Showing posts with label IPG. Show all posts

Pengalaman Temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015

Alhamdulillah selesai sudah temuduga saya yang terakhir iaitu temuduga ipg pada hari ini.Lepas ni tunggu masa untuk angkat beg dan keluar dari rumah untuk sambung study pulak sob sob.Sekiranya korang dapat temuduga ipg,ini bermakna korang lulus ujian saringan pertama Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).Beribu-ribu taniaa saya ucapkan.

Sementara pengalaman temuduga saya ini masih segar di ingatan saya lebih baik saya update laju-laju.Ini kiranya entri panas dari oven hihik.Tak banyak blog yang share pasal temuduga ipg ni dan juga course yang saya ambil jadi saya rasa nak berkongsi dengan korang pengalaman temuduga ipg saya ni.Saya harap entri ini dapat membantu anda untuk temuduga itu nanti :D

Saya dapat temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015 dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan.Sehari sebelum temuduga saya bermalam di Machang rumah ayah saudara sebab takut lambat pulak sampai,lepas subuh je terus bertolak ke Kota Bharu dan sampai di IPG Kampus Kota Bharu dalam pukul 7.30 pagi.

Dalam surat temuduga tu saya dapat sesi 1 dan Bilik M.Panel akan bagi satu kertas lepastu suruh tulis nama kita dekat kertas tu dan kertas tu kena tampal di tudung@baju untuk dijadikan sebagai nametag.Walaupun korang dah ada nametag sendiri tapi tetap kena pakai nametag kertas tu jugak haha jangan bantah ok ikut je.Panel pun akan mintak fail yang ada sijil-sijil kita tu dan suruh check nombor masing-masing.Saya dapat nombor 5.Sementara kena panggil untuk temuduga tu,kenal-kenallah jugak jiran sebelah.Ehm tapi sebab saya introvert jadi orang kena tegur saya dulu hihi.Orang sebelah saya tu tegur, "Awaklah yang tulis blog Anis Diyana tu kan?" Aku dah tersipu-sipu malu masa tu haha sebab boleh pulak jumpa reader blog saya dekat sini,kitorang bilik dan group sama lak tu hehe.

Oh ye temuduga ni dijalankan dalam group jadi korang tak nervous berseorangan dalam bilik tu haha.Temuduga sepatutnya mula pukul 8 pagi tapi dalam pukul 8.30 barulah kumpulan saya kena panggil untuk temuduga.Dalam kumpulan saya ada 7 orang,semua perempuan dan ada seorang sahaja lelaki.Panel tu akan suruh kita duduk di kerusi yang ditetapkan.Ada dua orang panel dan dua-dua tu lelaki and yes diorang semua tu baik je,kami siap boleh gelak lagi dalam bilik tu haha.

Mula-mula panel tu suruh kami semua tonton satu tayangan video.Walaupun video tu korang mungkin dah biasa tengok sebab pernah keluar dekat iklan tv tapi tengoklah jugak,tengok pun bukan sekadar tengok je,ingat ni wayang ke apa?Kah.Panel bukan saja-saja bagi video tu,lepas video tu habis mereka akan tanya soalan berdasarkan video tu jadi hayatilah video tu baik-baik.Ini video yang saya dapat masa temuduga tadi,


Okay lepas habis je video tu,panel tu tanya ahli kumpulan saya setiap seorang.Panel pun akan buka soalan tapi kali ni siapa nak jawab  kena volunteer angkat tangan means siapa cepat dia dapatlah.Cuba elakkan jadi orang terakhir yang angkat tangan jawab soalan panel nanti idea kita orang lain dah ambik kita pulak termangu-mangu kat situ.Memang semua orang kena bercakap,tak boleh diam langsung ok.Ahli kumpulan saya semuanya memang hebat-hebat belaka,idea mereka semua bernas,terasa kerdilku disitu huhu.Soalan-soalan yang telah ditanya oleh panel kepada saya adalah:

1.Apa yang anda dapat daripada video tersebut?
2.Tempat tinggal dan asal usul nama tempat tinggal
3.Apa yang anda dapat kaitkan nilai yang ada dalam video tu dengan diri anda?
4.Pengajaran daripada video tersebut

Takda satu habuk pun panel tanya pasal isu pendidikan!Kemainlah aku hafal PPPM,nama menteri,KSSR,bilangan ipg tapi panel tu tak tanya pun hahaha tapi lega jugaklah panel tak tanya pasal tu.Panel lebih banyak bertanya soalan berdasarkan video itu sahaja.Dah takda apa-apa lagi panel bagi kami balik.I was like kenapa sekejap sangat,kerusi pun tak rasa panas lagi ni hahaha tengok orang lain pun nak tak nak je bangun.Alhamdulillah dalam 30 minit dah selesai temuduga memang sekejap sangat.

Sekarang tunggu jelah apa-apa keputusan yang akan dapat bulan Jun nanti :') Panel beritahu ada dalam 11000 orang yang memohon IPG dan hanya 3000 orang sahaja yang akan dipilih di seluruh negeri untuk memasuki IPG tu nanti.Fuhhhhh.Doakan saya lulus temuduga ipg tu ya.

Temuduga IPG Calon Guru PISMP 2015

Sorry entri asyik pasal temuduga je sejak dua menjak ni hihi. Sepatutnya semakan panggilan temuduga IPG keluar semalam tapi baru hari ni keluar.Oh ya selain matrik dan upu,saya juga mohon ipg.Semangat nak check result tu tengok2 abah yang check dulu ok abah pulak terlebih eksaited nak tahu result daripada aku haha.


Alhamdulillah saya dapat temuduga ipg dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (SK) di IPG Kampus Kota Bharu pada 29 April 2015 pukul 8.00 pagi.One step closer untuk jadi cikgu.Ini temuduga saya yang kedua nampaknya selepas temuduga tesl hari tu.Rasa macam dah banyak pulak kena temuduga,takpe boleh tambah pengalaman kan?

Sebenarnya sebelum dapat temuduga ni saya kena ujian UKCG singkatan bagi Ujian Kelayakan Calon Guru.UKCG ni ada ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal (UKF).UKF paling tak tahan,aku dah jadi macam askar ==" Alhamdulillah tak sia-sia kena lari,lompat bagai masa ujian UKF tu haha.Tak expect pun boleh dapat temuduga ni sebab UKCG hari tu terutamanya UKF saya teruk gila kot huhu tapi ini mungkin rezeki saya bersyukur sangat.

Btw kenapa saya pilih Bimbingan dan Kaunseling?Pertama sebab saya tak nak mengajar budak-budak sekolah haha so saya ambik bimbingan dan kaunseling dan kedua saya ikut nasihat parents saya suruh ambik bidang ni sebab tak ramai orang yang nak ambik bidang ni.Jadi cikgu ni bagus jugak tau sebab lepas habis belajar je korang terus dapat kerja.

Temuduga kali ni saya akan buat yang terbaik daripada temuduga yang lepas.Kalaulah saya lulus temuduga ni nanti dan saya nak masuk ipg,korang dah bolehlah slow2 panggil saya Cikgu Anis haha oklah bai.

[29/04/15]*UPDATE* Baca pengalaman saya temuduga IPG disini: http://anis-diyana.blogspot.com/2015/04/pengalaman-temuduga-ipg-calon-guru.html