Apa yang tak best bila anda seorang yang rabun?



Assalamualaikum,hai korang!

Ada sesiapa kat sini yang pakai cermin mata ataupun yang rabun tapi sekejap pakai cermin mata sekejap tak,sila angkat tangan laju-laju!

Sekarang ni kita tengok dah ramai kan orang yang pakai cermin mata tak kiralah orang tu rabun ke tidak.Cermin mata ni dah macam trend zaman sekarang.Orang yang tak rabun pun boleh pakai cermin mata tapi takda power.Kadang-kadang boleh tertukar jugaklah dia ni rabun ke tak sebenarnya,dia ni nak apa sebenarnya.Eh.

Saya mula pakai cermin mata masa saya darjah 6.Heh,masa tu ingat macam bestlah pakai cermin mata ni,jeles tengok orang lain pakai cermin mata dia pun sibuk nak pakai jugak.Last-last elok elok tak rabun jadi rabun.Padan muka diri sendiri wuuuu.Mesti korang pun ada jugak macam saya kan,mempunyai sifat ingin mencuba yang menebal dalam diri pastu mulalah cuba-cuba pakai cermin mata abahlah,atuklah,neneklah.

Pakai cermin mata ni ada bestnya,ada jugak yang tak best.Apa yang bestnya?Hahaha,ni nak bagitau.Yang bestnya bila pakai cermin mata ni makcik-makcik,pakcik-pakcik,kawan,cikgu akan cap dia ni budak baik,rajin baca buku,pandai,genius blablabla.Saya tak rasa saya macam tu kot.Kalau budak baik tu em saya boleh terima lagilah tapi kalau rajin baca buku?Err,aku rajin tengok tv je kot.

Eh,nampaknya kita dah tersasar dari point kita yang sebenar ni ishh asal tak bagitau.Back to our main point,apa yang tak best bila anda seorang yang rabun?

  Bila makan atau minum benda yang panas,automatik cermin mata berkabus.

Ha,ni kalau korang makan mi sup panas-panas takde tunggu sejuk sikit tu memang berkabuslah cermin mata korang tu.Kadang-kadang nak minum teh panas pun jadi macam tu jugak.Nak makan pun rasa tak syok gitu,nak makan lagi,nak lap cermin mata lagi.Rasa macam makan sambil pejam mata tahu.


  Kena ejek

Ini memang lumrah kehidupan si rabun.Saya pernah jugak kena ejek.Tipu der kalau gua cakap tak pernah der.Saya pernah kena ejek nerd dan "mata empat".Saya selalu membayangkan alien yang tinggal kat planet entah mana-mana je ada mata empat rupa-rupanya manusia pun ada jugak mata empat.Kenapa mata empat?Mata+cermin mata= mata empat.Paham tak matematik ni?Tapi saya tak kisahlah orang nak cakap saya nerd ke mata empat ke,yang penting hati saya kiut dan saya bahagia lalala~~~


  Bila keluar dari kereta yang pasang aircond,cermin mata berkabus

Ni saya tak suka bila pagi-pagi dah tertinggal van pastu my mum kena hantar saya pergi sekolah pastu hahh kauu keluar dari kereta dah kenapa cermin mata ko berkabus tu.Malu,malu.


  Bila jalan dalam hujan,cermin basah.

Kalau kereta bila hujan boleh je guna wiper tu haaa.Kalau kita manusia yang rabun ni,bila jalan dalam hujan,cermin basah pun kena lap guna tangan jelah.Kalaulah cermin mata ni ada wiper,takpun ada bumbung,kalau hujan ke taklah basah cermin hahaha tinggi betul pemikiran aku ni.


Walaupun Allah dah tarik penglihatan kita,Allah tetap bagi kita peluang kedua untuk melihat dengan menggunakan cermin mata.Alhamdulillah.Jadi,jaga mata korang baik-baik dan guna baik-baik!Bukan mata je,semualah anggota badan kita.Take care! :)


Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?



9 comments:

  1. oooo..now Ain dah faham perasaan Puan Specky..hehe..

    ReplyDelete
  2. @Ain Syahirah miss okay,i'm not married yet lah ain!!

    ReplyDelete
  3. dulu saya teringin pakai spek sebab nampak macam pandai hahaha.

    tapi bila lama lama bersyukur gila tak rabun. nak p mana pun senang takyah cari spek hehe

    ReplyDelete
  4. @Anis Farhana kannn,kalau tersalah letak sikit nak kena carilah.Kalau tak pakai spek nanti tak nampak lak

    ReplyDelete
  5. saya! saya! masih beginner.. umo da 20.. hmmm... sebab selalu sangat ngadap lappy dalam gelap. mata rosak.. hmmm

    ReplyDelete
  6. cermin mata berkabus tu hahahahaa adeh. betul sangat

    ReplyDelete
  7. kire ok rabun biase klu tiga rabun dalam 1 mcm mn
    cth: rabun jauh, rabun warna, rabun silau
    kire ssh gak nk melihat walau pon rabun nk bace kene mintak tlg owg bacekn sbb kli bce lame2 pening

    ReplyDelete