Seperti yang kita sedia maklum,keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac 2015.Yang pastinya dah ramai calon SPM 2014 mandi tak basah,tidur tak lena sebab result SPM akan keluar minggu depan dah woi!Pelik ke kalau saya cakap saya takdalah rasa nervous sangat.Tapi kadang-kadang nervous tu datang jugak bila saya asyik fikirkan sangat pasal result SPM ni.Doakan saya dan juga yang lain supaya mendapat result SPM yang cemerlang.Aminnn!
Archive for February 2015
Reunion Darjah 6 (2009)
Wednesday, 18 February 2015 –
21:53
Budak-budak kelas saya masa darjah 6 beri cadangan nak buat reunion.Jadi setelah bermesyuarat di whatsapp tarikh yang diorang pilih untuk buat reunion ni ialah 16/02/2015.Satu benda korang kena tahu punyalah lama diorang bincang nak buat reunion haha.Saya boleh cakap tiap-tiap hari kot asyik bincang pasal reunion cuma ada jugaklah selit pasal cerita lain jugak.Aku dok perhati dari jauh jelah malas nak menyampuk dalam group whatsapp tuh.
So pada tarikh 16/02/2015 saya pergilah reunion tu.Mula-mula saya tak nak gi sebab saya ni kan malu-malu kucing (meow) lagipun masa tu saya tak berapa rapat sangat dengan diorang sebab saya baru je pindah kelas tu.Fatin whatsapp saya tanya saya pegi ke tak reunion tu.Lepastu kami berdua pulak buat mesyuarat dua orang sama ada nak pergi ke tak reunion tu haha.Fatin cakap dia pun malu macam saya jugak.Haha saya tak cayelah si fatin ni.Bagi saya muka dia jenis tak malu kot haha.Bila difikirkan balik kesian jugak tengok kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak pergi reunion ni jadi kami decide untuk pergi lah jugak reunion tu supaya reunion lagi meriah dengan kehadiran kami haha.
Fatin janji nak ambik saya pukul 3.30 petang.Ko paham-paham jelah janji melayu kan,dia datang ambik saya pukul 4 petang!!Gila lama saya tunggu dia.Dahlah saya bersiap dari pukul 2 lagi,eksaited nak pergi kan.Saya pegi naik kereta sekali dengan Fatin jadi tak malu sikit sebab ada kawan sampai sekali.Dalam kereta tu ingat saya sorang je rupanya Azza pun ada sekali.
Hahaha yang sebenarnya reunion tu start pukul 3.00 petang tapi kami datang pukul 4.00 petang. Kahkah,maapkan kami.Masa tu memang ramai dah orang yang datang.Kebetulan hari tu birthday Sufyan jadi alang-alang reunion,kami sambut birthday Sufyan sekali.
Lepas tu ambik gambar ramai-ramai
Hint: Nak cari saya,carilah gegirl tudung bawal yang kelepet tu sayalah tu.Siyes aku benci tudung bawal T_T
Banyak gambar blur dan tak jadi sebab diorang ni kanak-kanak aktif,takleh duduk diam.Dah besya besya dah semua,muka dah macam mak bapak orang pun ada.
Riuh kejap Marrybrown pasal kedatangan kami semua haha.Kesian orang datang takleh nak makan dengan tenang sebab diorang ni gelak kemain kuat,cakap pulak dah macam speaker box.Banyak yang berborak daripada makan.Makanan atas meja satu habuk pun tak sentuh.Minum air pun sebab dah kering tekak berborak lama sangat haha.
Tapi serius bestlah reunion ni,tak menyesallah saya datang sebab dapat jumpa balik kawan-kawan. Bayangkan dah 6 tahun tak jumpa!Ada jugak yang tak dapat datang.Harap-harap untuk reunion akan datang,kami dapat gather ramai-ramai lagi macam ni.
Oh ya gambar tu semua saya curi kat whatsapp,credit kat owner phone tu sendiri hehehe.
Babai!
gambar blur lagi -_-
Kehilangan
Friday, 13 February 2015 –
11:16
Semalam saya bukak twitter dalam pukul 11 malam.Saya scroll timeline lepas tu ternampak ada dalam dua orang tweet yang TGNA dah meninggal.At first I was shocked then saya macam kurang percaya.Ni mesti rumours je ni.Saya tak tengok pulak trending masa tu,saya terus check Facebook untuk lebih kepastian dan saya tengok dah penuh timeline saya pasal TGNA.Dalam page Facebook TGNA sendiri ada post yang telah dipost oleh admin yang mengatakan beliau meninggal dunia pada jam 9.45 malam semalam.Allahu...terus rasa sedih bila dapat tahu berita ni.Selepas berita Kelantan banjir tahun lepas,sekali lagi kita menerima berita sedih bagi tahun 2015 dan dalam bulan Februari yang masih terasa baru lagi.
12 Februari 2015 genap 66 tahun syahidnya Imam Hassan al-Banna.Sama tarikh syahid Imam Hassan al-Banna dengan TGNA.TGNA meninggal malam jumaat selepas solat isyak.
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur."-(HR Ahmad no.6582 dan At-Tirmidzi no.1074).
Beruntungnya TGNA meninggal pada malam Jumaat.Beliau bukan atuk saya,bukan juga ayah saya tetapi saya tetap berasa akan kehilangannya.Hebatnya seseorang itu dilihat di hari kematiannya,ramai orang yang ziarah jenazah beliau.TGNA pernah datang ke sekolah saya,masa TGNA nak pulang dia melambat tangan kepada saya dan kawan-kawan dari dalam kereta sambil tersenyum.Itulah lambaian pertama dan terakhir TGNA.
Innalillahiwainnailaihirojiun.Al-Fatihah kepada TGNA.Berehatlah tok guru...