Showing posts with label food. Show all posts

Let's shellout di Restoran Teratai Chini,Kuantan!

Mencabar keimanan betul nak taip entri cenggini tengah² bulan puasa ni. Ada jugak yang gigit laptop ni karang. Okay so masa birthday aku yang lepas (Alhamdulillah sekarang dah 20 tahun 3 bulan 21 hari) aku kena belanja 4 ketul manusia ni makan kat luar. Rare tak birthday aku? 

Ni semua berpunca daripada si Dira sebab dia yang start permainan ni time birthday dia jadi bila sampai je birthday aku kini masanya bersedia bersedia untuk belanja diorang makan so tak payah nak fefeeling happy sangat dapat jadi birthday girl ni k hahaha. Diorang pulak lagi eksaited daripada aku. Nasib aku tak mengalami kegawatan ekonomi lagi kalau tak makan batu dengan kayu jelah diorang ni jawabnya.

My treat is shellout which is dekat Restoran Teratai Chini, Kuantan. Ramai jugak orang yang datang kat sini sebab nak try shell out dia. Besides ada je dishes yang lain. Western food pun ada. Kitorang order jugak tomyam dengan sayur campur. That was my first time makan shell out and I think not bad la! Jakun jap bila makan takde pinggan hoho.

Here's a closeup of the shellout. Let's appreciate this kind of beauty 💕

Shellout dia ada macam macam set. Nak makan ramai ramai  ke nak makan sorang sorang pun boleh okay! Kalau rasa forever alone dan nak makan sorang sila ambil set lone ranger. Kitorang ramai so kitorang pilih Set E which is dalam tu ada ketam,udang, kupang, kepah, kerang, lala dan sotong. Harganya just RM50 je tau!

Shellout dia tak mengecewakan. Betul ni wa cakap sama lu! Tomyam dia pun harus mendapat pujian melambung-lambung. Tak caye tanya Aina. Dia makan sampai licin tomyam tu. So yeah for me makan kat sini memang best dan harga mampu milik. Nak datang lagi boleh tak?

Teratai Chini Shell Ouch
No.40, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang
Opens at 5pm - 1am, Mon-Sun
Call/whatsapp: +60179000729
Facebook | Instagram


Review Aniq Steamboat,Kuantan

Hai. Satu sem tak update blog, sorry busy ada life hm. Sebelum start studyweek sempat lagi bonding time dengan roommates dekat Aniq Steamboat, Kuantan.

Sejam cari kereta sewa tak dapat. Dugaan betul nak makan steamboat. Biasalah malam weekend macamni bukan kitorang je yang nak pergi berjimba last2 naiklah dengan kereta student UMP ni. Sampai2 je Aniq Steamboat dah fullhouse tapi tapi weolls nasib baik sebab dah booking tempat awal-awal. Kalau nak datang makan sini dengan bawak rombongan mak jemah haa better booking tempat awal-awal dulu ye sebab restoran ni memang selalu je ramai orang.

Sementara tunggu pekerja dia setting barang dekat tempat kitorang masa ni eloklah buat benda berfaedah sikit, update facebook, twitter, insta, main games, ambik bau dekat meja sebelah ke (ok kali ni serius sikit) pergi ambik pinggan mangkuk hayun semua dan pilih benda hape yang ko nak makan. 


Restoran ni style buffet, self service dan takde extra caj. Memandangkan kitorang student lagi so satu kepala kena caj RM17 je. Dahlah boleh makan macam-macam. Prinsip diorang, "Makan Sampai Nyandor." Kat sini bukan setakat steamboat je yang ada, ada lagi menu tambahan istimewa yang berbeza setiap hari macam nasi goreng, mee/mihun goreng, nasi ayam, kari ayam dan lain-lain lagi just dengan bajet RM20! 

 

Tang best makan kat sini bagi aku is daging dia sedap,tak liat dan air ABC dia tu boleh letak susu banyak2 dan sukahati nak buat ABC tinggi mana. Gembira betul perut ni dapat makan ketam, udang, kerang, lala dan macam-macam lagi jenis seafoodlah. Sayur dia tak banyak mana tapi aku tak kisah sebab aku tak suka pun makan sayur haha.

Walaupun restoran ni rasa macam duduk dalam sauna sebab ruang dalam restoran ni sempit je tapi overall kitorang puas hati makan dekat sini.

Thanks Aniq Steamboat!



Aniq Steamboat
Jln Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang
Opens at 5:30pm - 12:00am,Mon-Sun
Call/Whatsapp: 0199203300
Facebook | Instagram 


Craving satisfied

Enough of raya food,aku nak layan western pulak hiks.Tekak ni dari hari tu lagi ngidam nak makan pizza.So hari Sabtu lepas dengan semangat waja aku pun pergilah Pizza Hut.

Dengan adik aku sekali aku drag untuk teman aku makan pizza siap membebel aku dahlah esoknya tuh nak sekolah,keje sekolah dia pun tengah berlambak lagi aku pulak time² centu baru ngada-ngada nak ajak dia keluar makan pizza.Nasiblah dapat hakak camni.


Sorry doktor saya dah langgar pantang braces minum air gas.Alhamdulillah hasil duit raya dan voucher yang aku dapat masa beli buku kat Popular hari tu dapatlah tampung makan minum dekat Pizza Hut ni.

