Lepas habis SPM,saya fly pergi Sabah.Abah beritahu nak gi Sabah pun masa saya nak dekat habis SPM.Kenapalah abah bagitau awal-awal,buat aku tak tenang je dalam dewan SPM asyik teringat Sabah.Naik flight dari KLIA ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport).Sampai dekat Kota Kinabalu masa petang.First day tak buat apa sangatlah,duduk dalam hotel je dan keluar makan kat luar lepastu tidur.Subuh kat sini awal tak macam semenanjunglah.Pukul 4.45 pagi pun dah subuh dah.
Ini laut yang menjadi laluan utama kapal terbang.Memang selalulah kapal terbang lalu kat sini.Ada bot laju tapi tak berkesempatan nak naik.Memang laju ah bot tu.Aku yang tengok pun rasa seram.
Pergi shopping complex,dapat beli cover phone baru hehe.Lepastu keluar dari shopping complex, jalan sikit nampaklah ada pasar jual air kelapa.Minum air kelapa dulu :)
Kalau nak tahu Sabah memang terkenal dengan ikan masinnya,jadi rugilah kalau tak beli bah.Kat Sabah ni ada satu pasar besar yang jual ikan masin.Bukan ikan masin je tau ada sotong masin,ikan bilis dan macam-macam lagi.Jadi kalau datang Sabah belilah ikan masin untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang hehe.
Ni tauke ikan masin.Takde ah,dia ni adik saya kena jadi model ikan masin jap.
Next day,pergi Kundasang!Dua jam jugak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang.Kalau bertolak awal,ada kesempatanlah nak tengok Gunung Kinabalu.On the way perjalanan ke Kundasang ni kalau korang nak berhenti makan tepi jalan ni susah sikitlah nak jumpa makanan yang halal.Babi salai jual tepi jalan tu perkara biasa.Bawak bekallah awal-awal lagi takut lapar.
Bila sampai Kundasang,berhenti kat kedai yang jual cenderamata.Ada macam-macamlah yang dijual disini ada baju,keychain,beg dan frame.
Gambar yang ni dekat Pekan Nabalu Kota Belud,dekat Kundasang jugak ni.Kat sini sebenarnya dah boleh nampak Gunung Kinabalu but that awan covered Gunung Kinabalu so tak nampaklah.Rugi betul!Abah cakap sepatutnya bila sampai Kundasang terus pergi sini sebab masa tu boleh lagi nampak Gunung Kinabalu.Tunggu beberapa minit awan tak bergerak pun ke tempat lain so we decided pergi ke destination yang seterusnya.
Kat mana ni?I dekat New Zealand ke?Hahaha no lah.This is Malaysia!Masa ni saya pergi Desa Dairy Farm hehehe tengok lembu.Apa yang best sangat kat sini?Lembu kat sini lain tau bukan macam lembu kat kampung kita tu.Ni lembu macam kat luar negara alah macam kat New Zealand yang ada tompok hitam putih tu.
You don't have to go to New Zealand to see this.We have this in Malaysia :D
Kat sini ada jugak jual susu lembu.Asyik minum Dutch Lady je,jom pulak cuba minum susu dari Desa Dairy Farm,terbaik dari ladang punyalah!Kita jugak boleh tengok milking process.Korang boleh tengok kat gambar atas tu.Saya baru tahu sekarang dah tak guna tangan untuk perah susu,people sekarang guna mesin.Wahhh,aku ni memang tak ikut perkembangan semasa betullah.
Yang bestnya kat Desa Dairy Farm,kita boleh tengok Gunung Kinabalu.Yeyy!Nampak tak yang kena kerumun dengan awan tu,itulah Gunung Kinabalu kalau korang nak tahu.Memang scenery kat Desa Dairy Farm ni memang cantik sangat memang sesuailah kalau korang nak gi sana untuk wedding photo,shooting and so on sebab dah macam kat New Zealand.Kat Desa Dairy Farm jugak boleh tengok anak lembu tapi saya tak sempat nak berbuat demikian sebab dah kena balik sebab hari dah nak hujan kena angkat baju dekat ampaian,eh.
Last day kat Sabah,dah nak kena balik T____T Tapi flight malam jadi ada masa lagi nak round satu Kota Kinabalu.Gambar kat atas ni bangunan Yayasan Sabah.Saya biasa tengok dalam tv je bangunan ni tapi kali ni dapat tengok depan mata lagi nampak 3D.
Ini pemandangan dari atas di Signal Hill Observatory Tower of Kota Kinabalu.Agak berangin disini.Pashmina saya asyik nak terbang je seb baik saya pegang kuat-kuat.Yang belakang bangunan warna kuning tu nampak tak ada laut belakang tu?Cantik kan?
Ini Pantai Tanjung Aru,dekat aje dengan KKIA.Ombak kuat kat sini siap pakej dengan angin yang kuat.Hati-hati dengan tudung korang gegirl sekalian takut terbang dek angin hahaha.
Sabah memang saya nak cakap memang bestlah!Banyak lagi tempat yang best kat Sabah yang saya tak sempat nak lawat macam Sepilok sebab tak cukup masa lagipun Sepilok jauh sikit dari Kota Kinabalu.Memang kena bermalam kat sanalah kalau nak gi sana.
Ilalliqa.
akak ari tu pi pun rasa nk pi lagi ... tp waktu mlm kat kundasang paling besh .. bkn sbb sunyi nye tp sbb sejuk yg amat .. pg2 rasa tak mo mandi ... water heater rasa cam air ais je tau ..... besh ....
ReplyDeletetak review gerai jual sayur kundasang can kat CH ??
bestnya sabah. pernah pergi tapi tak sempat pergi semua tempat T^T
ReplyDeleteMasa awak gi sabah haritu saya pula pegi kelantan hewhew. Saya org sabah and saya pun baru habis spm :)
ReplyDelete@eima anis pergi kundasang waktu siang,tapi time siang pun kundasang sejuk jugak brrr.
ReplyDelete@Miss Xyz kan?sedih en,banyak sangat tempat best kat sabah
ReplyDelete