Archive for May 2016

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


click banner untuk join :)

Hadiahnya : 5 keping poskad DIY by Sally, 5 Key-chain/Fridge Magnet

Mula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) | Tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm)

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

click banner to join :)

Quick + Easy Makeup!

Wahhh aku rasa macam gegirl sangat bila bukak topik pasal makeup ni.Anyway aku nak share dekat korang cara makeup yang sangat cepat,pantas,mudah;kalau korang rasa korang tak pandai makeup langsung pun takpe hari ni terus boleh pandai makeup so don't worry k! (even budak darjah 1 pun boleh pandai makeup) dan lagi satu jimat!Yelah dengan keadaan sekarang harga barang semua nak mahal je ditambah pulak dengan GST jadi kenalah berjimat ye dak?Korang pun tak perlu nak keluar duit satu sen pun.Cakap pung pang pung pang pun tak guna,bila entah Anis Diyana ni nak start.Time is gold y'know?

Ok barang-barang yang kita perlukan pun tak banyak macam kau nak buat cheese cake meleleh leleh tangkap leleh tu.Ini je senarai barang yang kau perlukan:

1. Muka kau
2. Handphone (Nokia 3310 dan sewaktu dengannya dilarang keras)

Apa kejadahnya guna handphone????Alasan yang kukuhnya sebab kau kena download dulu satu apps ni dekat google play store ataupun app store.Apps yang korang kena download tu ialah Makeup Plus.

Hebak betul zaman sekarang makeup pun boleh download je.Silap-silap nanti makanan pun kau boleh download.Apps ni tak boleh nak makeup kau kat alam realiti  pun ok T.T ko paham-paham jelah.Sis mintak maaf.Harap takde sister² kat sini yang patah hati tetiba,nak kecam sis ataupun baling tomato,tak puas hati kita boleh bincang ok?

 

Apa yang interesting sangat dengan Makeup Plus ni? Bila kau guna Makeup Plus,muka kau memang nampak real sangat kena makeup sampai orang lain pun boleh percaya dan mintak tips pulak dari kau eh tapi kalau kau tersilap langkah kau boleh kena bash dengan orang ramai sebab pegi upload pulak kat instagram.Agak-agakla terlebih makeup sampai hidung kau pun tak nampak?Dah macam ghupe si Voldemort pulak.Takmo takmo!

Makeup Plus boleh buat hidung kau daripada tak mancung jadi mancung macam Aishwarya Rai,bibir merah bak delima,bulu mata jadi melentik,bulu kening macam logo Nike dan macam-macam lagi.Nak jadi macam Nora Danish pun boleh,kah!Banyak lagi yang kau boleh discover dalam apps ni tau,trylah sendiri.

Yang kat bawah ni hasil aku punya,tadaaaa!
.

.

.


See?Tahi lalat pun boleh hilang hahaha.Post ini sebenarnya 2 in 1 jugak.Today is my ex roommate's birthday so HAPPY 19TH BIRTHDAY TO ANIS AFIQAH! Korang yang tengah baca ni pun cepat wish kat dia ok?


New look! #3

Ni dah masuk hari keberapa ntah tak sempat nak habaq awal-awal aku tukar template blog hari tu.Last aku tukar template tahun lepas.Tetiba terlebih rajin pulak nak tukar template baru padahal banyak lagi kerja lain nak buat.Kau paham tak bila tengah busy banyak kerja masa tulah baru rajin nak sapu sampah,bagi ayam itik makan,panjat gununglah,kau paham kan?! T.T

before

after

Thanks to Bruna Borges for such a lovely template.Seharian aku edit template ni.Template yang sebelum ni pun aku suka,template yang sekarang ni aku laaaaaagi suka.Aku suka template blog yang lain daripada yang lain and aku suka design blog yang simple macam ni walaupun hakikat sebenarnya aku seorang yang agak complicated kahkah.

Oklah bai!

Book hunting

Hari Isnin lepas aku pergi KL teman abang aku yang ada interview kat sana.Bukan aku dengan abang aku je yang pergi,adik lelaki aku dan kawan abang aku pun ikut jugak.Since kawan abang aku pun ikut jugak tak pasal-pasal aku jadi perempuan melayu terakhir masa tu,kah.

Lepas abang aku hantar adik aku kat kolej dia,dia hantar pulak aku kat rumah mak saudara aku.Aku suka pergi rumah mak saudara aku sebab anak dia kecik-kecik lagi.Aku memang suka budak-budak kecik ni.Paling best dapat buli budak-budak ni ahaha jahat tak haku.

Baru aku perasan kitorang bergambar ikut ketinggian

Ismaiyl ni bapak innocent kot.Aku tipu sikit je dia terus percaya hakjhakj.Aku cakaplah kat dia Tok Mek (nenek aku) panggil dia,dia pun terus pergi kat Tok Mek pastu dengan pelatnya dia tanya Tok Mek kenapa panggil dia.Nenek aku pulak yang blur dengan si Ismaiyl ni haha.

Alya pulak banyak cakap.Aku dah letih plus mengantuk bila sampai rumah mak saudara aku,dah pasang niat awal-awal lagi nak tido je terus bila sampai nanti tapi aku terpaksa melupakan niat murni aku tu dan tahan mengantuk sebab kena dengar si Alya bercerita.Aku rasa Alya ni layak masuk Pertandingan Bercerita.Macam-macam kot dia cerita tapi cerita dia tu semua kisah benar.

Satu hal engko kena tahu budak kecik ni jujur,mana reti nak menipu.Kalau kau nak tahu kau ni cantik ke tak,kau boleh dapatkan jawapan paling jujur daripada seorang budak kecik kehkeh.


Ok aku rasa dah habis dah cerita aku tadi sehari sebagai seorang babysitter.Ekcelli aku teman abang aku pergi KL pun sebab nak habiskan baucar buku aku tu.Sekarang ni musim Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dekat Maeps,Serdang.Jangan ingat aku pergi sana.Aku beli buku dekat Popular @ Wangsa Walk Mall je sebab aku malas nak jalan jauh-jauh.

Berbulu jugak mata aku nak pilih buku-buku yang ada kat Popular tu.Masa aku beli buku tu ada lagi baki dalam RM5 camtu daripada membazir macam tu je RM5 aku atas nasihat hakak cashier aku pun belilah buku resepi ayam tu.Boleh gak aku bagi buku tu kat mak aku pastu suruh mak aku masak sedap-sedap.


Aaaaaa aku dah lama kot nak If I Stay Collection tu akhirnya berjaya jugak beli.Aku pernah tengok movie dia je tapi aku tak beli pun lagi novel dia.Aku baru je baca novel The Day Before-Lisa Schroeder.Aku jamin memang best.Aku agak kichiwa sebab tak jumpa buku Apokalips,kalau kat pesta buku mesti ada jual.Tiba-tiba timbul rasa penyesalan.

Baucar buku aku tinggal RM50,satu lagi RM50 burn sebab aku tersalah tulis nama aku macam mana entah ToT Kalau aku rajin aku buatlah review pasal buku-buku ni nanti tapi kalau aku malas kira takdela ek hoho.Jadi sila doakan aku jadi rajin.