Doodle guna Photoscape aja :p
Assalammualaikum silent readers~
Semalam, ( semasa program "Santai Bersama Imam Muda" ) saya dan kawan-kawan terlewat jadi kami dapat tempat duduk yang belakang sekali. Belakang kami tu ada beberapa orang senior tingkatan 3 kalau saya tak silaplah. Hadoii, memang menyakitkan hati sungguh dapat tempat duduk dengan senior tingkatan 3 tu. Mulut diorang tu tak habis pokpekpokpek. Nak dengar imam muda Azhar ceramah pun susah ><
Mereka-meraka ini bukan setakat bising aja, malah kacau kawan saya yang duduk kat depan dia tu. Kalau report kat Ustaz Habidin baru tau. Rasa nak marah je mereka-mereka ni tapi takut tiba-tiba gaduh kang, wat malu aja!
Sepatutnya mereka ni jadilah senior yang baik yang disukai oleh semua junior. Bukannya senior yang menyakitkan hati para junior. Kakak, kami tahu kami ini junior tapi tolong jangan perlakukan kami sebegini yaa T__T
Ini pengajar buat daku juga untuk menjadi senior yang baik bila Form 5 nanti. Kahkahkah :D
PS : Kamu, kamu, bila dah jadi senior nanti, jangan buli budak junior ya.Tak baik tau.