[REVIEW] Sebamed Lip Defense

Izinkan aku untuk jadi promoter hari ni kuikui.


So hari ni iols nak review satu produk dari Sebamed.Aku rasa korang pun mesti tak asing lagi kan dengan produk berjenama Sebamed ini.Kalau tengok gambar kat atas tu korang dah boleh agak dah kan benda tu apa dah sah² lah bukan gam uhu jauh sekali pinggan mangkuk ye dak?

Masa aku mula-mula pakai braces,aku mengalami masalah bibir kering.Biasanya kalau bibir aku kering,aku biarkan je macam tu tak lama nanti elok lettew tapi nak dekat sebulan tak sembuh² jugak bibir aku.Ini mungkin jugak sebab habit aku yang sebelum ni suka basahkan bibir dengan air liur sebab tak nak bagi bibir kering tapi rupa-rupanya dia makin buat bibir aku kering adalah :'(

Bila bibir kering mulalah senang je nak dapat luka.Pedih kot :'( Nak senyum pun tak konfiden camni.Aku pun cubalah ikhtiar rawat bibir aku guna cara tradisional.Aku tonyoh bibir aku guna madu and halia.Kesan dia mungkin lambat sikit kot atau aku yang jenis tak sabar haha jadi aku fed up aku pun stop guna cara tu.

Akhirnya aku pun singgahlah kat Watsons nak cari lipbalm yang dapat rawat bibir kering aku ni dan aku terjumpa dengan Sebamed Lip Defense :)

Sebamed Lip Defense with SPF 30
Aku dah pernah pakai produk dari Sebamed sebab tu aku percaya dengan produk ni.Aku ingatkan produk Sebamed ni hanya untuk badan dengan rambut je rupanya-rupanya untuk bibir pun ada.

Sampai kat rumah tu aku eksaited nak cuba apply kat bibir aku.Bau dia aku cukup suka dan bila apply kat bibir takde rasa apa pun.Aku recommendkan korang apply lip defense ni sebelum tidur,bila bangun esok pagi tu tentu bibir korang akan rasa lain :) Baru first apply pun bibir aku dah rasa lembut.Sel-sel kulit mati kat bibir aku pun dia buang.Luka kat bibir aku pun cepat je sembuh.Alhamdulillah bibir aku pulih setelah dua minggu aku pakai :D

Aku beli Sebamed Lip Defense dengan harga RM12.50.Aku rasa harga dia sangat berbaloi sebab kesan dia pun memberangsangkan.Lagipun dia pun tahan lama untuk beberapa bulan sebab aku just pakai bila bibir aku kering je.

Sebamed Lip Defense with SPF 30

  • Against the irritating,drying effects of environmental influences
  • Regenerates dry and chapped lips quickly and effectively,alleviating irritation and inflammation with vitamin E and bisabolol (camomile extract)
  • Nurtures sensitive lips with the intensive treatment properties of the essential plant oils and triglycerides,protecting them from dehydration
  • Defends the tender lip tissue with UVA and UVB filters against  sun burn and its consequences

7 comments:

  1. Wahhh nak try lah! Fiqa ada masalah yg sama. Bibir kering :/ Tapi tak selalulah. Hehe.

    ReplyDelete
  2. baru2 ni macam ada tertengok gambo kat FB cakap product SEBAMED non halal. tapi txtahulah semua product ke or juz the soap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nak percaya kalau bagitau kat fb je sebab takut ianya just rumours but thanks for the info :D

      Delete
  3. baru tau la ade lip balm ingat utk kulit sensetip je

    ReplyDelete
  4. bibir kering, minum ar bebanyak ar...

    ReplyDelete