this raya?Biasalah perempuan mesti cerewet sikit kan bab nak cari baju raya nih.Ha daripada asyik pakai jubah dengan dress je kan apa kata raya tahun ni uols bagi sedikit kelainan dengan pakai baju kurung moden!Eh sapa kata baju kurung moden ni nampak boring?Korang still lagi boleh nampak cantik menarik tertarik kau memang the bomb lah.

Soonaru Muslimah orange Leia Kurung SO016AA24AWPMY_1 Jovian Mandagie for Zalora green Kate Baju Kurung JO948AA94ELHMY_1 MINAZ for ZALORA pink Printed Peplum Kurung MI039AA08IVZMY_1 Debumas red Modern Kurung DE136AA40HFFMY_1
Kat mana nak cari baju kurung moden macam ni???Tak perlu susah-susah nak start enjin kereta ke apa,korang boleh dapatkan baju ini secara online di Zalora.Mohon tekan laju-laju dekat sini.Boleh cuci-cuci mata tengok koleksi baju yang ada kat situ mana tahu berkenan.Banyak design yang cantik-cantik uols mahu menangis-nangis sampai berdarah hidung ko tengok.
Malaysia is a blessed country, comprises of three major cultures which are the Malay, Chinese and Indian. Every each culture has its own traditional clothing adapted to the local culture for decades. Baju kurung has been a part of Malay traditions and cultures for centuries. It has been a trademark for Malays as it is an identification of one’s identity. However now we can find the latest baju kurung moden terkini is being worn by many regardless of different races and ethnicity among Malaysians.

This indicates the unity among different races in Malaysia who have different backgrounds but yet we all share the same values and various aspects of life. Moreover baju kurung terkini are sold almost everywhere and you can find the newest collection of kurung moden on many online boutique. Baju kurung online is one of the fastest selling as it is easy to access through online shopping websites. Basically with a simple few clicks away we can buy the latest selection of baju kurung moden terkini online! How cool is that? 


Nowadays, the traditional baju kurung is made into a more fashionable look thanks to the efforts of our gifted fashion designers. Baju kurung moden lace and baju kurung peplum are having a high demand as the cutting of the traditional wear enhances the curves of the wearer. Baju kurung lace delivers a soft feminine look for women. The baju kurung moden border lace adds a delicate touch to the attire. You could pair up a nice shawl or a turban with the these two popular types of baju kurung moden terkini to style it up a notch.

Rasa menyesal dah ke sebab dah terbeli baju raya lepas tengok design² baju kat atas ni?Kalau nak beli lagi pun takpe boleh simpan untuk pakai raya haji pulak nanti kuikui.Better beli baju raya awal-awal kan nanti dah nak dekat habis puasa baru tak kelam kabut cari baju raya.Barulah rasa tenang dan rilek sikit nak buat biskut raya.Aku suka biskut cornflakes!!tetiba.Okbai.

Pengalaman Ujian MEdsi Sesi 2016/2017


Half a year is gone.Bye May and welcome June!Ada Apa Dengan Jun?Result matrik keluar hokayyy.Doakan aku :') Btw dua minggu yang lepas aku dipanggil untuk menduduki Ujian MEdsi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sesi Akademik 2016/2017.Aku dah lama nak cerita dalam blog tapi asyik dok peram je cerita tu dalam otak aku so aku tak surelah aku ingat lagi ke tak nak cerita pun haha.

Bila tengah kecoh keluar keputusan pasal temuduga dan ujian MEdsi tu aku turut tidak terkecuali untuk check jugak dan bila aku check aku tak dapat pun maka frust tapi tak sampai menonggenglah aku.Tengah cuba nak move on suatu hari abang aku ada send gambar yang sejibik macam kat atas tu ha kat group whatsapp.Rupa-rupanya aku dapat jugak ujian MEdsi tu :'D Rasa nak hempuk diri sendiri sebab salah check.Syukur dapat abang yang terlebih caring macam dia,dia pulak tolong check  result tu untuk aku huhu abang aku,21,single lagi gaisss bhahaha.Aku cuma mintak result final aku nanti dia tak terlebih caring lagi tolong check untuk adik dia ni :'D

Aku dengar orang dok cakap je pasal ujian MEdsi tapi ujian apa benda entah tak tahu sangat.Shortform MEdsi tu sendiri aku pun tak tahu wakaka sebab tu lah pentingnya buat research kawan-kawan.Walaupun tak banyak hasil carian yang aku jumpa dengan hencik Google tapi dah memadailah.Aku pun dah tahu maksud MEdsi  tu hape haa MEdsi tu ekcelli is Malaysian Educators Selection Inventory ataupun kalau aku translate dalam Bahasa Melayunya ialah Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia.

