Archive for 2012

Memori 2012 saya

Status : Aku nak makan.

Ini senarai memori sweet n sour saya sepanjang 2012 ini ;

-Kena denda ketuk ketampi dengan senior,kena junjung talam masa usrah kepimpinan dulu T_T

-Stress sebab kena buat kertas kerja untuk satu program nih........tapi program tu last2 tak jadi.!@#%%^&*

-Result peperiksaan penilaian 1 & 2 dapat teruk.Sampai guru kelas tanya, 'Kenapa teruk sangat result periksa awak ni?' Sedih punya soalan.

-First time masa peperiksaan penilaian 1 atau 2....subjek Al-Quran saya dapat GAGAL.

-Kena denda di luar kelas dengan kerusi diletakkan di atas kepala di bawah cahaya matahari sebab gagal subjek Al-Quran tadi lah.Dahsyat woooo.

-Bekalan internet tiada lepas saja habis raya Aidilfitri.Sungguh cedih.That's why lama sangat tak update blog ha ha.Abah memang saja buat macam ni sebab nak suruh saya study untuk PMR T______________T

-Sepanjang peperiksaan PMR dijalankan,saya jatuh sakit he he.Dan saya masih ingat sampai sekarang esoknya nak periksa Sains tapi saya tertidur sebab badan rasa letih sangat :( Bila bangun ja dah pukul 11.00 malam ah memang tak sempat dahlah nak belek buku.Tapi Alhamdulillah tak sangka soalan periksa Sains sekacang itew ,hihik.

-Dugaan kali kedua semasa exam PMR,cermin mata patah kena pijak dengan diri sendiri.Sebabnya,main guling-guling atas lantai.Tapi saya menjerit kegembiraan!!!!!!!!!!!Sebab saya dapat beli cermin mata baru,yehuuuuuuuuu!!!!!!!Tak sia-sia main guling-guling dengan Ain ha ha.Lepas habis exam Pendidikan Islam terus report dekat mak yang cermin mata dah patah.Mujur mak saya tak komen pape dia terus je gi kedai cermin mata dan buat cermin mata barulah.Cermin mata bingkai penuh kaler merah menjadi pilihan hati ku.Kuikuikui.

-Hari terakhir sebelum mudir kasi cuti free (sebab PMR dah habis)saya,Ain,Eka dan Basirah pegi makan maggi sup.

[Eka takde,dia tukang ambik gambar.]

-Saya menangis sebab result PMR tak jadi keluar 19/12 .Sekolah saya tak macam sekolah orang lain yang boleh ambik awal result PMR depa.Jealous much.

-Mentor@Guru BI@papa saya orang yang pertama beritahu saya yang saya dapat 9A PMR di facebook beliau,huhu.Ya Allah,gembiranya rasanya.

Sempat lagi sir buat lawak ha ha.

-20 Dis 12,Khamis.Saya pegi ambik result PMR saya.Baru je semangat nak ambik result tiba-tiba cikgu cakap awak ni tak bayar hutang lagi blablabla hahadoiii.

[With le girls of 3 Mekah lepas dah ambik result PMR]

Hahh, tu baru sikit je,sebenarnya  ada lagi cuma malas nak taip .
Memang saya tak nafikan,tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi diri saya sendiri.

2013,saya berharap kenangan indah akan tercipta sekali lagi.Berusahalah!!!!!

Yang Yoseob chibi for Hui


Yehuuuu this is my second chibi ^0^ Memperkenalkan~~~Yang Yoseob dalam mv terbaru beliau yang bertajuk "Caffeine".Chibi ini my sister yang mintak suruh saya lukis untuk birthday kawan dia,Hui namanya.Saya pun lukis ajolah.Soooo...........HAPPY BIRTHDAY TO HUI! XD

KAWAII GIVEAWAY by MImie & Isha


Tarikh tamat giveaway : 25 Januari 2013

Sukacita dimaklumkan kalaulah saya menang giveaway ni *ehem* saya nak Keychain Domokun .Tapi kalau dapat yang lain pun tak kisah *bunyi macam sedih jer,uhuu*

Jadi,

Saya nak tag Nurul Basyirah dan kawansayayanggilagiveaway ini iaitu Ain.

