Apa itu migrain?



Hai dan Assalammualaikum

Ada beberapa paper sahaja lagi yang tinggal!Yuhuuuu,minggu depan cuti!Semalam kan,terkejut saya tengok group BBB aka Budak-budak bloggers kena hack .Okay,malas nak comment banyak-banyak pasal ni.Tak ramai yang dah post kat sana sebab ramai yang dah leave group tu -,-

Just now,saya pegi googling cari maklumat pasal penyakit migrain ni.Dulu tak pernah kot saya sakit kepala ni kan.Sungguh saya kata,bila sakit kepala ni memang sakit >< .Saya jumpa maklumat ni dekat sini .Saya ringkaskan sedikit supaya korang tak rasa malaih nak baca :p

1)Migrain sering kali dikaitkan sebagai sakit kepala
2)Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
3)Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala

Migrain ni ada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura.Aura ialah perasaan atau fenomena subjektif dialami oleh individu sebelum dia diserang penyakit seperti contoh pandangan seseorang itu akan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig zag ataupun gelombang seperti dia alami semasa berada di jalan dalam cuaca panas terik.

Ada juga yang tak dapat aura dan terus dapat migrain.Sakitnya berdenyut-denyut dan berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih.Benda ni berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

Hahh,yang saya bold tu kan saya pernah alami macam tuh uh.Bila sakit kepala kan,saya tidur.Hahah,sebab dengan cara tu sakit kepala saya hilang.Cuma bila kat sekolah,saya bubuh ubat cap kapak ja.Hehe.

Faktor migrain ;
Jadi,kalau korang nak elakkan penyakit migrain ni,korang kenalah buat senaman ringan.Jangan stress sangat,tenangkan fikiran korang.Kalau yang suka sangat minum minuman berkafein tu,kalau boleh cuba elakkan :)

Okay,itu sahaja.Sekian terima kasih.

6 comments:

  1. huhuu~ trimas 4 share it! kwn2 aku bnyk yg sakit kpale~ tapi, aku tak penah la~

    ReplyDelete
  2. abg pun migrain.x best btl.kurg macho..:(

    ReplyDelete
  3. saya ada migrain.
    nyampah bila migrain tu datang tanpa diundang! huh

    ReplyDelete
  4. @Zaf98
    samasama,hehe :D

    @Abg Stalker
    ohh,baru tahu. :))

    ReplyDelete
  5. @ fany wany
    sakit gila kan? :(

    @amirahyusoff
    hehe :3

    ReplyDelete