Ujian MEdsi aku dekat UiTM Machang.Adalah dalam beberapa ketul manusia bekas pelajar matrik aku yang aku dapat jumpa kat sana.Dapatlah jugak reunion dengan diorang ahaha.Yang bagusnya aku dapat jugak berkawan dengan budak kuliah aku dulu (nama dia Anis,roommate kepada kawan aku,Sharmin) since kitorang dapat bilik ujian yang sama (siap duduk sebelah lagi dengan dia time exam) padahal masa kat matrik dulu tak pernah nak tegur pun.

Aku sampai je UiTM Machang aku terus cari tempat pendaftaran then lepas sign apa semua tu memang tepat pada masanya lecturer kat situ suruh beratur dalam kumpulan sebelum bergerak ke bilik ujian masing-masing.Masa tu tak berguna langsung pensil 2B dan pemadam getah yang aku bawak sebab last2 kena jawab soalan dengan komputer.

Ujian MEdsi ini berbentuk psikometrik.Jangan risau bukannya soalan tu psiko ko ke apa.Psikometrik ni ialah ujian yang berkaitan dengan personaliti kita.Soalan ujian MEdsi ini ada 300 soalan.Haha yang ni memang tak tipu ok aku pun terkejut jugak memang betul-betul rupanya ada 300 soalan dan ko hanya kena jawab dalam masa satu jam tapi lek je dalam masa setengah jam ko dah boleh siap jawab dan terus balik rumah.

Ujian MEdsi ada 4 bahagian:

Bahagian A : Personaliti 110 item
Bahagian B : Minat Kerjaya 60 item
Bahagian C : Nilai Intergriti 70 item
Bahagian D : Kecerdasan Emosi 60 item

Soalan yang ditanya kat aku lebih kurang macam ni je,

-Saya sanggup bekerja walaupun ada rakan-rakan yang tidak menyukai saya
-Saya sanggup mengambil cuti untuk menziarahi rakan yang sakit
-Saya suka menanam pokok
-Saya suka menservis alatan
-Saya suka bercakap di khalayak ramai
-Saya suka menjadi ketua apabila menyertai apa-apa persatuan
-Saya mudah mesra dengan orang lain
-Saya sentiasa mahu menang apabila menyertai pertandingan
-Apabila membaca berita yang menyentuh hati saya akan menangis

Terabur habis dah soalan hehe tak tahu dah bahagian mana but yah macam tulah yang soalan akan tanya nanti.Nak lagi banyak contoh boleh tengok kat sini.Jawapan Ujian MEdsi dalam bentuk objektif.Jawapan dia senang je (tapi soalan dia jelah boleh buat kau dalam dilema sikit) kau hanya perlu pilih satu jawapan;

  • Setuju atau Tidak
  • Ya atau Tidak
  • Sangat Setuju,Setuju,Kurang Setuju atau Tidak Setuju

Masa nak jawab soalan tu kau kena feeling2 yang kau tu cikgu.Jangan main jawab ikut suka hati je.First time aku terpaksa menipu dalam exam.Dalam hal ni takpe kot tipu sunat.Agak sentap jugak aku sebab ada jugak keluar soalan macam ni,"Saya tidak suka berbohong." Paling haru aku terpaksa bagi jawapan menipu untuk soalan tu.Aku pilih 'YA' T_T

Rasa macam sekejap sangat jawab soalan MEdsi.Kemain dalam 2 jam bertolak nak pergi UiTM Machang tapi aku dalam setengah jam jawab terus boleh balik.Tak sangka habis macam tu je lol.Masa tu memang ramai yang keluar awal,aku pun ikut jugak ah haha takkan nak duduk sorang-sorang dalam bilik komputer tu.

Ini baru saringan pertama,kalau lulus ujian MEdsi ini baru kena panggil untuk saringan kedua iaitu temuduga.Harap ada rezekilah untuk aku.Amin.