Archive for January 2015

Birthday kekasih hati

Amboi tajuk entri aku ni,tak pasal-pasal nanti akan mencetuskan gosip daripada banyak pihak.Banyak pulak kontroversi aku nanti errr.Siyesli saya  mana ada kekasih hati,buah hati pengarang jantung apa semua saya kan single lagi lalala.

Kekasih hati yang saya maksudkan disini adalah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Saya ada teka teki untuk korang.Bila nabi kita lahir?Ha!Cepat jawab.Ni soalan budak darjah satu pun boleh jawab ni eh dah kenapa baru nak bukak balik buku sirah.Tutup balik buku tu,biar saya yang bagitau.Nabi Muhammad dilahirkan pada hari Isnin,12 Rabiulawwal tahun Gajah.Hari ini Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran nabi Muhammad SAW.Eh tapi hari ni kan 3 Januari *suaradatangentahdarimana* Yelah hari ni memanglah 3 Januari,tapi kalau ikut kalendar islam sejak Maghrib semalam hari ni dah 12 Rabiulawwal 1436 Hijrah.

Jom selawat untuk nabi kita :) Nabi bersabda orang yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya,hadis riwayat At-Tirmizi.Uish sapa tak nak dok dekat dengan nabi?Mari kita perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad :)

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Salam Maulidur Rasul muslims! 



"You can't miss someone you've never met."
But I miss you,Ya Rasulullah.

Bantuan Bencana Banjir untuk Maahad Muhammadi Gua Musang

Baru-baru ni saya ada bagitau dah dalam blog ni yang sekolah saya kena banjir.Memang teruk sangat keadaan selepas bah,korang boleh tengok sendiri dalam gambar bawah ni.Kelas yang takda dinding tu kelas saya dulu.Saya jumpa gambar ni sebab ustaz saya yang upload kat facebook dia.Saya rasa bertanggungjawab untuk share pasal ni sebab saya bekas student sekolah ni dulu.Tak sanggup jugak saya tengok adik-adik saya belajar  kat sana dengan keadaan macam tu.Sekolah pulak dah nak bukak tak lama lagi,jadi pihak sekolah sangat sangat memerlukan sumbangan dana anda semua.Bagi peluang untuk anak-anak ini untuk belajar dengan selesa.InsyaALLAH sumbangan itu akan menjadi saham kita di akhirat kelak.Semoga Allah dapat membalas kebaikan anda :') 

 

BANTUAN BENCANA BANJIR YANG MELANDA MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG,KELANTAN


"Kami sangat memerlukan sumbangan dana dalam kadar yang segera,bagi membantu kami untuk membaik pulih kerosakkan yang dialami oleh sekolah kami dalam bencana banjir baru-baru ini."




Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun sekolah:


Bank Islam: 03063010003305



Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang Kelantan
No tel: 09-9120600   No fax: 09-9120603

Mudir (Pengetua): Ustaz Muhammad Khairuddin Ismail
No tel: 016-9869444 / 019-9617909


Happy New Year 2015


Hello.How are you doing guys?It is 1st January 2015 my God we are already in new year tapi kalau ikut yang sebenaqnya dalam kalendar islam dah lama dah sambut tahun baru.Anyway,I don't want to miss this chance to wish you all Happy New Year 2015 *bunyibungaapi* Thanks for the sweet & sour memories for me 2014.Tbh i'm really tired with 2014.I hope 2015 will be nice to me.Biasa tahun baru ada azam baru kan tapi kali ni saya lain sikit.Saya dah malas nak fikir azam untuk tahun ni,saya nak recycle balik je azam-azam beberapa tahun lepas yang masih tak jalan huahuahua.

Umur saya sekarang korang pegi ambik kalkulator ataupun kira guna jari kalau tak cukup jari pegi pinjam jari orang lain apa aku merepek ni == .Umur saya sekarang 17+1=18 tapi tak boleh nak sweet sweet 18 sangatlah sebab birthday lambat lagi.Tunggu bulan 3 nanti okay hihi.Rasa macam tak percaya pun ada bila dah naik umur 18 ni.Yelah masa umur 17 pun sama macam tak percaya jugak.Takpe lettew nanti lama-lama dah boleh terima kenyataan.

Tahun ni it will be different sebab lepas dapat result SPM saya akan masuk matrik,U blablabla... Sebut tentang result SPM yang saya pelik saya tak rasa berdebar dan takut sangat pun YA ALLAH APA DAH JADI DENGAN AKU NI.Em mungkin nanti sehari nak ambik result kot saya mula start nervous haha.Agak-agaknya berapalah result SPM saya tu nanti,harap-harap takda yang teruk.

Macam manalah life kat U tu nanti mesti pening nak pakai baju apa pergi kelas.Ish kesitu pulak dia.Saya ni tak pernah tinggal kat asrama masa sekolah menengah jadi macam manalah rasanya kena tidur sebilik dengan roommate yang lain.Selama ni tidur dengan adik je kat bilik,kita berdengkur kuat pun dia takdenya nak marah lol tapi saya bukan macam tu okay.Nak kena cari kawan baru pulak bila kat U nanti.Biarlah tak ramai kawan pun asalkan tak forever alone kat sana.




Ilalliqa'.