Total semua RM23.76 include gst.I just lahvv spending my money on foods.Aku rasa berbaloi gilalah sebab aku beli guna voucher en so murah sikit daripada biasa boleh dapat 1 regular pizza,2 fizzy float dan 2 mushroom soup.Pizza iols pilih pun sedap.Tak nyesal pilih chicken pepperoni (family favorites).Biasanya aku fail bab pilih pizza ni haha tapi kali ni puas hati laa sebab menepati citarasa ai.


Terserlah kebahagiaan aku disitu.


Gathering cara kami

Wuuuu this week is all about gathering and makan-makan.Ceht paham-pahamlah kan sekarang tengah cuti sem mestilah nak jumpa sebab dah lama dah kot tak jumpa.Kalau hari Selasa lepas aku pergi gathering kelas aku,hari berikutnya pulak aku pergi gathering dengan girlfriends aku or more like kitorang buat projek lagi macam zaman sekolah dulu heish tetiba kenangan lalu mengusik diriku :') 

Btw,yang ni gambar gathering kelas hari tu


Ekcelli dalam gambar tu tak cukup sebenarnya,ada je lagi yang datang.Thanks cikgu-cikgu yang sanggup ponteng kelas semata-mata nak datang gathering kelas kami,lol and to my friends yang dapat datang.Such a precious moment to meet you guys :)

Tak puas lagi gathering kelas,esoknya pulak buat lagi gathering with my girlfriends.Just four of us,aku,Ain,Basirah dan Eka.Hanya untuk kita-kita je hehe.Plan asal nak buat gathering kat Pizzahut je tapi akhirnya tukar plan buat projek makaroni bakar...again [?] haha.Haaa lagi bagus dapat jugak belajar buat resepi baru and sambil masak² dapat mengeratkan ukhwah gitew ;) Masa ni jelah boleh jumpa.Basirah memang goyang kakilah sebab dah habis exam stam,Ain pulak tengah cuti sebulan (bapak jeles aku dengan dia ni),aku dengan Eka pulak tengah tunggu masa nak balik matriks je ni (minggu ni last dah kena balik matriks oi)

Macam biasa kitorang buat projek makaroni bakar ni kat rumah Eka.Terima kasih kepada keluarga Eka sebab bagi pinjam dapur,periuk belanga apa semua harhar.Memang dapur tu milik kitorang sepenuhnya,takde siapa berani kacau ihiks.Meriah dapur Eka dah macam ada kenduri lak masa tu.

Kami buat dua resepi,makaroni bakar dan creampuff.Sambil masak tu boleh pulak ambik sikit lepastu makan kihkih nasib baiklah tak sampai habis diorang ni makan.Creampuff Basirah buat memang sedap gilos haihh takde siapa ke nak ambik kawan aku ni jadi menantu?

Aku dah letih nak taip haha jadi biarkan gambar berbicara :)
















DIY:Durian Crepe @ Durian Pancake


Kepada penggemar durian di luar sana,

Nah amekkauu durian crepe @ durian pancake ni.Eh acano nak sebut 'crepe' ni ek dah tergeliat dah lidah nak menyebutnya,huhu.K takpe.

Tika dan saat ini saya mahu bagi resepi untuk buat durian crepe @ durian pancake.Resepi ini saya copypaste bulat-bulat dari sini.Menjadi ke tidak,InsyaALLAH jadi ^^ .Ekcelli saya tak pernah buat lagi durian crepe ni hahaha atas sebab-sebab yang tertentu hahahahah (ngaku jelah anis woiiii-shut uppp! ==")

Baiklah,jom kita mu...mu..mulakan! :D 

Bahan-bahan crepe;

 250g gandum
 3 biji telur
 500 ml santan
 1 sudu teh esen pandan
 1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara-cara;

1.Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau
2.Masukkan dalam blender dan blend.Kemudian tapis.
3.Sediakan kuali leper non stick.
4.Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5.Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe.Tak perlu diterbalikkan.
6.Buat sampai habis adunan.

Bahan-bahan filling;

1.Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2.Asingkan isi durian dengan biji.Lumatkan sedikit.

Cara-cara bungkus crepe;

1.Bentangkan 1 keping crepe.
2.Letakkan whiping cream.
3.Letakkan isi durian.
4.Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5.Lipat crepe.Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Fehhh -____- Kemain gigih saya salin satu persatu tu tau.Oklah,sampai disini sahaja. (Saya rasa blog ni dah macam blog mak-mak la pulak.) Selamat mencuba uolls! ^___^


Anda stress?

Ini mungkin penyelesaiannya.Bhahahah.

Kecik-kecik lagi dah stress.Eh,salam pun tak bagi lagi.Assalammualaikum semua :) 

Ah,malas ah ah nak cerita pasal PESKO (Pesta Sukan dan Kokurikulum) semalam tu sebab rumah sukan saya menang *angkat kening* Ye,saya tahu ramai jeles.Eh,tukar topik cepat.

Stress..boleh..buat korang jadi gila.Tak percaya lantak korang ah.Eh,tapi saya tak pernah alami lagi xD.Saya dah penat,tolonglah.Exam dah nak dekat.Minggu ni jugak ada Minggu Bahasa Arab dan saya ada join Kalam Jamaie dan Syarahan Bahasa Arab.Kesian tengok budak budak 3 Mekah hari ni,semua muka dah tak bermaya dah.Ketekanan melanda mereka semua,haha T_T 

So,solution for this. . . . .

Saya beli aiskrim.Okay,tata :D

Nasi lemak

Saya tak suka makan nasi lemak,harr harr tapi kadang-kadang kena paksa makan jugak T_T