Okay,tata!

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

"Tarikh giveaway wak bermula dari 22 Dis 2012 hingga Sabtu,5 Jan  2013 (12.12 pm)"

Kuingatkan tadi iPhone tapi ghupenye iPod.Secondhand pun secondhandlah,pejam mata je buat-buat tak nampak.Harharr.Jomlah join :)

Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.x.z.h.a ™

THIS THIS!!Must join!!!

Tarikh tutup: 31 Dis 2012 (11.59 mlm )

Hadiah : 3 blogger bertuah akan dapat Banner Doodle dari Niesa berserta review blog.

Lalalala,saya berharap saya termasuk dalam 3 blogger bertuah tu~
Tag : Ain

LiesAzemi first GiveAway

Dengan ini..............................................................................

....................................

.....................

...

SAYA JOIN GIVEAWAY INI!!!!!

Saya mahu tag Ema.

Sekejap,let's take a look kat hadiah-hadiahnya dulu.Bersedia untuk tahan air liur okay.

Hadiah-hadiah


 Ladybird felt bookmark
 Hair scarf felt
 Felt keychain with name
 Felt mini pillow
 Satin polka dot shawl
 2xRM5 any mobile network top up
 Felt mini owl 
*Hadiah akan diupdate dari semasa ke semasa*

So what are u waiting for huh?Jomlah join ^___^

DIY:Durian Crepe @ Durian Pancake


Kepada penggemar durian di luar sana,

Nah amekkauu durian crepe @ durian pancake ni.Eh acano nak sebut 'crepe' ni ek dah tergeliat dah lidah nak menyebutnya,huhu.K takpe.

Tika dan saat ini saya mahu bagi resepi untuk buat durian crepe @ durian pancake.Resepi ini saya copypaste bulat-bulat dari sini.Menjadi ke tidak,InsyaALLAH jadi ^^ .Ekcelli saya tak pernah buat lagi durian crepe ni hahaha atas sebab-sebab yang tertentu hahahahah (ngaku jelah anis woiiii-shut uppp! ==")

Baiklah,jom kita mu...mu..mulakan! :D 

Bahan-bahan crepe;

 250g gandum
 3 biji telur
 500 ml santan
 1 sudu teh esen pandan
 1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara-cara;

1.Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau
2.Masukkan dalam blender dan blend.Kemudian tapis.
3.Sediakan kuali leper non stick.
4.Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5.Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe.Tak perlu diterbalikkan.
6.Buat sampai habis adunan.

Bahan-bahan filling;

1.Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2.Asingkan isi durian dengan biji.Lumatkan sedikit.

Cara-cara bungkus crepe;

1.Bentangkan 1 keping crepe.
2.Letakkan whiping cream.
3.Letakkan isi durian.
4.Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5.Lipat crepe.Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Fehhh -____- Kemain gigih saya salin satu persatu tu tau.Oklah,sampai disini sahaja. (Saya rasa blog ni dah macam blog mak-mak la pulak.) Selamat mencuba uolls! ^___^


Baby Lauren chibi


Meet baby Lauren der~

Yang kat bawah ni chibi Baby Lauren.I drew this a couple days ago.Saya rasa dia sangat comel k.
Nampak macam chibi ke?Idk.Btw,lama betei private blog .__. Adakah saya sorang je ke yang perasan semua ini? Harharr :B 

Shopping #Raya


Tudung bawal

Jam baru.Ohohoh,I love this!

Ribbon brooch.Comel sangat ;D

Alhamdulillah,hehe ^^v

I knew it


Today I got my Maths paper 2 result (ujian saja-saja je ni).I got only 40 over 60.I cried :'( I'm not good at math.But for me,40 tu dah kira okay dah.Kalau sebelum ni selalu dapat 40 ke bawah kut.Seriously,math subjek yang saya agak blurrrrrrr @__@ Saya tak faham macam mana nak jawab linear equations,pening-pening lalat masa nak jawab indeks,selalu careless bahagian whole numbers -____- I know teacher kecewa dengan saya.And me too kecewa dengan diri sendiri..............Math perlu buat banyak latihan baru dapat A plus plus en.I know.Tapi macam mana nak buat latihan kalau nak selesaikan math tu pun dah tak gheti.Dah bertahun-tahun kot dapat B Maths ni,yang paling dahsyattttt dapat D.Dapat A Math pun,tapi atas pagar je.Jeling-jeling tengok paper math kawan, "Walawehh dapat tinggilah marks dia.Jeles ni jeles." Hmph.

