Saya rasa..

#Saya minta maaf kalau saya buat salah :)


Assalammualaikum dan hai.

Dari hati saya yang ikhlas,saya rindu kawan-kawan sekolah saya.Rindu kucing saya,rindu kawan-kawan lama kat Pahang dulu.Rindu Ain,Intan,Ekah,Farah,Noni,Najihah.Rindu geng geng SKSW (Anis,Sarah dan Solihah) Rindu semua budak-budak 6 Arif.Teringat pulak peribahasa entah hape-hape budak lelaki saya reka dalam kelas tadi,depa kata 'Bila hati sudah rindu,makan nasi rasa budu'.Entah apa-apa.Sekali lagi,entah apa-apa. <--Pehal?

Dalam kelas saya takda pun kawan rapat yang sekolah dekat SKSW.Depa semua dah piiiiiiiiiiiii jauhh.Ahhh,kalau macam ni lepas saja saya dapat 9A PMR nanti nak blah jauh jauh lah T___T

Semalam ada kakak pengawas ne panggil saya dan Hanan & Ain pegi bilik disiplin.Err,tak rasa takut pun sebab dah agak dah ada sumthing ni.Saya ni budak baik,manalah ada buat kesalahan disiplin.Kay,lempang kang!Muehehe.Ustaz lantik kami tiga orang jadi pengawas untuk tahun 2012 ni.Entah betul ke tidak.Kalau bukan pun,lantoklahhh.Saya rasa tak yakin je sebab saya rasa macam tak boleh nak laksanakan tanggungjawab tu.Macam berat sangat tau :( Dah lama tak jadi pengawas ni, kali terakhirnye pun masa sekolah Pahang dulu.Tapi jadi pengawas kat sekolah rendah taklah mencabar sangat.Kalau sekolah menengah ni paham-pahamlah kan,banyak cabarannya.Ops,silap.Banyak cabarannyeewww #Sempat lagi buat lawak

Okey tu sahaja.Entri ni luahan perasaan saja sebenarnya.Oh oh,hanan kata saya nampak matured dengan spek baruuu ni.Mekacihhhhhhh XD

p/s :Saya perlukan udara yang segar untuk bernafas.

Leave a Reply