Eksperimen terakhir aku untuk sem 2 ni which is aku kena dissect tikus.Aku rasa makmal biologi matrik aku dah berhantu sejak student dia kena bedah tikus hari tu haha.Lepas ni takde dah tiap-tiap minggu 'study' lab report je,boleh fokus untuk pspm 2 ni pulak.
Kesian kelas lain lecturer diorang suruh buat lab report untuk eksperimen ni tapi kelas aku tak kena buat pun.Semoga rezeki madam mencurah-curah hehe.Lab coat tu pun dah berapa kurun tak basuh agak2 dah boleh dah kot basuh dan simpan dalam locker buat hiasan.
Aku pair dengan Nisha untuk eksperimen ni.Eksperimen bio kali ni seronok sikit sebab tu orang lain jadi cergas je tak macam eksperimen sebelum ni,time buat eksperimen pun mengantuk lagi sebab bosan haha.Tapi yang aku tak seronok pasal eksperimen ni sebab aku geli jelah nak dissect tikus tu,bagilah binatang tu kecik atau besar macam gajah sekalipun aku tetap rasa geli.
Kalau bukan sekarang bila lagi aku nak feeling2 jadi doktor bedah kan?Nak apply jadi doktor macam tak lepas dah haku ni so it's time!!!Nasib tikus tu comel.Jauh pulak tu tikus tu datang,madam cakap tikus tu beli kat Pulau Pinang.
Luckily I have Nisha so dia yang start dissect tikus tu dulu.Go Nisha go!Aku dengan Nisha dapat tikus jantan.Tikus tu awal-awal lagi dah dibius supaya pengsan jadi mudahlah sikit kerja kitorang.
Tayang hasil karya masing-masing kekeke
Walaupun kitorang dah bedah tikus tu,the miracle is jantung tikus tu still lagi boleh berdegup.Dalam gambar tu memanglah tak nampak dia berdegup langsung kan -_-Madam aku ada explain pasal ni tapi manusia pelupa macam aku ni hari ni cakap esok dah lupa balik so lu fikirlah sendiri.
Aku dengan Nisha advance sikit sampai kitorang bedah kepala tikus tu.Dapatlah tengok otak tikus tu.Madam pun tak kisah actually kitorang nak buat apa dengan tikus tu as long as kitorang nak belajar.After dah siap dissect tu kitorang kena take out semua organ dalam badan tikus tu.Terima kasih hencik tikus kerana telah berkorban untuk kami.Jasamu akan kukenang selalu.