Jenis manusia bila nak exam tahun depan


*Nama-nama watak yang disebutkan dibawah takda kaitan sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. 

Jenis manusia bila nak exam tahun depan:

1)"Alamak,tahun depan aku exam SPM.Jadi tahun ni kena enjoy puas-puas sebab next year memang tak bolehlah nak enjoy lagi macam ni.Form 4 ni kan tahun honeymoon.Kita happy² jelah dulu buat apa nak stress²." -Peah

2)"Memandangkan tahun depan aku exam PT3,aku rasa lepas ni aku tak nak online lagi dah Facebook,Twitter dan Instagram.Blog aku rasa aku nak privatelah.Mesti ramai rindu kat aku lepas ni uhuk.Phone ni aku akan serahkan kat mak bapak aku.Aku akan guna bila perlu je.Laptop pulak aku nak simpan dalam peti besi pastu sorok bawah katil biar aku tak boleh nak jumpa." -Kiah

3)"Tahun ni kena study betul-betul,no honeymoon².Aku kan SPM tahun depan. Cuti sekolah ni memang kena cover balik Fizik,Kimia,Biologi dan Addmath.Subjek-subjek lain?Mana boleh letak tepi.Aku kena adil dengan semua subjek.Eh,macam poligami lak kena adil dengan isteri-isteri. -Pelajar Cemerlang 2015


4)"Ya Allah bosannya kat rumah ni tak tahu nak buat apa.Eh,bukan ke aku exam tahun depan apasal aku tak pegi study je?" -Joyah


5)"Tahun depan kita exam UPSR.Abang² dan kakak² yang pernah ambik UPSR dulu cakap, "Alah setakat nak dapat 5A UPSR senang je pon.Nanti kau naik sekolah menengah lagi susah dik.Kau dapat lulus subjek pun kau dah bersyukur tahu." Lega kita dengar.Kita study last minute pun takpe kot.Oklah kita nak tengok Doraemon." -Baby

Ha, rasa-rasanya korang yang mana satu?

Good luck for you guys yang akan ambik exam tahun depan.Saya saja nak wish awal-awal nak bagi korang ni semangat sikit nak exam tahun depan,eh ke aku makin buat korang nervous?Itupun suatu kesengajaan kedua yang saya sengaja buat jugak tau hahaha.


6 comments:

  1. Haaaaaaaa! Saya suka blog awak! Thumbs up! -Minah Gedik

    ReplyDelete
  2. @Budowp Mekka heh,kat twitter pun awak kacau saya kat sini pun awak nak kacau saya jugak?

    ReplyDelete
  3. Hehe..bese kalo ckp camtuh, thn dpn pon lom start lagi.. Nk dkt hujg2 baru nk mgelabah..huhu..

    ReplyDelete
  4. @Miss Yana pastu mulalah menyesal sebab study last minute haha

    ReplyDelete
  5. hahahaha so trueee tak yah cakap memang semua org gitu hahaha

    ReplyDelete
  6. one thing for sure I'm not the number 3 kind of person hahaha ha *cries* QAQ

    ReplyDelete