Showing posts with label DIY. Show all posts

DIY:Durian Crepe @ Durian Pancake


Kepada penggemar durian di luar sana,

Nah amekkauu durian crepe @ durian pancake ni.Eh acano nak sebut 'crepe' ni ek dah tergeliat dah lidah nak menyebutnya,huhu.K takpe.

Tika dan saat ini saya mahu bagi resepi untuk buat durian crepe @ durian pancake.Resepi ini saya copypaste bulat-bulat dari sini.Menjadi ke tidak,InsyaALLAH jadi ^^ .Ekcelli saya tak pernah buat lagi durian crepe ni hahaha atas sebab-sebab yang tertentu hahahahah (ngaku jelah anis woiiii-shut uppp! ==")

Baiklah,jom kita mu...mu..mulakan! :D 

Bahan-bahan crepe;

 250g gandum
 3 biji telur
 500 ml santan
 1 sudu teh esen pandan
 1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara-cara;

1.Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau
2.Masukkan dalam blender dan blend.Kemudian tapis.
3.Sediakan kuali leper non stick.
4.Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5.Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe.Tak perlu diterbalikkan.
6.Buat sampai habis adunan.

Bahan-bahan filling;

1.Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2.Asingkan isi durian dengan biji.Lumatkan sedikit.

Cara-cara bungkus crepe;

1.Bentangkan 1 keping crepe.
2.Letakkan whiping cream.
3.Letakkan isi durian.
4.Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5.Lipat crepe.Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Fehhh -____- Kemain gigih saya salin satu persatu tu tau.Oklah,sampai disini sahaja. (Saya rasa blog ni dah macam blog mak-mak la pulak.) Selamat mencuba uolls! ^___^