Archive for December 2012

Memori 2012 saya

Status : Aku nak makan.

Ini senarai memori sweet n sour saya sepanjang 2012 ini ;

-Kena denda ketuk ketampi dengan senior,kena junjung talam masa usrah kepimpinan dulu T_T

-Stress sebab kena buat kertas kerja untuk satu program nih........tapi program tu last2 tak jadi.!@#%%^&*

-Result peperiksaan penilaian 1 & 2 dapat teruk.Sampai guru kelas tanya, 'Kenapa teruk sangat result periksa awak ni?' Sedih punya soalan.

-First time masa peperiksaan penilaian 1 atau 2....subjek Al-Quran saya dapat GAGAL.

-Kena denda di luar kelas dengan kerusi diletakkan di atas kepala di bawah cahaya matahari sebab gagal subjek Al-Quran tadi lah.Dahsyat woooo.

-Bekalan internet tiada lepas saja habis raya Aidilfitri.Sungguh cedih.That's why lama sangat tak update blog ha ha.Abah memang saja buat macam ni sebab nak suruh saya study untuk PMR T______________T

-Sepanjang peperiksaan PMR dijalankan,saya jatuh sakit he he.Dan saya masih ingat sampai sekarang esoknya nak periksa Sains tapi saya tertidur sebab badan rasa letih sangat :( Bila bangun ja dah pukul 11.00 malam ah memang tak sempat dahlah nak belek buku.Tapi Alhamdulillah tak sangka soalan periksa Sains sekacang itew ,hihik.

-Dugaan kali kedua semasa exam PMR,cermin mata patah kena pijak dengan diri sendiri.Sebabnya,main guling-guling atas lantai.Tapi saya menjerit kegembiraan!!!!!!!!!!!Sebab saya dapat beli cermin mata baru,yehuuuuuuuuu!!!!!!!Tak sia-sia main guling-guling dengan Ain ha ha.Lepas habis exam Pendidikan Islam terus report dekat mak yang cermin mata dah patah.Mujur mak saya tak komen pape dia terus je gi kedai cermin mata dan buat cermin mata barulah.Cermin mata bingkai penuh kaler merah menjadi pilihan hati ku.Kuikuikui.

-Hari terakhir sebelum mudir kasi cuti free (sebab PMR dah habis)saya,Ain,Eka dan Basirah pegi makan maggi sup.

[Eka takde,dia tukang ambik gambar.]

-Saya menangis sebab result PMR tak jadi keluar 19/12 .Sekolah saya tak macam sekolah orang lain yang boleh ambik awal result PMR depa.Jealous much.

-Mentor@Guru BI@papa saya orang yang pertama beritahu saya yang saya dapat 9A PMR di facebook beliau,huhu.Ya Allah,gembiranya rasanya.

Sempat lagi sir buat lawak ha ha.

-20 Dis 12,Khamis.Saya pegi ambik result PMR saya.Baru je semangat nak ambik result tiba-tiba cikgu cakap awak ni tak bayar hutang lagi blablabla hahadoiii.

[With le girls of 3 Mekah lepas dah ambik result PMR]

Hahh, tu baru sikit je,sebenarnya  ada lagi cuma malas nak taip .
Memang saya tak nafikan,tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi diri saya sendiri.

2013,saya berharap kenangan indah akan tercipta sekali lagi.Berusahalah!!!!!

Yang Yoseob chibi for Hui


Yehuuuu this is my second chibi ^0^ Memperkenalkan~~~Yang Yoseob dalam mv terbaru beliau yang bertajuk "Caffeine".Chibi ini my sister yang mintak suruh saya lukis untuk birthday kawan dia,Hui namanya.Saya pun lukis ajolah.Soooo...........HAPPY BIRTHDAY TO HUI! XD

KAWAII GIVEAWAY by MImie & Isha


Tarikh tamat giveaway : 25 Januari 2013

Sukacita dimaklumkan kalaulah saya menang giveaway ni *ehem* saya nak Keychain Domokun .Tapi kalau dapat yang lain pun tak kisah *bunyi macam sedih jer,uhuu*

Jadi,

Saya nak tag Nurul Basyirah dan kawansayayanggilagiveaway ini iaitu Ain.

Okay,tata!

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

"Tarikh giveaway wak bermula dari 22 Dis 2012 hingga Sabtu,5 Jan  2013 (12.12 pm)"

Kuingatkan tadi iPhone tapi ghupenye iPod.Secondhand pun secondhandlah,pejam mata je buat-buat tak nampak.Harharr.Jomlah join :)

Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.x.z.h.a ™

THIS THIS!!Must join!!!

Tarikh tutup: 31 Dis 2012 (11.59 mlm )

Hadiah : 3 blogger bertuah akan dapat Banner Doodle dari Niesa berserta review blog.

Lalalala,saya berharap saya termasuk dalam 3 blogger bertuah tu~
Tag : Ain

LiesAzemi first GiveAway

Dengan ini..............................................................................

....................................

.....................

...

SAYA JOIN GIVEAWAY INI!!!!!

Saya mahu tag Ema.

Sekejap,let's take a look kat hadiah-hadiahnya dulu.Bersedia untuk tahan air liur okay.

Hadiah-hadiah


 Ladybird felt bookmark
 Hair scarf felt
 Felt keychain with name
 Felt mini pillow
 Satin polka dot shawl
 2xRM5 any mobile network top up
 Felt mini owl 
*Hadiah akan diupdate dari semasa ke semasa*

So what are u waiting for huh?Jomlah join ^___^

DIY:Durian Crepe @ Durian Pancake


Kepada penggemar durian di luar sana,

Nah amekkauu durian crepe @ durian pancake ni.Eh acano nak sebut 'crepe' ni ek dah tergeliat dah lidah nak menyebutnya,huhu.K takpe.

Tika dan saat ini saya mahu bagi resepi untuk buat durian crepe @ durian pancake.Resepi ini saya copypaste bulat-bulat dari sini.Menjadi ke tidak,InsyaALLAH jadi ^^ .Ekcelli saya tak pernah buat lagi durian crepe ni hahaha atas sebab-sebab yang tertentu hahahahah (ngaku jelah anis woiiii-shut uppp! ==")

Baiklah,jom kita mu...mu..mulakan! :D 

Bahan-bahan crepe;

 250g gandum
 3 biji telur
 500 ml santan
 1 sudu teh esen pandan
 1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara-cara;

1.Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau
2.Masukkan dalam blender dan blend.Kemudian tapis.
3.Sediakan kuali leper non stick.
4.Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5.Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe.Tak perlu diterbalikkan.
6.Buat sampai habis adunan.

Bahan-bahan filling;

1.Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2.Asingkan isi durian dengan biji.Lumatkan sedikit.

Cara-cara bungkus crepe;

1.Bentangkan 1 keping crepe.
2.Letakkan whiping cream.
3.Letakkan isi durian.
4.Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5.Lipat crepe.Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Fehhh -____- Kemain gigih saya salin satu persatu tu tau.Oklah,sampai disini sahaja. (Saya rasa blog ni dah macam blog mak-mak la pulak.) Selamat mencuba uolls! ^___^


Baby Lauren chibi


Meet baby Lauren der~

Yang kat bawah ni chibi Baby Lauren.I drew this a couple days ago.Saya rasa dia sangat comel k.
Nampak macam chibi ke?Idk.Btw,lama betei private blog .__. Adakah saya sorang je ke yang perasan semua ini? Harharr :B