Festival Gen-Q : Naik kuda

Hai.

Biasanya kalau kat rumah aku boleh update blog kat bilik aku tapi disebabkan aku kat kolej jadi aku terpaksa update blog dekat luar bilik.Bilik aku tu macam gua.Line susah namateii nak dapat dalam bilik.Nak guna internet pun tak boleh.Aku rasa bilik aku amatlah sesuai untuk dijadikan tempat study haha.

Tapi best jugak update blog kat luar bilik ni.Angin sepoi-sepoi bahasa petang-petang macam ni.Rasa macam duduk kat tepi pantai namun pada hakikat sebenarnya aku duduk kat kawasan ampaian bilik aku :'D Bolehlah lepas update blog ni aku nak ambik baju aku dekat ampaian.Haaa sambil menyelam minum air kata kooo.

Minggu ni penuh dengan aktiviti sempena festival Gen-Q di kolej aku.Dalam banyak-banyak aktiviti dalam festival Gen-Q ini aku paling suka dengan aktiviti sukan yang dibawakan iaitu menunggang kuda dan memanah.

Aku tabik betullah dengan pihak yang terlibat sebab dapat mngadakan aktiviti macam ni untuk diketengahkan kepada anak-anak muda,lagi pun aktiviti sukan seperti menunggang kuda dan memanah ini kan sunnah Rasulullah SAW.Rasulullah sendiri suruh ajar anak-anak belajar menunggang kuda,berenang dan memanah.

Dengan semangat berkobar-kobar aku pergilah belakang dewan untuk belajar menunggang kuda.Tak sempat nak breakfast apa pun terus pergi.Nasib baik ada Fazlin untuk teman aku.Aku pergi tu pun dah lewat,dah pukul 12 tengahhari dah masa tu.Aku tengok orang ramai dah kemas-kemas barang dah nak balik.Aku ni time orang nak balik baru sibuk-sibuk nak datang :'D


Aku bayar RM5 untuk naik kuda tu.Best wooo dapat naik kuda.Dah lama sangat iols tak naik kuda.Kali terakhir naik masa dekat zoo tu pun masa aku sekolah rendah.Masa nak naik dan turun dari kuda tu macam susah sikit bagi aku.

Aku takut gak nak naik kuda tu,takut dia tetiba mengamuk aku pulak terpelanting dari kuda tu tapi tak pun.It's really a nice horse.Dia ikut je tuan dia pergi mana-mana haha.Kawan aku yang mula-mula penakut nak naik kuda tu last-last aku tengok dia lagi pro bawak kuda tu daripada aku haha.


Kitorang lepas habis naik kuda tu dah penat so lepas lunch terus naik bilik.Tak sempat nak belajar memanah.Apapun terisi jugak hari Sabtu aku dengan aktiviti berfaedah daripada asyik berkurung je dalam bilik haha.



9 comments:

  1. Bestnya dapat tunggang kuda TT^TT Kat sini pun ada kuda. Kuda milik org lain. tak boleh nk tunggang. Ada nampak gak Kuda padi. comel la :3

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa naik kuda ! Tak pernah lg naik kuda. Kuda pun jarang jumpa. ToT

    ReplyDelete
  3. penggunaan font style yang baik. tahniah awak berjaya attract sy baca entry awak

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat naik kuda! awak orang Kelantan juga kan? nice to meet you ^^

    ReplyDelete
  5. fuyooo kmkt makin mantap .. genq siap ada kuda

    ReplyDelete
  6. Wah..adik bestnye dpt naik kuda.salah satu aktivi rasulullah saw.

    ReplyDelete