New look!

So how's the new look for my blog?Saya bosan dengan template lama jadi saya tukar template yang baru.Ini sebenarnya template pertama saya untuk 2015.Saya nak blog saya nampak simple je macam template dulu tapi saya tak tahu kenapa nak edit simple macam ni pun saya ambik masa berhari-hari nak dapatkan idea haha itupun baru hari ni dapat idea so seharian hadap laptop sebab nak cepat siapkan edit blog ni.

(sebelum)

(selepas)

Saya guna Simple Template je ni.Kali ni saya guna warna lilac sebagai tema warna blog ni nak bagi nampak kelainan sikit sebab warna lilac ni warna yang saya jarang guna kat blog ni biasanya kan saya asyik guna warna pink dan putih je.Warna macam tudung sekolah aku pun ada jugak blog aku sekarang ni haha.Kalau korang perasan sesuatu,saya tak letak header kat blog ni.

Dah lepas edit blog ni banyaklah aura datang nak hapdet blog.So many things happened in March yang saya tak update langsung kat blog ni jadi tunggu tau nanti saya akan update.Dahlah mengantuk ni malam2 buta update blog,bonne nuit.



Keputusan SPM 2014


Seperti yang kita sedia maklum,keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac 2015.Yang pastinya dah ramai calon SPM 2014 mandi tak basah,tidur tak lena sebab result SPM akan keluar minggu depan dah woi!Pelik ke kalau saya cakap saya takdalah rasa nervous sangat.Tapi kadang-kadang nervous tu datang jugak bila saya asyik fikirkan sangat pasal result SPM ni.Doakan saya dan juga yang lain supaya mendapat result SPM yang cemerlang.Aminnn!