I know I shouldn't talk about this here.Tapi saya nak tanyalah ni,macam mana nak dapat A for Maths eh?Please help T__T

AD : Doakan saya boleh buat yang terbaik for trial esok dan seterusnya.Pelik,tak rasa macam takut pun.1 minit nak jawab soalan trial esok baru rasa takut kot,haha!

Giveaway Raya untuk Semua

Assalammualaikum,
Saya join giveaway ini :)


Kenapa kena pakai tudung besar?
Salah satu saranan Allah dalam surah Al-Ahzab (33:59)

Maksudnya: Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.


Boleh dapatkan tudung-tudung yang cantik-cantik dan labuh pulak tuww di http://www.facebook.com/aula.shop .Yang tertutup itu lebih indah kan? ;D


Mereka yang di tag :

Nuzul Al-Quran




 Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadan,tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.
 Nuzul bermaksud turun atau pindah dari atas ke bawah
 Al-Quran bermaksud bacaan atau himpunan
 Al-Quran menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid,ibadat,jinayat,muamalat,sains,teknologi dan sebagainya.
 Al-Quran adalah hidayah,rahmat,syifa,nur,furqan dan memberi penjelasan bagi manusia.
 Al-Quran diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibrail.
 Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq.Maksudnya :

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah,dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah,-Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'alaq:1-5)







Say Alhamdulillah

Be grateful

Teringat balik......cikgu Sains saya ada cerita pasal seorang photographer ni,nama dia Kevin Carter.Dia ambil gambar kat bawah ni dan menang Pulitzer Prize-Winning Photograph.Cerita ni dah lama dah pun~


Even dia dah menang anugerah tu,dia rasa serba salah dan selalu menangis sebab dia tak selamatkan budak tu.Tak lama lepas tu,pada tahun 1994..dia ditemui mati.Dia bunuh diri sebab dia rasa bersalah dan menyesal sebab tak tolong budak tu.Baca lagi...click sini.Assalammualaikum semua :)



Akhirnya........

I did it,I did it!!!Ohyeahhh :B
Blog dah diedit!! Punyalah lama haku private blog semata-mata nak edit blog ni.Jadi saya rasa saya patut meraikan kejayaan saya ini dengan makan aiskrim. Muhahaha. Brekkkkkk, bulan puasa ni.Mana boleh -_- Salam Ramadan semua (^__^) May Allah bless all of us. Akhirnya , bolehlah jawab periksa trial ni dengan tenang,hak.Doakan saya ye!

Siapakah Ainul Mardhiah?

Siapakah Ainul Mardhiah?
JENG JENG JENG
Ainul Mardhiah (bermaksud mata yang diredhai) ialah seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain di dalam syurga <3



Kisah pasal Ainul Mardhiah ini menarik sesaaaangatt sampai buat saya rasa jeles,harrharr :B Kalau nak baca,pergi link ini>http://wirapendang.blogspot.com/2009/04/kisah-sejarah-ainul-mardhiah-bidadari.html< .Ok,Assalammualaikum :)

Bye bye March :*

Itu sahaja.Harrharr :B

Heliza Helmi Hijab

 
*Hahhai..Kak...Heliza* (*baca dengan tersekat-sekat)

Lawanya hijab Kak Heliza ni semuaaaa >,<  Hijab ni labuh dan tak jarang.Na nak na nak ;D *gedik*

 
 

Saya harap hijab ni masih ada lagi untuk saya,hoho.Tapi,saya takda duit nak beli . . . . . .,belanja ah belanja ah *tampal muka comel mintak penampar* Hihik.Babai :D