First time drive kereta

For the first time in forever aku drive kereta.Acecey nampak tak ada kemajuan seorang Anis Diyana?Saya budak baru belajar je ni hokay.

Aku bukan nak sangat belajar bawak kereta.Tak hingin langsung nak belajar kalau boleh.Just nak cukup syarat jadi orang dewasa je ni selain sebab asyik kena paksa dengan parents aku yang suruh ambik jugak lesen kereta.Of courselah parents always win.Aku kalah 1-0.Sebagai anak yang taat lagi solehah (hoho) aku pergi lah jugak belajar bawak kereta.

Aku pilih jalan selamat iaitu belajar kereta auto tu pun aku rasa macam struggle gila dah bawak auto haha.Aku tak berani nak belajar yang manual lagipun aku pegang prinsip,"Jangan menyusahkan benda yang dah susah." Lol.

After masuk kelas itu ini tibalah hari untuk aku belajar bawak kereta kat litar.Hari pertama tu okaylah it was fun sebab cikgu yang ajar aku memandu tu sporting but poor me aku tak nampak lagi sisi gelap dia masatu haha.


Cikgu sebenar aku sorang je tapi masa first day tu siap dua orang cikgu sekaligus yang mengajar aku.Ekcelli cikgu sorang lagi tu saje je nak menyibuk haha.Cikgu aku pun suruh aku start bawak kereta.Say whattt.Cikgu janganla buat kelakar kat sini ToT Aku tengah zero lagi kot.Kalau kereta control takpelah jugak aku reti lagi ini kereta kot KERETA bukannya kereta mainan.

Tapi cikgu tu masih berperikemanusiaan lagi so dia ajarlah aku baik-baik step demi step nak bawak kereta tu.Kereta tu dapat bergerak seinci pun aku dah bahagia harhar.Then cikgu tu ajar cara nak naik bukit,parking sisi,parking tiga penjuru,selekoh S dan last sekali selekoh Z.Memang happening gila la belajar masa tu.

Hari kedua aku dah start nampak sisi gelap beliauuuu muahaha.Cikgu memandu aku dah mula buat muka ketat.Hari kedua tu memang teruk jugaklah aku kena marah kaw kaw sebab asyik salah step dan tak ingat step yang dia dah ajar semalam.Hm nak buat cemana warna baju apa aku pakai semalam pun aku tak ingat sahkan yang ni. 

Aku pulak asyik jawab 'oh','ya','okay' bila dia membebel tu tak pasal-pasal kena membebel lagi,"Awak ni ya ya je dari tadi tapi awak buat jugak salah yang sama tu lagi" Tapi okaylah cikgu tu ada jugak mintak maaf dekat aku takut aku terasa ke apa.

Hari ketiga di litar (dan muka cikgu tu masih ketat macam biasa kah!) Sepanjang hari tu aku ikut je rentak mood cikgu tu,kalau dia marah bila aku buat salah pun aku malas dah nak cakap apa-apa aku betulkan je kesalahan aku tu.Aku jadi budak baeklah sikit hari tu haha tiba-tiba sangattt jadi pendiam sampai aku dengar cikgu sebelah komplain mengantuk kahkah.

Aku jadi fobia pulak nak bawak kereta pasal dah hari last aku kat litar,tunggu nak masuk kat jalan raya pulak dan aku ni still tak pandai² lagi nak kawal stereng.Asal nak masuk selekoh je aku mesti fail nak pusing stereng tu last2 termakan jalan orang sampai cikgu tu pulak kena tolong aku pusing stereng tu.Sepatutnya aku dah boleh balik lepastu sebab kelas aku dah habis tapi cikgu tu gigih extend kelas beberapa minit untuk tunjuk kat aku cara dia bawak kereta.Baik jugak cikgu ni walaupun asyik marah² aku.

Cikgu tu dah berbuih mulut ajar aku kawal stereng tapi aku ni je yang tak paham bahasa lagi buat aku fed up pulak nak belajar kereta.I'm sorry I'm a slow learner.

Tapi Tuhan seakan memahami betapa downnya aku masa tu :') Masa aku tengah tunggu cikgu memandu ambik aku kat kedai makan,Dia hantar sorang mak cik ni borak dengan aku.Time topik pasal kereta tu dia cakaplah,"Biasalah masa belajar ada buat silap,nanti test boleh buatlah" Dear mak cik,you don't know how much that word means so much to me.May Allah bless you mak cik.

Mengucap panjang aku bila aku kena bawak kereta kat jalanraya ni.Setiap hari bawak kereta kat jalan raya time mula-mula jelah aku takut kemain tapi lepas bawak lama-lama tu rasa best pulak hoi.Lagi best daripada kat litar.Aku pun dah pandai kawal stereng sikit² eheh.Aku ambik kelas time waktu pagi sebab masatu tak ramai sangat orang harhar.Mak aku komen,"Takkan nanti nak tunggu time takde orang baru nak bawak kereta?" Hehe :p

I just want to get my driving lesson done cepat² but I don't know if I can handle the JPJ test hm.

It's international lefthanders day!

Kajian menunjukkan kat dunia ni ada 11% orang kidal dan aku jugak termasuk dalam 11% itew. Shoutout to semua orang yang kidal kat luar sana,selamat hari kidal sedunia!Orang kidal je hokay ada hari special cemni.Terasa diriku begitu berharga.Orang tangan kanan,kau hado?Bhahaha.

Sebagai orang yang guna tangan kiri atau kidal ni,meh aku nak share sikit dengan korang:

1) Orang kidal ni makhluk yang unik,rare dan special sebabtu selalu dapat ayat macam ni time tengah menulis,"Awak ni kidal ye?" 

2) I may be lefthanded but I'm always right hahaha

3) Aku paling kekok bila makan guna sudu.Kena ada partner dia si garfu barulah hidup aku lengkap dan tak kekok sikit nak makan.That's why aku lagi suka dan prefer makan guna tangan.

4) Aku still makan guna tangan kanan hokay bukan kiri!

5) Tangan kanan aku boleh berfungsi pulak bila aku pakai jam tangan kiri

6) Spiral notebooks=problem to lefties


7) YANG NI PUN SAMA


8) Bila tengah menulis tangan ni sikit-sikit nak berlanggar dengan tangan orang sebelah

9) Orang kidal ni biasanya terror matematik.Aku rasa macam something wrong dengan aku sebab aku tak pandai pun math.

10) Tak sah kalau tak tinggal jejak kat tangan macam gambar bawah ni


11) Suka sengetkan buku bila tengah menulis

12) Kebolehan aku boleh menulis siap makan nasi lagi bhahaha.


Still,proud to be lefthanded :D