Amboi tajuk entri aku ni,tak pasal-pasal nanti akan mencetuskan gosip daripada banyak pihak.Banyak pulak kontroversi aku nanti errr.Siyesli saya mana ada kekasih hati,buah hati pengarang jantung apa semua saya kan single lagi lalala.
Kekasih hati yang saya maksudkan disini adalah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Saya ada teka teki untuk korang.Bila nabi kita lahir?Ha!Cepat jawab.Ni soalan budak darjah satu pun boleh jawab ni eh dah kenapa baru nak bukak balik buku sirah.Tutup balik buku tu,biar saya yang bagitau.Nabi Muhammad dilahirkan pada hari Isnin,12 Rabiulawwal tahun Gajah.Hari ini Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran nabi Muhammad SAW.Eh tapi hari ni kan 3 Januari *suaradatangentahdarimana* Yelah hari ni memanglah 3 Januari,tapi kalau ikut kalendar islam sejak Maghrib semalam hari ni dah 12 Rabiulawwal 1436 Hijrah.
Jom selawat untuk nabi kita :) Nabi bersabda orang yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya,hadis riwayat At-Tirmizi.Uish sapa tak nak dok dekat dengan nabi?Mari kita perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad :)
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Salam Maulidur Rasul muslims!
"You can't miss someone you've never met."
But I miss you,Ya Rasulullah.
salam maulidur rasul..
ReplyDeleteamboi terkejut tengok tajuk hehe.. salam maulidur rasul walaupun dah lambat~ cantik blog akak lama dah tak jenguk !!
ReplyDelete